Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 12 November 2012

Muzik-Muzik Separuh Akhir Pertama 2012


Demi Lovato...ingatkan umur dah 30an. Rupanya baru 20an. Oh My God. Rezeki.


Muzik-Muzik 2012 separuh akhir pertama

1) Drama Band / cerita dia. Lagu ni tak kenal pun. Tak suka.

2) Ainan Tasneem / aku suka dia. Emmm....saya tak suka lagu. Lagu jalanan lagu suka-suka lagu karoke...nak masuk bertanding...boleh bla la...hahaha...

3) Hafiz / watak. Saya boleh terima lagu ni sebab suara penyanyinya.

4) Azlan Typewriter / idola. Tak suka. Tapi kehebatan penyanyi ni tetap diakui.

5) Tomok / aku datang. Lagu ni biasa-biasa saja. Tak akan masuk final.

6) Stacy / pelangi senja. Saya suka lagu ni. Agak susah lagu ni. Saya ambil masa 5 hari untuk menguasai lagu ni. Itu pun kadang-kadang pandai sumbang. Dan saya harap lagu ni terpilih. Cuma tak suka dengan mekap Stacy.

7) Aizat / jerrypah. Tak faham lagu ni sebab tak nak faham. Hahaha... Penampilan terbaru Aizat dengan misainya janggutnya dan rambutnya yang ala-ala Elvis Presley. Nampak lebih matang.

8) Hazama / majnun. Saya tidak pernah dengar lagu ni. Lagu yang satu lagi bagus. Tiada harapan lagu ni.

9) Asmidar / biar sampai ke bintang. Lagu ni boleh tahan. Juara vokal bukan sekadar rupa musim pertama. Tengok samada dia boleh menang vokal terbaik.

10) Sofazr / pencinta terbaik. Saya tak minat dengan lagu ni. Out.

11) Stacy / kasanova. Saya suka kelajuan lagu ni. Menyanyi saja perlu stamina teknik pernafasan. Belum menari lagi. Stamina stacy masih superb.

Pilihan juri.

1 - Drama Band
2 - Hafiz
3 - Azlan typewrtr
4 - Asmidar
5 - Stacy : 2 lagu.

Saya harap Stacy berjaya ke final. Janganlah tersingkir di separuh akhir ketiga. AJL tahun lalu Stacy tidak berjaya layak ke akhir. Kali ni biarlah kedua-dua lagunya berjaya. Kalau boleh menang satu anugerah.


"kalau nak bertahan dalam hidup, kita perlu berubah"

"tidak mengapa dipergunakan oleh orang lain...sekali-sekala rugi...itu proses pembelajaran"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou