Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 31 Disember 2011

Hi, 2012.... Bye, 2011


Tanpa disedari tahun 2011 hampir ke garisan terakhir (beberapa jam saja lagi). Suka atau tidak rela atau tidak harus mengucapkan "Selamat Tinggal 2011". Semua kenangan manis dan kejayaan dibawa bersama dengan senyuman dan penuh rasa bangga. Ucapkanlah "Terima Kasih" tahun 2011. Semua kenangan pahit dan kegagalan ditinggalkan. Walaupun hati pedih bawalah semangat kegagalan bersama sebagai inspirasi untuk bangkit semula di tahun 2012. Ucapkanlah "al-Hamdulillah" masih diberi kesempatan untuk bernyawa.
Kira punya kira umurku meningkat lagi. Tak sampai hati nak menyebutnya apalagi menulisnya di blog ini. (Oh no no...). Aku merasakan aku masih insan yang berada di awang-awangan. Tidak punya impian tidak punya cita-cita yang tinggi. Malah belum merancang masa depan untuk memilikki. Tiada aset, tiada duit, tiada rumah dan still single (i have nothing..). Tiap-tiap bulan aku menyimpan. Hanya satu tujuan. Apabila aku balik kampung aku boleh berbelanja dengan mama, bapa dan adik-beradik. Itu adalah kegembiraan yang amat bermakna dan cukup membahagiakan. Kadang-kadang ia melalaikan dan terlupa akan batas-batas kemampuan kewanganku. Insan sebaya aku kebanyakkannya sudah memilikki rumah. Aku sebaliknya. Aku buat pinjaman peribadi untuk membina rumah sekeluarga (yang tak seberapa). Walaupun tiap-tiap bulan gaji dipotong banyak, setiap bulan perlu bayar hutang dan kadang-kadang terpaksa melupakan kehendak diri, namun aku bahagia dengannya. Kerana itulah yang aku inginkan. Itulah janji hatiku suatu ketika dulu. Dan aku buat setakat yang termampu. Aku gembira dapat menzahirkannya. Al-Hamdulillah. Umurku ketika ini sepatutnya sudah berkelamin. Adik-beradikku sudah tiga orang yang berkahwin. Dihujani pertanyaan 'ko bila lagi..' 'bila nak makan nasi minyak?' memang merimaskan tetapi hatiku sedetik pun tidak terusik (Cuma tak tau nak jawab apa...). Terlalu tinggi dan teramat mahal pengertian sebuah perkahwinan padaku. Mungkin sebab itulah aku terlalu pentingkan diri...kerana aku tahu dan amat mengerti juga memahami kelemahan dan kemampuanku. Terbanglah setinggi-tingginya, terbanglah ke mana pun, seandainya tiba waktu untuk jatuh biarkan ia jatuh sendiri. Laluilah jalan yang berliku, tempuhilah rintangan yang menghalang...elaklah kesakitan elaklah kegagalan elaklah kebencian elaklah dendam sehingga tidak mampu dielak. Adikku hantar SMS 'bila ko kawin jan lupa mama bapa dan adik-beradik' 'knpa ko tnya begi2' 'abis dlm tv semua begi2' 'sa x begi2..sa kn kakak yg taat dn baik' 'klu ko bt mcm mna' 'ko tngkap sa kurung d langkau' 'janji ah'... Terusik hatiku. Aduhai...aku belum ada rancangan ke arah itu lagi. Tidak mengapa itu satu peringatan buatku. Tidak mustahil untuk berlaku pada sesiapapun. Sampai detik ini aku masih mencari, memikir...merancang perjalanan hidupku. Seolah-olah tiada kesudahan. Makin dirancang makin jauh. Makin dicari makin hilang. Makin difikir buntu jadinya. Seperti tiada tujuan. Tapi hatiku kata asalkan gembira dan bahagia sudah memadai. Mungkin juga kerana aku terlalu suka dengan keluargaku, aku masih tidak berganjak dari keadaan sekarang. Untuk berubah anda perlu keluar dari zon anda sekarang. Ya...aku perlu keluar dari zon selesa untuk hidup lebih segar. (Hahaha....masih dalam pertimbangan).
Terima kasih tahun 2011. Biarpun kau pernah menyakiti hatiku, menyinggung perasaanku...biarpun kau telah berjaya menghalang azamku...aku tetap mengangkat menadah kedua tapak tangan mengucapkan syukur kerana masih dianugerahkan nikmat kesihatan dari Allah SWT dan masih mampu untuk terus tersenyum.
Selamat datang tahun 2012. Walaupun aku tidak merancang dan membina harapan menggunung namun aku yakin aku telah bersedia menghadapinya. Pejam mata dan teruskan langkah. Aku yakin aku mampu. Aku berusaha untuk mengejar keberkatanNya. Aku berusaha untuk menikmati seadanya. Tanpa rasa ragu tapi redha. Bersedia, tabah dengan sebarang kemungkinan tawakal dengannya dan redha walau apapun kemungkinan yang datang. Segala-galanya pasti akan selamat dengan izin Allah SWT. Insya-Allah.


"Aku tidak mencari peluang cuma menikmatinya,
Aku tidak menafikannya cuma mengelaknya,
Aku tidak mengikatnya cuma memerhatikannya,
Aku bukan melepaskannya cuma membebaskannya" - mawar kasturi bidadari syurga...terus melangkah selagi mengerti arah sendiri.


Selamat tahun baru 2012 untuk kawan-kawan semua. Salah silap mohon dimaafkan. Kepada kawan-kawan yang menunggu bunga api detik 12:00 selamat maju jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou