Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 11 Jun 2012

Mentor 6, ANAS RIDZUAN - suda tewas...tewas suda....


Tengok lakaran gambar tu. Sekali pandang macam Lisa Surihani kan? Itu gambar Ratu Elizebeth II. Cantik. Kelmarin tengok cerita 'all about Ah Long'. Sedih dan penuh pengajaran. Menangis aku.

FINAL MENTOR 6

Persembahan pembukaan bekas juara-juara mentor, Zainal Abidin, Amy Search, Mas Idayu, Ziana Zain dan Erra Fazira.

Pusingan Pertama

ANAS ;
Cinta muka buku - ringkas, kreatif, meriah. I like. Suara serak sangat.

ZATUL ;
Pelesit kota, pawana - biasa saja. Pening. Macam paksa suara serak. (I rather like versi Stacy...hahaha)

CAROLINE ;
Lagu english (tajuk tak ingat) - amat bagus. Kata nak tunjuk tarian...tak menari pun...

PEMENANG PUSINGAN PERTAMA (pilihan saya) = CAROLINE

Pusingan kedua

ANAS ;
Duet dengan Hazama, lagu selamat malam. Suka. Berdiri bulu roma. Hazama memang best.

ZATUL ;
Duet dengan Ziana Zain lagu sedang ingin bercinta dan nakal. Persembahan memang panas. Tak suka sangat tapi ada ZZ suka sikit. Hahaha...

CAROLINE ;
Duet dengan Azlan typewriter lagu kau kekasihku. Fuh!...lagu favourite saya ni. Hangat dan hangit. Migrain!..
PEMENANG PUSINGAN KEDUA pilihan saya = ZATUL

Pusingan ketiga

ANAS ;
Lagu baru - hanya dirimu. Sedap lagunya. All out. Hebat!..Kemunculan Johan raja lawak...woww...

ZATUL ;
Lagu baru - tinggalkan yang lalu. Catchy lagunya. Mesra telinga. Kalau dilihat dari segi persembahan pasangan ini dikira menang. Persembahan pertama hingga terakhir ada kesinambungan. Great!

CAROLINE ;
Lagu baru - melawan arus cintamu. Terserlah vokalnya. Sedap didengar.
PEMENANG PUSINGAN KETIGA pilihan saya = ANAS

Peserta Ujibakat Pilihan.
Shaz dan Najwa. Persembahan ok saja. Saya mengharapkan Najwa akan tarik nada tinggi tapi uhuuu...tiada klimaks. Juri pilih Najwa. Kalau Shaz nyanyi lagu melayu mungkin keputusannya berbeza.

MARKAH + KESIMPULAN

ANAS
Awam = 16
Juri = 26
Sms = 8
Jumlah = 50
Ayoyoyooo...rendahnya markah. Markah juri dan sms terus menurun. Final stage... Anas setaraf dengan KJ. Nak cakap ape? Tiada sebab saya pun tak undi. Apa-apa pun tahniah. Dapat hadiah juga kan....

ZATUL
Awam = 17
Juri = 34
Sms = 9
Jumlah = 60
Markah juri konsisten, sms ada peningkatan. Mentor dan protege ni antara yang paling tinggi improvement. Tahniah. Nasib baik bukan juara. Hahaha.... Tiada aura.

CAROLINE
Awam = 15
Juri = 43
Sms = 13
Jumlah = 71
Paling konsisten. Seperti yang dijangka... Dia adalah JUARA. Syabas!

Markah tertinggi sepanjang tempoh bertanding, markah juri awam paling tinggi pernah diperolehi oleh Anas, markah penuh 20. Juri profesional juga dimiliki olehnya iaitu 45. Undian sms juga dia sebanyak 17. Namun di penghujungnya mengapa Anas tersungkur? Saya membayangkan Anas akan bangkit mengganas di finale. Sakit tekak berpanjangan. Apa-apa pun belum ada lagi yang dapat pecahkan rekod markah Salma Mentor 5 iaitu 85. Nampaknya pentas mentor terus ketandusan juara mentor lelaki. Tahun depan cuba jemput M. Nasir atau Jamal Abdillah atau Saleem Iklim atau Ramli Sarip....

Persembahan penutup

SLAM dengan 6 peserta mentor. Menyampaikan rangkaian medley lagu-lagu slam. Suara Zamani tetap yang terbaik dan saya tetap suka KJ....hahaha....


Suda pagi suda...inda dapat tidur. Siang ahad tak tidur pun tapi mata nda mau tutup. Malah lapar lagi... Oh My God!
Sleeeeeeeeppp ba.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou