Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Rabu, 20 Jun 2012

SG selamat DLB ke final


Tak sangka dan tak percaya juga tak nak percaya. Maybe itu yang pertama dan terakhir. Rupanya dia ambil berat juga tentang situasi anak buahnya. Mungkin kerana salah faham tu berkaitan kerja. Katanya :-
1) buat kerja kena team work. Betul. Tapi saya berpegang 'setiap kerja ada pasang surut'. Time busy fokus 100%. Jangan banyak cakap tak payah buka fb, blog etc. Tidak payah menyusahkan kawan-kawan.

2) kita buat bayaran. Bayaran kena cepat. Ye ke? Kenapa perlu sesak nafas? Kenapa perlu takut? Selagi memenuhi target 5 hari. Kalau semua nak cepat sound pegawai peraku yang lembap tu.

3) lain-lain tugas yang diarahkan. Kalau cuti setakat 1 hari tak payah. Kalau begitu orang yang sentiasa hadir teruklah. Orang berkaitan sukalah. Apa susah tak hadir ada orang tolong. Pegawai pun tak sabar-sabar.

4) percaya rakan buat kerja kita. Sebenarnya saya kurang setuju yang ini. Melainkan kita sedang bercuti. Diri sendiri pun boleh terlepas pandang inikan orang lain. Kalau berlaku kesilapan kita yang kena. Orang yang tolong tak disoal. Itu pengalaman. Saya bercuti. Orang yang tolong buat salah. Saya masuk kerja saja terus kena. Bos tak cakap pun 'oo...kamu bercuti masa tu'. Yang tolong tiada cakap apa-apa pun.
Sebab senarai tugas sudah terang dan jelas....bersuluh lagi.

Sesi bersalam-salaman great idea. Semoga semua yang terlibat secara langsung atau tidak dilupakan dan dimaafkan.
Walaupun kepercayaan itu amat penting namun tidak perlu meletakkannya di tahap tertinggi. Begitu juga dengan kecurigaan. Jangan terlalu prejudis. Biarkan semuanya berlangsung dengan natural. Sebaik mana pun kita, sejahat-jahat kita jika Allah mengkehendaki ia tetap berlaku.


SHOWDOWN TOP 6

Semua macam biasa-biasa saja. Walaupun ada kritikan namun tetap menarik. Crew mana yang dapat gelaran persembahan terbaik malam ni? Saya teramat suka persembahan gabungan DLB, Soul Gang dan Soul Krazy. Bertenaga.
DEM LEPAK BOY menang imuniti ke final. Wow...tahniah!!. Ramalanku benar belaka. I hope SG akan bertarung ke final. Tapi battle tadi saya rasa macam SG bakal tersingkir. Antara SG dan WTO siapa tersingkir? WTO TERSINGKIR.


Mkbs - sebenci mana pun, menyampah sangat, meluat yang teramat, tunjukkan rasa hormat ketika berhadapan. Tidak perlu memahami cukup sekadar hormat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou