Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 26 November 2012

Finalis AJL Ke - 27


Muzik-muzik separuh akhir ketiga 2012

1) Black + RJ - Teman pengganti.

2) Hyperact - Harapan.
Ok saja lagu ni.

3) Hafiz - Kuakui.
Saya suka lagu ni.

4) Hazama + Amy Search - Simetri.

5) Mojo - Andai ku bercinta lagi.
Wow..pencipta lagu Edry Halim main piano. Mungkin dia nak lagu ni ke final.

6) Akim + Fiq - Mesti ada cinta. (...indahnya bila cinta ada yakinlah...)

7) Bunkface - Panik.
Tak suka lagu ni.

8) Shila Amzah - Patah seribu.
Semakin ramai peminat semenjak menang nyanyi di Shanghai.

Persembahan jemputan : woww...menghiburkan. Fida Ibrahim tu orang negeri sembilan ke?

FINALIS AJL 27

1) Idola / Azlan + The Typewriter. (Lagu : Audi Mok / Lirik : Azlan)

2) Pelangi Senja / Stacy.
(Lagu : Taja / Lirik : Tun Teja)

3) Anak Kampung / Jimmy Palikat + ONEmce.
(Lagu + lirik : Jimmy Palikat bersama ONEmce)

4) Terukir di bintang / Yuna. (Lagu + Lirik : Yuna)

5) Ombak Rindu / Adira + Hafiz
(Lagu + Lirik : Norzaidi Rahman).

6) Tanpamu / Amir Jahari.
(Lagu + Lirik : Amir Jahari)

7) Lagu / Bedroom Sanctuary.
(Lagu + Lirik : BO ......)

8) Teman Pengganti / Black + RJ.
(Lagu + Lirik : Malique)

9) Ku Akui / Hafiz. (Lagu + Lirik : Ajai)

10) Simetri / Hazama + Amy Search.
(Lagu : Audi Mok. Lirik : Firdaus)

11) Andai ku bercinta lagi / Mojo.
(Lagu + Lirik : Edry Abdul Halim)

12) Patah seribu / Shila Amzah.
(Lagu + Lirik : Shila Amzah).

Tersenarai Tapi Tersingkir
Drama Band/cerita dia
Hafiz/watak
Asmidar/biar sampai ke bintang
Stacy/kasanova
Tam Spider/tapi bagaimana

JURI PROFESIONAL

Ketua juri : Azmeer
Ramli MS
Helen Yap
Che Kem
Edrie Hashim
Cat Farish

Semua lagu hebat-hebat belaka. No. 8 dan 12 tak suka. Over confident. Over acting. Over dose...terutama yang no. 12. Perasan bagus perasan hebat perasan bahagia. Kalau tersandung baru tau...


Mkbs - berita dari kg, sepupu mama telah passed away. Tinggi darah + tinggi kolestrol - dia terjatuh. Begitu bahayanya penyakit ni. Pergi tak dijangka. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Al-fatihah. (Dia adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim...)

SO : kasihan rakyat Palestin. Itulah akibatnya perbuatan generasi terdahulu. Menyesal tiada berguna. Generasi kini hidup menderita. Hidup umpama anjing, diberi makan kemudian dibunuh. Ini adalah pengajaran untuk rakyat Malaysia. Jangan hanya pandai merungut, memberontak dan mengutuk saja. Buktikan. Kalau setakat pandai mengutuk tapi tiada sumbangan bagus tutup tu mulut. (Huhuhu....kalu suka bercakap tak tau nak kata apa...ada mulut, mulut sendiri, ada suara, suara sendiri lagi...bukannya bisu kan? Fikirlah sendiri).

Ahad, 25 November 2012

Larian Hijrah 1434H

Huh... lama tak jogging hari ni join larian Hijrah 1434H anjuran JAWI bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.. tiada warming up terus lari...kejang kaki. Berlari sejauh 5 KM... yang tidak tahan tu laluan larian. Turun bukit naik bukit. Memang mencabar. Dengar menteri di jabatan perdana menteri kata Dato' Khir Baharom (dia juga yang merasmikan dan melepaskan larian) lebih dua ribu lebih penyertaan di terima. Termasuk warganegara luar (orang cina pun ada...ishhh...pakai calana pindik lagitu..) Peserta lelaki  dilepaskan tepat pukul 8am. 10 minti kemudian peserta perempuan. Kami pergi berenam. Mai dan Syu lari laju ke depan. Maklumlah ahli wataniah...stamina mantap. Saya dengan Syam mengekori di belakang. Tapi di penghujung larian dah tak larat dah...jalan jer.. Tijah dan Mazni paling belakang. Apa taknya seorang sakit kaki seorang lagi tiada kasut. Yang kelakarnya, ada yang berlari pakai baju kurung, pakai baju melayu, pakai jubah dan pakai kain pelikat. Hahaha... mungkin yang pakai baju jubah putih tu tuk imam masjid atau bilal... hahaa... Tapi jangan tidak tahu...durang punya laju berlari. Entah-entah sebenarnya durang tu atlit tapi menyamar. Hijrahlah katakan... Yang paling tidak boleh bla...ada yang di awal larian pakaian bukan main muslimah lagi. Tiba di pertengahan jalan tudung terbang entah ke mana...dijadikan selendang. Tak jadi hijrahlah kot....hahahaaa.... Masa larian tiada timing untuk ambil gambar sebab urusetia jaga rapi. Tidak boleh melengah-lengahkan masa. Walaupun penat, tak menang larian dan tak dapat hadiah tetap berbaloi. Dapat baju free dan makan free walaupun tak seberapa. Tapi yang paling penting dapat sijil.... Yang paling penting juga dapat exercise...ringan badan sekejap.


mkbs - penat perjalanan semalam belum hilang lagi. Ditambah kepenatan hari ni...harap-harap esok kerja mood bertambah mantap...

SO ; agak stress telefon buat hal...

Sabtu, 24 November 2012

Muzium Sungai Lembing


Pertama kali datang sini. Muzium ni simpanan sejarah tentang sejarah aktiviti perlombongan di Sungai Lembing. Gambar ayah Maisarah juga ada. Tapi sayangnya, tak dapat menikmati sepenuhnya keindahan muzium ni kerana ada aktiviti 'renovation'. Tak dapat masuk semua tempat. Emmm.... Sekarang dalam perjalanan balik Putrajaya. Tak sabar nak sampai Putrajaya. Dah kenyang menghabiskan buah-buahan dan beras orang tak sabar nak balik yer. Hahaha....jangan marah. Lepas ni kena diet diet diet. Yang membuatkan saya kurang selesa sekarang adalah bau durian semerbak bercampur bau kereta. Boleh anda bayangkan? Beria durang bawa durian balik. Saya ok sajalah. Tidur saja. Yang paling saya meluat nak drive kereta pun saling tunjuk menunjuk...masa pi kan dah bincang. Huh!...panas saya tingu tu gaya. Mungkin durang saling menyakat tapi takkan sepanjang hari. Can u imagine? Berlagak pandai tapi dah salah buat muka 5 sen. Sabar sajalah aku!... I just quite. Perangai manusia kan lain-lain. Terima sajalah. Perkara yang membuatkan saya menyampah ialah bila cakap pasal durian bukan main lagi. Macam dialah yang raja durian. Dah makam mengadu sakit perutlah, sakit kepalalah, nak selesmalah...aduii... Aku yang mengakui tak gemar durian ok saja pun. Cuma pagi tadi saya memang tak makan takut perut meragam. Dahlah sarapan dengan nasi lemak ayam masak merah. Nak jalan jauh kan... OMG!... On the way balik tadi sempat lalu lokasi jomheboh. Nak singgah tapi hujan renyai-renyai. Gerai-gerai pun tak buka lagi. Lagipun kitorang nak cepat sampai Putrajaya. Nak rehat awal sebab esok join larian hijrah di KL. Harap-harap sampai Putrajaya sebelum pukul 4 petang. Insya-Allah. Cayok!!...

Jumaat, 23 November 2012

Kg Kuala Kenau, Sg Lembing, Pahang


Menikmati durian di Kg Kuala Kenau, Pahang di rumah Maisarah bersama Tija, Shuhadah dan Mazni. Astaghfirullahaladzim. Perjalanan agak memenatkan. Sampai lebih kurang pukul 8 malam. Sesampai saja durian dah tersedia. Apalagi kitorang pun jalan projeklah. Kata orang dusun 'terungak'. Kawasan kampung biasalah pukul 9 lebih dah gelap. Huh! Memang susah nak tidur. Apa taknya dalam perjalanan dah tidur. Hahaha.... Awal pagi tadi, lebih kurang pukul 7 pagi saya dengan Tija join Mai pi kutip durian. Pi cuci mata melawat sungai yang ala-ala keruh. Kata orang dusun 'kabut'. Sempat pi menyimpang makan buah rambutan. Hahaha... Yang kelakarnya Tija kena gigit pacat...aaahh..menjerit dia. Dengan buah-buah rambutan dilemparnya. Hahaha...semalam kan hujan... Tapi lepas tu sambung makan durian. Aduh! Mula-mula risau juga. Saya bukannya gemar makan durian. Datang sini pun nak makan rambutan dan manggis saja. (Sanggup ponteng kerja..siut...hehe) Tapi al-Hamdulillah buah durian yang baru jatuh dari pokok rasanya berbeza. Bayangkan saya dah makan lebih dari 5 biji. Kawan-kawan lain tengah makan lagi tu. Emm...petang nanti nak makan rambutan dan manggis. Sekarang nak pi Muzium Sg. Lembing pula. Dan nak juga pi jambatan gantung. Dah lama tak lalu jambatan gantung. Huhuhu.....

Rabu, 21 November 2012

Saya keluar dulu


Exam KPSL W : Aiyyoo....confirm kandas ni. Saya surrender dah. Perempuan 5 orang tu masih stay. Tengok macam banyak jer jawapannya. Khusyuk sangat durang menjawab soalan. Menulis tak henti-henti. Saya siap salin soalan. Hahaha.... Soalan tak susah tapi nak dapat fullmark tu...tak tau nak kata apa. Wei...cepatlah korang keluar...saya tiada teman duk kat luar. Hahaha....

KPSL W27


Lebih kurang lapan jam dari sekarang saya akan menduduki peperiksaan kenaikan pangkat secara lantikan w27. Berdebar-debar rasanya. Walaupun tidak cukup bersedia, tidak cukup buku rujukan dan tidak cukup faham saya akan cuba sedaya upaya. Sebenarnya saya tak yakin pun akan lulus. Bak kata seorang teman "kita datang tengok soalan saja"... Saya bukan datang tengok soalan saja malah datang salin soalan. Hahaha... Kalau panjang umur murah rezeki tahun depan cuba lagi. Perancangan dan persediaan awal perlu dilakukan untuk lulus. Untuk rakan sekerja sepejabat Norhida, Norfazura, Noraini, Nurul Nazira dan Rosni selamat menelaah buku. Jawab elok-elok. Kalau korang lulus belanja saya tau...hehehe.....


Mkbs - kadang-kadang saya rasa saya ni hipokrit. Mulut kata ya tapi hati kata tidak. Sebenarnya memang tak nak. Ia membuatkan jiwa kacau fikiran terganggu. Ya Allah, kata hatiku adalah yang sebenar-benarnya. Engkau peliharalah kata hatiku. Jauhkanlah diriku dari semua perkara yang tidak diingini. Amiin.

So - letih berlatih koir. Suda lama tidak menyanyi suara sukar dilontarkan...itu pasal aku tak suka koir... "sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku ...."huhuhu....

Ahad, 18 November 2012

Muzik-Muzik 2012 Separuh Akhir Kedua


Muzik-Muzik Separuh Akhir Kedua


1) One Nation Emce + Jimmy Palikat - Anak Kampung.
Sa mo lagu ni masuk final. Kalu nda awas tu juri. Hahaha...

2) Yuna - Terukir di bintang.
Saya suka lagu ni.

3) Hafiz + Adira - Ombak rindu.
Saya suka persembahan mereka. Perasaan yang sempurna. Saya aim lagu ni dipilih.

4) Amir Jahari - Tanpamu.
Tak kenal!..

5) Ramlah Ram + Sleeq - Sesaat kau datang.
Emmm....ntahlah. Tak payahlah pilih lagu ni...

6) Diandra Arjunaidi - Angkasa.
Belum layak masuk muzik-muzik.

7) Nera - Hatimu milikku.
Lagu ni menggantikan lagu yang dinyanyikan Shahizey Sam dan Yana. Membuai-buai. Tapi saya tak suka Nera nyanyi putus-putus...ambil nafas di pertengahan perkataan. Tidak sedap didengar.

8) Suki - Terlalu mencintaimu.
Saya suka dengar lagu ni. Vokal suki tampak sempurna. (Vokal hebat pun kalau juri tak pilih lagu tu tiada maknanya). Tapi Suki kelihatan terseksa menyanyikan lagu tu.

9) Tam Spider - Tapi bagaimana.
Adui...skaf siapa si Tam rembat tu? Hahaha... Lagu ni ada harapan sebab lirik dicipta oleh sifu M. Nasir.

10) Bedroom Sanctuary - Lagu.
Tak kenal!.

11) Jacklyn Victor - Sebelah jiwaku.
Emmm...saya rasa lagu ni tidak terpilih sebab sebelah jiwa saja. Sebelah jiwa lagi pi mana? Hehehe....

Artis jemputan Meet Uncle Hussien + Fauziah Gambus. Siapa nama vokal utama MUH tu?....like!!...

Yang Terpilih.

1) ONE + Jimmy Palikat.
2) Yuna
3) Hafiz + Adira
4) Amir Jahari
5) Tam Spider
6) Bedroom Sanctuary

Keputusan muktamad pada 25hb minggu depan. Saya harap lagu Jimmy Palikat, Anak Kampung akan terpilih ke final.


Mkbs - gempak tengok berita PAS doa UMNO, BN hancur. Jadi topik hangat. Hahaha... Terang dan jelas doanya. Yang durang pi buat secara terbuka tu kenapa? Tak baik tau. Nak hancurkan musuh doa dalam hatilah. Ataupun buatlah secara tertutup. Politik punya pasal.Emmm....macam-macam. Perkara biasa. Saya juga begitu maaa...tapi tidaklah doa dalam solat. Selalunya makbul...tapi kalau hati cepat sejuk cepat tarik balik...semua ok.


Huh...internate like rubbish!..

Khamis, 15 November 2012

1434 HIJRAH


Salam Maal Hijrah 1434H. Salam maaf andai ada terguris perasaan. (Ayat standrad ni...jangan cair terus!..). Ada azam baru ke? Azam lama bagaimana? Asal tahun baru mesti tanya tentang azam. Tiada benda lain ke?. Hak masing-masing kan? Apa pun azamnya yang penting ia perkara yang baik dan bertambah baik dari hari ke hari. Lebih berhati-hati dengan makhluk sekeliling. Tidak perlu menyimpan harapan yang tinggi. Tidak perlu merancang bagai nak rak. Biarlah serba sederhana dalam segala hal. Saya ada terbaca dalam fb, azam tahun baru nak turunkan berat badan. Wah! Sesuatu yang bagus tu. Harap insan tersebut akan berjaya. Bukan senang tu. Cayok!... Azam sayaaaaa........tak berani nak luahkan. Takut-takut tak tertunai menyesal seumur hidup. Simpan dalam hati sajalah. Huhuhu....

Tak tau nak taip apa...mata nak tutup dah. Mengantuk sangat. Bikin hairan. Tadi tu mata bukan main besar lagi.

Mkbs - kemarahan lalu kubawa ke hadapan. Bukan untuk membalas sekadar peringatan. Kemarahan lalu ku simpan teguh dalam hati. Bukan untuk membalas sekadar kenangan. Kemarahan lalu kusimpan sebagai kenangan. Bukan untuk membalas cuma ingatan aku bukanlah insan yang mudah melupakan dan memaafkan.

Isnin, 12 November 2012

Muzik-Muzik Separuh Akhir Pertama 2012


Demi Lovato...ingatkan umur dah 30an. Rupanya baru 20an. Oh My God. Rezeki.


Muzik-Muzik 2012 separuh akhir pertama

1) Drama Band / cerita dia. Lagu ni tak kenal pun. Tak suka.

2) Ainan Tasneem / aku suka dia. Emmm....saya tak suka lagu. Lagu jalanan lagu suka-suka lagu karoke...nak masuk bertanding...boleh bla la...hahaha...

3) Hafiz / watak. Saya boleh terima lagu ni sebab suara penyanyinya.

4) Azlan Typewriter / idola. Tak suka. Tapi kehebatan penyanyi ni tetap diakui.

5) Tomok / aku datang. Lagu ni biasa-biasa saja. Tak akan masuk final.

6) Stacy / pelangi senja. Saya suka lagu ni. Agak susah lagu ni. Saya ambil masa 5 hari untuk menguasai lagu ni. Itu pun kadang-kadang pandai sumbang. Dan saya harap lagu ni terpilih. Cuma tak suka dengan mekap Stacy.

7) Aizat / jerrypah. Tak faham lagu ni sebab tak nak faham. Hahaha... Penampilan terbaru Aizat dengan misainya janggutnya dan rambutnya yang ala-ala Elvis Presley. Nampak lebih matang.

8) Hazama / majnun. Saya tidak pernah dengar lagu ni. Lagu yang satu lagi bagus. Tiada harapan lagu ni.

9) Asmidar / biar sampai ke bintang. Lagu ni boleh tahan. Juara vokal bukan sekadar rupa musim pertama. Tengok samada dia boleh menang vokal terbaik.

10) Sofazr / pencinta terbaik. Saya tak minat dengan lagu ni. Out.

11) Stacy / kasanova. Saya suka kelajuan lagu ni. Menyanyi saja perlu stamina teknik pernafasan. Belum menari lagi. Stamina stacy masih superb.

Pilihan juri.

1 - Drama Band
2 - Hafiz
3 - Azlan typewrtr
4 - Asmidar
5 - Stacy : 2 lagu.

Saya harap Stacy berjaya ke final. Janganlah tersingkir di separuh akhir ketiga. AJL tahun lalu Stacy tidak berjaya layak ke akhir. Kali ni biarlah kedua-dua lagunya berjaya. Kalau boleh menang satu anugerah.


"kalau nak bertahan dalam hidup, kita perlu berubah"

"tidak mengapa dipergunakan oleh orang lain...sekali-sekala rugi...itu proses pembelajaran"

Ahad, 11 November 2012

Selamat Pengantin Baru CW & MC


Selamat pengantin baru diucapkan kepada jaguh badminton negara Lee Chong Wei dan isterinya Wong Meou Choo. 11 tahun bercinta akhirnya ke jinjang pelamin. Semoga pasangan ini kekal bersama hingga ke akhir hayat.

Siaran langsung di ntv7 majlis perkahwinan hari kedua Chong Wei dan isteri bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Cantik gaun merah menyala pengantin perempuan. Cuma ianya membuatkan pengantin nampak susah berjalan. Mungkin juga tumit kasutnya yang terlalu tinggi. Antara rakan sukan luar negara yang hadir, Taufik Hidayat jaguh badminton Indonesia (speaking english ooo...first time i hear...) dan Bao Chun Lai dari Chinese. Yang paling penting Datin Rosmah Mansor turut hadir. Semalam perdana menteri telah hadir juga Yang Dipertuan Agong. Gambar pre-wedding pasangan ini very awesome. Macam model iklan pakej perkahwinan pun ada. Wooooo....bila tengok pasangan yang kelihatan sungguh bahagia ni cemburunya. Tiba-tiba saya pun teringin nak kahwin. Nak pakai baju..gaun yang cantik nampak esklusif bak seorang puteri raja yang menawan dan berkuasa dalam sebuah majlis yang grand and awesome...di samping insan yang........ hahaha.....berangan lebih. Tapi apabila difikir, ditenung, dihitung....oohh!!...tidak. Not yet. I am not ready to face all about responsibility for somebody... Because i am very understand it's not easy for me....ya, hard to me...forever like that maybe... My big dream that so hard to attain...and i do not or never think to reach my dream...crazy dream... Am i too much?....huhuhu... Forget it!!!....


USA X-FACTOR TOP 12

Cece Frey dan Jason Brock menyanyi di depan juri. Keputusan juri 2-2, undian penonton telah menyingkirkan Jason Brock. Paling saya benci dia kata 'saya lakukan untuk golongan gay dan orang Jepun'. Aiyyooo....apa maksudnya? Untung juga dia tersingkir. But in america it's that ordinary matter...not surprisely!... Kalau di Malaysia ada yang mengaku secara terbuka begitu saya sumpah jadi batu. Hahaha...ada berani...


"bahagiakan diri anda sebelum anda bahagiakan orang lain"

Somebody say "bagaimana nak membahagiakan orang lain jika diri sendiri tidak bahagia?..."

Bahagia itu terlalu subjektif. Maka itu ikutlah kata hati dan keselesaan sendiri. Jangan ikut orang lain.

Internate like rubbish!!..

Khamis, 8 November 2012

USA X-Factor 2012


Sekarang ni musim hujan. Banyak tempat yang dinaikki air. Tanaman banyak yang rosak dan musnah. Amat mengecewakan bagi mereka yang bergantung harap pada hasil tanaman. Rumah-rumah cantik ditenggelami air. Banyak barang turut rosak. Demikianlah kuasa-Nya. Tersirat seribu satu hikmah. Tapi bukanlah saya nak berbicara tentang hujan. Kebetulan terlintas di kotak fikiran.

USA X-FACTOR 2012 SESSION 2

BRITNEY

@Beatrice Miller
@Carl Rose
@Arin Ray
@Diamond White - tersingkir.
Diamond disenaraikan kembali ke top 13. Adakah budak ni boleh mengikut jejak juara musim lalu? Team ni ada dua budak comel. Sederhana saja. Britney macam tidak pandai menilai. Kritik pun ala-ala baik. Kasihan.

DEMI LOVATO

@Jennel Garcia
@Paige Thomas
@Cece Frey
@Willie Jones - tersingkir.
Team ni boleh tahan. Tiga wanita yang berlainan personality kemampuan berbeza. Saya suka Cece...semangatnya kuat tapi kuat juga menangis... Saya juga suka lontaran suaranya walaupun kurang perasaan.

L.A REID

@Vino Alan
@Hate Stevens
@Jason Brock
@Davin Correy - tersingkir.
LA kata JB seorang penghibur dan DC seorang bintang. Dia memilih seorang penghibur. Team ni saya paling tak suka.

SIMON COWELL

@Emblem3
@Lyric 145
@1432 / Lylas
@Sister C - tersingkir.
Saya paling suka team ni. Saya juga suka Simon (hehehe....) Dan saya aim Emblem3 akan menjadi juara. Yaaa!!.... Jika kena gaya dan usaha lebih 1432 mampu menjuarai pertandingan ni. Mereka mempunyai kemampuan vokal yang mantap. Lyric 145 tu ala kadar jer... Siapa yang akan tersingkir minggu ni? Tunggu saja...hahaha...

Uhh... Ketua akauntan akan bertukar keluar. Terima kasih puan. Jasamu dikenang selama-lamanya. Semoga puan akan terus berjaya di tempat baru.

Vokal Bukan Sekadar Rupa 2012


Buah rambai. Kalaulah buah-buah tu sudah masak ranum waktu itu, tentu jalan kaki tak sampai penamat.

Tadi tengok siaran langsung pemilihan vokal bukan sekadar rupa di tv3. Siut saja si Faizal Tahir tu... Konfius sy. Macam tidak pandai menilai. Tidak yakin. Kesian pun ada. Dua kali lima sama si Hattan (malam-malam pakai topi. Dalam dewan lagi...kalu di luar bulih terima lagi. Mangkali dalam dewan tu banyak cicak...takut kana timpak taih...). Tengok Ramli MS. Kalau dia tidak boleh terima 'tidak'. Kalau ok 'boleh tahan'. Kalau dia suka 'saya suka.....'. Sebenarnya saya suka peserta dari Kiulu Tamparuli. Tapi lagu pilihannya aduuhai.... Tidak menyerlahkan kemantapan vokal. Tidak handsome lagi tu. Nasib baik juri pilih. Bunyi suara dia adik beradik dengan shila amzah dan misha omar. Mungkin begitulah bunyi suara bagi orang yang bergigi panjang ala-ala jongang. Mereka yang bergigi panjang sebutan nyanyian jelas dan nyaring. Seperti Aliyah. (Kecuali shila amzah). Mungkin tidak semua. Mungkin juga kebetulan saja. Hehehe.... Saya pun mana tahu semua itu. Pemerhatian saja. Sayang tu peserta dari Sarawak. Handsome tapi rosak nyanyian. Siapa suruh pilih lagu Faizal Tahir. Susah tu lagu. Demam-demam pun mau berlagak. Kan Ramli MS cakap 'tidak'... Peserta terakhir tu....eee...Hattan kata 'giler aku hidup 55 tahun tak pilih dia...'. Fuiyyoo....urang suka abis tinggi kunun tu suara...ceh! Gedik-gedik si Mas Idayu... Angkuh sombong si Azmeer...gerigitan!... Minggu depan nak tengok lagi. Macam best saja. Tahun lalu saya tidak tengok. Meluat!...hahahahaaaaa....

Tidur dulu lah.... Assalamualaikum. Wa ann...

Ahad, 4 November 2012

2012 PUTRAJAYA GLOBAL DIABETES WALK


PUTRAJAYA GLOBAL DIABETES WALK, WALKING WITH FRIENDS

This is to recognise the participation of
SITI JIENAH BINTI LIYOR
and to express our appreciation in order to create global awareness about diabetes.
On 4th November 2012 at Taman Wetland, Putrajaya.

Sign by Dr. Zanariah Hussein, Consultant Endocrinologist Hospital Putrajaya.

In Conjunction with:
World Diabetes Day 14 November

Supported by:
Hospital Putrajaya.

Dalam borang pendaftaran tulis berjalan sejauh 5KM...tapi kiraan langkah tak sampai 5 ribu pun. Emmm.... Yang penting dapat baju percuma dan beg kecil (lupa nama..). Dalam beg tu ada food supplement - benefiber, calcium-sandoz+vitamin D3, susu tepung Ensure with fos dan pharmaton caplets.

Datang seawal 6 suku am...taman wetland gelap gelita. Hampir-hampir salah tempat. Nasib baik kawan seorang telefon urus setia. Ramai lagi tu orang follow kami. Hahaha... Warming up di padang yang becak...habis basah kasut seluar kotor...gangnam style tu buat tak bestlah tuan. Walking bermula pukul 7.52am (ikut jam aku lah). Sepanjang perjalanan 4 check point air mineral habis...nasib baik cp yang 4 ada stok. Itu pun tinggal sikit. Di sepanjang perjalanan jumpa @ nampak macam-macam pokok buah-buahan. Nangka, pulasan, durian, belimbing, jambu, rambai, sukun, kopi, limau barli, kristal, rambutan dan etc (nama tak tahu). Kalau nak makan buah-buah tu boleh datang lagi bulan depan. Hahaha.... Jalan ramai-ramai memang seronok, kalau jalan sendirian takut tak balik-balik (kena culik...hehehe). Lucky draw tak banyak. Seorang pun tak sangkut. Kesiannya.... 14 hadiah terakhir jawab kuiz, betul dan dapat. Kitaorang dah malas dah. Apalagi pukul 9.30am balik rumah. Masa nak balik tu dapat tapau banyak air mineral. Sebelum tu urus setia bukan main kedekut lagi. Minta roti lebih pun tak nak. Tamaha!!'...


Mkbs - Selamat hari jadi buat temanku KB. Semoga di bawah lindungan rahmat Allah seumur hidup. Amiin.
Mengantuk dah....

Sabtu, 3 November 2012

Life's Like That


① The best advice my parents gave me was ..... Be yourself, crush your enemies!.

② The teacher remember me as ..... Nice girl

③ I wish i'd never promised to ..... Forgive somebody make me hurt

④ If i watch only one tv show for the rest of my life, it would be ..... Korean drama

⑤ The best holiday moment i've ever had was .... Walked around at Langkawi
⑥ I couldn't believe it when ..... Somebody think i am her friend (kritik orang pandai tapi bila dikritik jadi harimau...tapi kata kawan,..ooo, please...)

⑦ I know it's silly but i love ..... Sleep.

⑧ If i came back as an animal i'd be ..... Extremely disappointed

⑨ I become a comedian when ..... Making people laugh made me feel powerful...powerful enough to crush my enemies!


Mkbs - badan rasa segar dapat jogging awal pagi. I need to i must to i have to return back my fit weight...

Jumaat, 2 November 2012

Miss Reply

Lee Da Hae


Malam ni bermulalah kisah...hahahaaa......kisah apa ntah...malam ni bermula drama Korea Miss Reply di 8tv pukul 8.30pm. Lama juga menunggu... yelah tiada astro kan?... Lakonan Lee Da Hae dan salah seorang penyanyi kumpulan TVXQ (kalau tidak silap la...) Oleh itu, jadual kembali padat..hahahaaa...bukan padatlah..kembali ceria... tak sabar nak tengok. Miss ripley mengisahkan tentang dua orang jejaka Jang Hoon Myung (Kim Seung Woo) dan Yutaka (Yoo Chun) yang jatuh cinta dengan seorang perempuan yang sama Jang Ri Mi (Lee Da Hae). Jang Ri Mi (Lee Da Hae) merupakan  wanita yang hidupnya rumit penuh dengan pembohongan, di dorong oleh keinginan serakahnya yang berasal dari kehidupan masa lampau kanak-kanaknya yang malang. Sedangkan jejaka dalam Miss Ripley ini  iaitu Jang Hoon Myung (Kim Seung Woo) adalah seorang pengusaha hotel ambisius yang mempertahankan kesempurnaan dirinya sendiri dan hidupnya, sementara Yutaka (Yoo Chun) adalah  seorang jejaka hangat dan lembut pewaris konglomerat hotel. Kita tengok berjayakah jang Ri Mi memperdayakan dua jejaka tersebut? Berjayakah Jang Hoon Myung pertahankan kesempurnaannya? Apa kesudahan Yutaka?....Apapun kisahnya i mantain like... saya cuma menunggu adegan-adegan lucu, marah, sedih dan gembira....maybe can get a little lesson... emmm..yang penting terhibur....