Maklumat ini dihantar ke emel saya. Macam mana durang dapat emel saya pun saya tidak tahu. Tapi saya baca saja. Suatu masa dulu saya juga adalah peminat Anwar Ibrahim. Saya lebih suka dia berbanding Dr M. Namun perasaan itu semakin lama semakin pudar dan kini saya menunggu saat bila dia akan berhenti. Apa-apa pun biar kawan-kawannya, orang kepercayaannya yang teraniaya yang menjatuhkan beliau. Mereka lebih mengetahui.
Cerita Sebenar Kes Sodomi 2 Anwar (Bhg 1)
|
11 Mac 2013
SURAT FMT: dari
Yuktes Vijay, melalui emel
Saya merasa agak marah
apabila membaca berita yang bapa Saiful telah menyertai PKR.Saya sudah sedia
maklum dari awal lagi bahawa parti tersebut tidak punya integriti tetapi
perkhabaran terkini ini jelas menjatuhkan lagi kredibiliti mereka.Saya pernah
bekerjasama dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan terbabit
dari A-Z dalam perbicaraan itu sendiri.
Pembabitan saya dari
A-Z bermaksud berjumpa dengan pakar forensik dan DNA seterusnya mengkaji
dokumen-dokumen serta mencari duluan (case laws) untuk hujahan. Saya terlibat
dalam keseluruhan proses.Saya tidak berhasrat untuk menamakan peguam tersebut
kerana saya sangat memuja beliau sebagai mentor saya dan tidak mahu beliau
diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya.
Kenapa Anwar
tidak memberi keterangan?
Anwar sentiasa
menyatakan bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil.Sebenarnya beliau
tidak berani untuk memberi keterangan dari kandang saksi.Beliau tidak akan
mampu menahan segala soalan yang akan dilemparkan oleh Datuk Yusoff yang kini
berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong Pakatan merasa
sangsi, cuba tanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan yang benar,
boleh diterimapakai dan tidak mempersoalkan logik jawapannya.
Pasukan pembelaan
Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala serangan oleh pihak
pendakwaan, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak memberi keterangan atas
alasan yang beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil. Anwar berjaya
memperdaya,menipu dan membohongi rakyat dengan lagak seperti Mandela.Beliau
bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang bagus.
Dana untuk
pakar-pakar luar negara
Faktor yang sangat
mengejutkan di sini adalah apabila tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan
yuran yang terlibat untuk membayar pakar forensik, Dr Brian Macdonald dan Dr
David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka dibayar upah yang
sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini, mereka
menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.
Dari manakah wang
untuk membayar penginapan ini datang?Adakah Anwar bayar dengan duit poket
beliau sendiri?Tidak,malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman
peguam-peguam beliau.Sebenarnya, ada Datuk-datuk yang kaya yang membiayai
Anwar Ibrahim.Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya
tidak akan menyatakan namanya.
Persoalannya sekarang
sekiranya PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak Perdana
Menteri, kenapa tidak mempersoalkan dana untuk membayar pakar-pakar
ini?Sekiranya seorang bekas penjenayah dan ketua pembangkang ada Datuk-datuk
untuk membiayai kos guaman, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai
perkahwinan anak PM?
Saiful
Saya tidak tahu banyak
perkara tentang Saiful.Apa yang saya boleh katakan di sini, beliau tidak
mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai penyiasat, Jude
Perreira tidak mengendahkan protokol Jabatan Kimia dan menjalankan tugas
mengikut cara beliau tersendiri.
Kesan DNA Anwar ada
dalam rektum beliau. Apa yang menghalang Hakim untuk mensabitkan Anwar adalah
kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of
evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini
perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.
Secara ringkasnya,
wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum
Saiful.Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas
integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.
Oleh itu hakim tidak
ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.
Kesimpulan
bahagian 1
Anwar adalah seorang
penipu tegar. Beliau mempergunakan bapa Saiful untuk meraih undi.Kita semua
sedia maklum yang setelah beliau dibebaskan, beliau sudah hilang sedikit
tarikan kerana beliau tidak ada apa untuk disuarakan lagi. Saya benar-benar
berharap agar beliau menyaman sana supaya saya dapat membuktikan apa yang
telah saya sebutkan di sini.
Ingat Anwar Ibrahim,
saya membesar dalam memujamu. Saya tahu modus operandi kamu dan saya pernah
bercita-cita untuk menjadi seperti kamu. Biar semua orang melihat Anwar Vs
Anwar Klon (saya) beraksi. Ingat lagi semua emel-emel,Astroboy? Saya ada
semua. Saya cabar kamu!
Penulis, bekas
Anwarista terlibat dalam kes Sodomi 2 Anwar sebagai salah seorang peguambela.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou