Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 30 Mac 2013

Putrajaya International Hot Air Balloon




5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013, 28th - 31th March, 7am - 9pm, Monumen Alaf Baru Precint 2, Putrajaya. Bertolak ke Presint 2 tempat berlangsungnya pesta balloon pukul 6.30 pagi. Ini semangat nak naik ballonlah. Sampai saja di situ....ayoyoooo....barisan untuk membeli tiket terlalu panjang. Wowww....jangan terkejut...mereka yang berbaris tu kebanyakkannya berbangsa cina. Awalnya....(mangkali pukul 4 pagi lagi durang datang itu..). Tiket hanya terhad kepada 300 orang sahaja dan seorang hanya boleh membeli maksimum 4 tiket. Tengok pada panjangnya barisan...kami tawakal saja. Kalau dapat nasiblah. KECEWA. Masih dalam barisan pukul 7.40 pagi (lebih kurang) datang seorang abang tu bagitau "minta maaf ye...tiket dah habis. Boleh datang sebelah petang 4 jam sebelum bermula"... Emmmm.... Kami pun pergi tepi tapak kawasan balloon akan dilepaskan. Tangkap gambar. Dah itu saja yang mampu dibuat. Rasa lapar tapi gerai tak buka lagi. Bermacam-macam bentuk dan warna balloon. Dari pelbagai negara. Rupanya balloon yang dinaiki orang awam tak diterbangkan pun. Siap diikat dengan tali lagi. Balloon tu naik ke udara tak melepasi pun ketinggian pokok-pokok Putrajaya. Lepas tu tak sampai 5 minit pun di udara. Berbaloi ka bayar RM20.00?. Tapi sebab nak rasa sangat.... Yang paling best balloon VIP. Balloonnya diterbangkan terus ke udara. Nak naik yang itu.... Itu hanya persembahan.... Lebih kurang pukul 8.45 pagi selepas semua balloon VIP dilepaskan kami pun balik. Bila kami lalu dekat pondok membeli tiket dah ada edaran kopun. Apalagi....kami pun pergilah berbaris sekali lagi. Terus mencuba nasib. Saya kata, kalau tak dapat juga tak payahlah. KECEWA. Tidak mengapalah. Tak rugi pun. Lainlah kalau naik balloon VIP. Kami pun balik meninggalkan Putrajaya menuju ke Shah Alam, Selangor. Kawan (tija) nak gi ambil pensel box yang tertinggal masa kelas. Wowww....terasa rindu pula nak belajar. UITM. Saya harap pintu hati ini akan terbuka untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya satu masa nanti. Insya-Allah. (belum ada sumber inspirasi dan sumber kekuatan ba...). Selepas tu kami singgah di bangunan Majalah GrupKarangkraf alaf 21. Pertama kali saya datang sini. Banyaknya novel...tapi tiada diskaun. Beli majalah diskaun 50%. Majalah buat apa?... Alang-alang dah ada di area situ kami pun singgah di Giant, Seksyen 7, Shah Alam. Nak beli kettle (kebetulan...). Cuba cari seluar pendek...tapi tiada yang berkenaan. Tapi kan...harga barang di Giant tu mahal-mahal. Ehhhhh...... Mahal-mahal pun sempat memborong aiskrim....rosak diet aku. Balik semula ke Putrajaya lebih kurang pukul 12.45 tengahari. Ingatkan nak balik rumah terus. Rupanya Tija nak singgah MPH, Alamanda. Dia sponsor saya beli novel RAMLEE AWANG MURSHID, AKU BERCERITA menggunakan Baucar Buku 1Malaysia. Terima kasih. Selamat duit saya. Hahahahaaa....gembiranya hatiku. Dia beli novel semua cerita mantap-mantap. Saya suka novel thriller saja. Masalahnya bila nak baca buku ni?.... Novel thriller Reader Digest pun ada 4 buah lagi yang belum baca. Hwahwahwaaaaa....slow-slow ba kan?.... Pengunjung MPH terlalu ramai. Ada juga lelaki yang minat baca novel. Heheheee.... Student dari Iraq tu kata, dia dah dua kali datang barisan kaunter bayar tak surut-surut. Merungut dia, kenapa tak buka kaunter lebih. Emmm....dah memang banyak tu jer kaunternya. Nak buka kat mana lagi...yang kamu tunggu sampai orang kurang kenapa?....(dalam hati sajalah...) Tija jawab diplomatik sikit 'cuti sekolah'....hahahaaaa.... Hairan betul. Pengunjung Alamanda, Putrajaya tak pernah lengang. Apa durang buat di sanaitu? Mau kasi ilang stress kali. Mangkalilah.... Shopping untuk menghilangkan stress. Uuuhhhh....saya shopping lagi tambah stress. Penat berlegar-legar dah dibeli apa yang diingini jom balik. Sampai rumah pukul 2 petang. Malam ni ada pertunjukkan night glow & fireworks di Presint 2...pesta balloon. Teringin nak pergi. I love firework. Lupakan...teringin sangat nanti kecewa. Tidak penting pun.



This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 6019
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou