Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Rabu, 15 Disember 2010

Serba Salah...

Bila bosan bila boring bila tension mulalah nak merungut mengeluh. Bila dah puas merungut mengeluh rasa serba salah pula. Tiada motivation pula rasanya. Hmmmm...tak sedap hati pula. Risau kalau-kalau tengah mengeluh merungut tu tersalah cakap terumpat orang. Takut orang yang dengar keluhan rungutan tu terasa simpan dalam hati. Main pointnya dah bosan buat kerja sekarang. Tiga tahun...rasa macam masih baru lagi tapi dah muak dah. Tahun lalu berusaha untuk tak buat salah berusaha agar tak berlaku kecuaian tapi tetap berlaku juga. Dalam setahun mesti ada problem. Masalah sana sini. Tiada mood nak buat kerja. Nasib baik tiada masalah peribadi. Kata teman kerja memang begitu. Masalah selalu ada. Kenalah berani. Berani ambil risiko. Jangan selalu ambil jalan selamat. Mungkin betul juga. Apalagi zaman sekarang. Huh!.... memang mengharapkan dapat transfer secepat mungkin tapi difikir-fikir tahun depan lah. Mesti. This year i want to stand KPSL exam. Mana tau ada rezeki boleh lulus.

Harap-harap bagi yang ada terdengar keluhan rungutan secara sengaja atau tak secara langsung atau tak jangan simpan dalam hati. Anggap saja angin lalu yang tiada makna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou