Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 15 November 2012

1434 HIJRAH


Salam Maal Hijrah 1434H. Salam maaf andai ada terguris perasaan. (Ayat standrad ni...jangan cair terus!..). Ada azam baru ke? Azam lama bagaimana? Asal tahun baru mesti tanya tentang azam. Tiada benda lain ke?. Hak masing-masing kan? Apa pun azamnya yang penting ia perkara yang baik dan bertambah baik dari hari ke hari. Lebih berhati-hati dengan makhluk sekeliling. Tidak perlu menyimpan harapan yang tinggi. Tidak perlu merancang bagai nak rak. Biarlah serba sederhana dalam segala hal. Saya ada terbaca dalam fb, azam tahun baru nak turunkan berat badan. Wah! Sesuatu yang bagus tu. Harap insan tersebut akan berjaya. Bukan senang tu. Cayok!... Azam sayaaaaa........tak berani nak luahkan. Takut-takut tak tertunai menyesal seumur hidup. Simpan dalam hati sajalah. Huhuhu....

Tak tau nak taip apa...mata nak tutup dah. Mengantuk sangat. Bikin hairan. Tadi tu mata bukan main besar lagi.

Mkbs - kemarahan lalu kubawa ke hadapan. Bukan untuk membalas sekadar peringatan. Kemarahan lalu ku simpan teguh dalam hati. Bukan untuk membalas sekadar kenangan. Kemarahan lalu kusimpan sebagai kenangan. Bukan untuk membalas cuma ingatan aku bukanlah insan yang mudah melupakan dan memaafkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou