Hari ni saya pi ambil barang pos laju di precint 3. Dari rumah precint 9b pukul 10.30am naik bas 301 pukul 11.45am. Turun di depan mahkamah. Ambil barang dan ke bus stand pukul 12.00pm. Naik bas 12.44pm. Sampai rumah pukul 12.57pm. Daripada inda lapar jadi lapar. Fuh! Cabaran betul. Darah mo mendidih suda. Tapi positif. Sekali sekala apa salahnya. Exercise.... Ooo ok. Bikin panas lagi, pemandu bas tu banyak soalan. Dari mana? Kerja di mana? Umur berapa? Balik kg bila? Tak tinggal kuartes ke? Tak pi shopping ke? Hari ni masak apa? Isnin ni putrajaya cuti ke? Astaghfirullah.... Mo minta sepak2. Tapi tak semua saya jawab. Tak kuase aku.....
Sebenarnya aku singgah sini nak cerita benda lain. Pasal perkara lucu yang hangit di ofis yesterday.
13.06.2012 (lebih kurang pukul 3pm)
O - kalau bank in hari jumaat bleh dpt tak...pegawai nak flight hari sabtu.
Q - tak sempat. Kenapa tak buat cek? Klu mo cepat pakai cek...
O - tak pelah. Bayar macam biasa.
Hantar arah bayar lewat. Hari tu sibuk susun baucar. Time to go home baru nampak memo atas tray. Emmm...
14.06.2012
Seawal pukul 7.30am - proses baucar. CC dan PP siap peraku.
15.06.2012
Awal pagi after baca doa.
O - duit bleh masuk ke hari ni...
Q - tak sempat (sambil semak espkb).
O - tak sempat ke? Hari sabtu pegawai nak fly. Saya akan ke airport. Saya nak jawab apa?
Q - tak. (dlm hati) dah baitau semalam tanya lagi. Itu saya tak tau. Tapi memang tak sempat. Paling cepat pun isnin.
O - hah.... (Yg kelakar siap minta no phone akaun jpm. Aku bagi jer...)
Aku pun call cik Rini jpm. Katanya, tak dapat nak tolong. Amaun kecil. Kalau amaun besar lebih seratus ribu boleh minta tolong bank cantas system. Tapi jika difikir sedalamnya, takkanlah pegawai-pegawai tu tiada duit simpanan setakat empat lima ribu. Memanglah durang berhak tapi durang pun pekerja sektor awam juga. Mungkin juga seorang saja yang kecoh tapi operasi yang tambah kecoh.
Petangnya - ingatkan dah settle. Rupanya tak puas hati lagi. Kecoh sampai unit akaun... Sepah2 mula kecoh. Penat aku bercerita. Akaun siap minta no. Baucar dan nama bank. Kelakar..... Lelaki dalam bilik depan datang tengok memo tu. Dalam memo 'bank in ke akaun pegawai'...katanya tak pelah. Padan muka durang. Kotoh!!.... Sepah2 tu bikin panas. '20 orang jer pun..' bukan masalah bilangan tapi siapa... Pegawai bukan budak hingusan. Meeting pun 1 hal. Itu ini nak disuruh buat tapi tiada panduan. Rolling budget...tiap2 minggu hantar laporan bayaran apalagi yang kurang. PTQ yang tidak hantar laporan pandai-pandailah tegur. Ni PTD takut PTQ. Apakah?...nokolosod no tontolou kanto.
Awesome wei. Datuk K 'saya diberikuasa oleh YDPA tidak menghalalkan wang yang diterima'. Ceh!..ada hati cakap begitu. Rekod JPA yang entah ke mana-mana. Berapa kali pindah berapa kali tukar kotak? PTQ tak tau apa2 pun...sudah hilang ada perkara berbangkit PTQ juga yang disusahkan.
Mkbs - time duit suda kering gas habis pula. Kakak Raihan dah minta duit nak beli gas. Nak kata hujung bulan tapi serba-salah. Dia hari-hari bawa bekal. Hantam sajalah.
"setiap insan ada detik keajaiban sendiri.."....saya masih menanti detik keajaiban itu. Saya membayangkan detik keajaiban bagi diri saya adalah mendapat duit seratus juta. Hahaha.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou