Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Jumaat, 23 November 2012

Kg Kuala Kenau, Sg Lembing, Pahang


Menikmati durian di Kg Kuala Kenau, Pahang di rumah Maisarah bersama Tija, Shuhadah dan Mazni. Astaghfirullahaladzim. Perjalanan agak memenatkan. Sampai lebih kurang pukul 8 malam. Sesampai saja durian dah tersedia. Apalagi kitorang pun jalan projeklah. Kata orang dusun 'terungak'. Kawasan kampung biasalah pukul 9 lebih dah gelap. Huh! Memang susah nak tidur. Apa taknya dalam perjalanan dah tidur. Hahaha.... Awal pagi tadi, lebih kurang pukul 7 pagi saya dengan Tija join Mai pi kutip durian. Pi cuci mata melawat sungai yang ala-ala keruh. Kata orang dusun 'kabut'. Sempat pi menyimpang makan buah rambutan. Hahaha... Yang kelakarnya Tija kena gigit pacat...aaahh..menjerit dia. Dengan buah-buah rambutan dilemparnya. Hahaha...semalam kan hujan... Tapi lepas tu sambung makan durian. Aduh! Mula-mula risau juga. Saya bukannya gemar makan durian. Datang sini pun nak makan rambutan dan manggis saja. (Sanggup ponteng kerja..siut...hehe) Tapi al-Hamdulillah buah durian yang baru jatuh dari pokok rasanya berbeza. Bayangkan saya dah makan lebih dari 5 biji. Kawan-kawan lain tengah makan lagi tu. Emm...petang nanti nak makan rambutan dan manggis. Sekarang nak pi Muzium Sg. Lembing pula. Dan nak juga pi jambatan gantung. Dah lama tak lalu jambatan gantung. Huhuhu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou