Sebelum pukul 7 pagi sudah sampai di dataran Mahkamah Kehakiman. Sampai saja terus cari sarapan. Nasib baik ada. Cuba juga cari kaunter nak tanya tentang baju t-shirt tapi tiada. Kami saja datang awal sebab takut kesesakan lalu lintas. Alang-alang dah sampai awal semua tempat kami round. Hahahaaa...lenguh kaki berjalan. Starting walk ada dua tempat iaitu di depan bangunan Galeria dan di dataran Masjid Putra. Kami pilih di Galeria sebab dekat dan kami sememangnya sudah berada di kawasan itu. Keadaan 'caca merba'...tidak teratur. Pengacara dah kata berdiri di belakang 'u-turn purple'...budak-budak KPT datang-datang berdiri depan kami yang sudah elok bersedia. Dah lambat datang pergilah belakang. Katanya, durang ada perbarisan kenapa tak berbaris pun..penipu!!.. Yang bikin panas dah dilepaskan untuk berjalan masih lagi ternganga duk diam. Palui!!...eiii...macam sy mo pagung sajaitu kapala. Geram!!...ramai yang melencong ke laluan sebelah. Kami jalan terus tanpa lencongan. Tup..tup..kami yang paling depan. Berjalan sambil lambai-lambai bendera. Baru rasa seronok. Tengok PM, TPM dan yang seangkatan dengannya dari jauh je... Berehat dan makan di bawah pokok berdekatan dengan skrin. Artis yang membuat persembahan adalah Stacy, Francisca Peter, M. Nasir, Calvin Lau, penyanyi india Sausi (nama tak tau betul ke tak..). Yang geramnya Stacy nyanyi satu lagu saja 'bosan'. Penyanyi lain bawa sampai 3 lagu. Apa kes?. Nanti sy mo tanya c Stacy. Rugi tunggu tau...hahahaaa.... Ucapan PM biasa saja. Ucapan perasmian yang bla bla bla bla bla...bla bla bla bla bla bla....pujian menggunung kepada kaum wanita. Memang patut pun kan?. Terima kasih. Majlis besar begini memang kacau-bilau. Tak teratur. Rungutan kedengaran di sana sini. Biasalah kan?. Tapi saya seronok berjalan sambil mengibar jalur gemilang di baris hadapan menuju ke dataran Mahkamah. Perasaan itu ada kelainan. Lagu 'inilah barisan kita' versi perlahan saya sangat suka. Siapa penyanyi lagu tu ya?. Macam suara Stacy. Nanti sy mo tanya c Stacy. (hehehe...poyo...). Konsert habis pukul 11. Sebelum balik sempat ambil air mineral yang lebih. Terima kasih. Treeeeng...saya dapat sms dari seorang kawan katanya, dia dapat bersalam dengan Rosmah isteri PM. Woww...tahniah. Malam ni confirm dia tidur tak lena. Hahahaaa....jangan marah.
|
This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 6019
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou