Hari sabtu yang agak suram tapi tetap suka duduk diam di rumah. Perut meragam...lapar...nak makan macam-macam...but saya cuba untuk tidak melayan nafsu makan. Al-maklumlah...nak turunkan berat badan dan yang paling penting takut poket kosong sebelum tiba waktunya. Hahahaa... Banyak lagi benda lain yang lebih penting daripada makan. Semalam bapa Saiful buat kenyataan 'saiful dipergunakan dan dia memohon maaf'.... Dan hari ini Saiful menyanggah dakwaan bapanya 'saya akan terus istiqamah dengan sumpah laknat yang dilafazkan sehingga akhir hayat'. Wowww....berapa banyak agaknya bayaran yang mereka terima?. Siapa pun yang dipergunakan mereka yang bertahan hingga ke garisan terakhir tanpa ragu pasti akan menang. Tapi kelakar kan? Mana ada orang yang dipergunakan saja. Manusia saling mempergunakan di antara satu sama lain demi kepentingan satu sama lain. Itu namanya saling tolong-menolong juga. Sama ada saling tolong-menolong untuk kebaikkan ataupun untuk saling jatuh-menjatuhkan sesama sendiri demi impian masing-masing. Siapa yang mampu bertahan akan menang. Antara kawan pun saling mempergunakan kan?....hari ini awak pergunakan orang tu...jangan lupa esok awak juga akan dipergunakan oleh orang lain. Oleh itu kita perlu sentiasa berhati-hati. Walaupun kita saling memperguna di antara satu sama lain jangan biarkan diri dianiaya. Jauhi sikap tamak. Sesungguhnya tamak itulah yang memerangkap manusia. Hahahaaa....saya ni pandai-pandai saja kan?.... Sebenarnya saya bukan nak share tentang peliwat diliwat sensasi tu... Saya nak share komen orang ramai tentang kes Lahad Datu. Silalah baca. Kalau tak setuju diam saja yerr...kalau nak meroyan cukup dalam hati. Heheheee... Satu, "hentikan cerita politik. Kami sabahan menentang sekerasnya pencerobohan ini. Daripada diperintah oleh SAITAN SULU...baik duk di tengok astro injoy". Dua, "sememangnya Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah saling memerlukan. Orang yang kata Sabah harus keluar dari Malaysia ialah orang yang pentingkan diri sendiri". Tiga, "Malaysia tidak segan-segan nak tamatkan riwayat Misuari kalau-kalau dy berani jejak kaki kat tanah Malaysia. My point, Sabah itu Malaysia". Empat, "adik ipar aku keje JPM tu cakap...jangan terlalu dengar media. Kat JPM tu dia tau apa yang sebenarnya berlaku". Sedih pula tengok drama tv2 ni...nak nangis. Lima, "sejak akhir-akhir ini knpa Pak Anwr sering ke Sabah menaiki jet khas utk berkempen dengan puak-puak suluk. Kenapa ehh? Sekarang bila tercetusnya huru-hara dia pulak dok rumah suka-suka, ketawa-ketawa, kutuk-kutuk. Macam ni punya org bolih ke percaya nak jadi PM?????.....". Enam, "Anwr akan jadi PM selepas ajalnya....ada angan-angan nak lihat penderhaka jadi PM,...semua penyokongnya adalah penderhaka!!!!". Aduiii...ini telampau pula...pendapat masing-masing. Tujuh, "orang yang gila kuasa memang macam tu. Sanggup buat apa saja asalkan mencapai cita-cita...rela hancurkan dan burukkan negara sendiri". Yang ini saya setuju. Bukan setakat ahli politik saja. Kawan karib kawan baik kawan sepejabat kawan sejawat mahupun ahli keluarga pun begitu. Sanggup memburukkan kawan semata-mata nak capai hasrat hati. Heheheeee...... Saya telah lihat dan saya pernah mengalami. Lapan, "kalau PR yang perintah lagi habis kena gadai...kalimah Allah pun boleh gadai...apalagi ni....buntut sapa lak yang kena taruk nanti...". Buntut apa? Buntut ayam ka?. Lama inda makan sate buntut ayam. Sedap baitu. Balik kg tempoh hari lupa cari di pasar malam. Sembilan, "malaslah gua fikiren semua yang berlaku di Sabah. Tetapi klu mereka sampai di tempat kami dan buat kacau maka kami penduduk kampung akan keluarkan apapun ilmu batin yang kami pelajari di kabupatan jawa barat utk melindungi kg kami di Tawau. Ayoh kalian masyarakat Sabah sokonglah ATM, PDRM. Klu kes ini dah tak boleh pihak keselamatan setelkan maka kami harus wajib mempertahankan Sabah. Kami keturunan Indonesia warganegara Malaysia cintakan Sabah, Malaysia". Well done!... Banyak lagi...ada juga komen yang mengutuk kerajaan tahap gaban tapi komen tu terlalu panjang...saya cuma pilih komen yang ringkas-ringkas saja. Tetapi kebanyakkan komen menghentam pak anwr. Saya akui lelaki ini bukan calang-calang orang. Setelah kehilangan Sabah dapat disekat kini lelaki ini keluarkan satu lagi kes iaitu pengakuan Azlan bapa Saiful. Semakin lama semakin banyak rancangan serang. Tapi saya yakin Pak Jib tahu apa yang dirancangnya.
Selamat maju jaya Pak Jib. Emmm....bagus sa sambung baca buku "A most peculiar malaysian murder".
mkbs : walau apapun yang berlaku 'semoga kita buang semua emosi negatif dan bina kasih sayang dan kesyukuran di dalam jiwa. - Prof. Dr. Muhaya.
This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 6019
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou