TANDA-TANDA SEBELUM MATI !
Tanda 100 hari sebelum mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka –mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging itu seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah pelung terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya dari Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan ambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikut kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan binggung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
mkbs - rasa takut rasa bimbang.....takut belum bersedia bimbang pergi dan meninggalkan banyak masalah. Ya, kita semestinya sentiasa bersedia tapi selalunya terleka. Bila tersedar rasa takut.....huh!....bagaimana nak buat agar hati sentiasa teguh dan konsisten dalam melakukan amal ibadat dan menjadi insan yang beriman yang disayangiNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou