Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 3 Jun 2012

ANAS selamat


Jambatan ni memang cantik waktu malam. Berubah warna dari putih, biru, ungu, hijau, jingga.... Bertahun saya kerja di Putrajaya minggu lalu baru tahu. Hujung minggu kali ni suasana sihat. Setelah tiga minggu tak jogging kali ni .....badan kembali sihat. Al-Hamdulillah.

MENTOR

FT + ANAS
Kedudukkannya agak berbahaya. Di saat peserta lain bertungkus lumus dia seolah-olah menyerah kalah. Persembahan Anas biasa saja. K. Pah kata lagu pertama very weak. Memang diakui prestasi Anas semakin menurun. Walaupun saya peminat Anas setakat ini belum pernah undi sms. (Untuk KJ iya...senyum)
Jumlah markah
37+70+15 = 122

FERHAD + TISHA
Saya memang target dia akan tersingkir malam ni. But malam ni persembahan Tisha saya suka (ringkas). Terutama prop...hahaha...cantik. Makhluk paling seksi Angah raja lawak.
Jumlah markah
31+46+9 = 86
TERSINGKIR

OGY + ZATUL
Zatul ada harapan untuk jadi juara. Kalau kena gaya ya. Tapi mungkin tidak. Zatul nyanyi lagu rock baru nampak ummph....
Jumlah markah
37+73+17 = 127

ELLA + CAROLINE
Aduyoii... Carol memang hebat. Setiap kali dia menyanyi berdiri bulu roma saya. Dia punya mutu vokal yang baik. Bijak. Walaupun pilihan saya untuk juara adalah Anas namun pilihan itu seakan-akan sudah pudar. Tunggu dan lihat.
Jumlah markah
36+76+19 = 131


Cuaca sungguh panas. Macam mo pi berendam. Nasib baik tiada tab mandi. Kalu ada mungkin sa tidur di kamar mandi. Bisuk kerja suda. Malas ba mo kerja. Huuhuuhuuu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou