Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 16 Mac 2013

Sungai Tekala

Assalamualaikum. Seawal pukul 5 suku pagi kami (saya, tija, mai, shu) bertolak dari rumah di Presint 9 untuk menjalankan program mendaki Bukit Broga. Singgah solat subuh dan sarapan di Petronas. Kami mula mendaki pukul 6.30 pagi. Keadaan gelap gelita dan angin kuat. Sesekali kelihatan cahaya lampu daripada kumpulan lain. Jalan masih boleh nampak cuma bila-bila masa anda akan terjatuh jika tersalah pijak. Dek kerana takut dua kawan (yang pertama kali datang) membeli tochlight. Stamina memang kurang. Sebab ini semua tidak dirancang. Tiba-tiba saja ajak. I'm just on. Baru mula mendaki dah semput. Untuk pengetahuan, Tija semakin mantap. Kami tidak perlu berhenti rehat banyak kali. Mai dan Shu tak hairan sebab durang ahli wataniah. Tapi sekali berehat bergambar bagai nak rak. (hahahaaa....) Perjalanan mendaki bukit menuju ke puncak amat nyaman. Walaupun berpeluh-peluh tiupan angin yang kuat menyegarkan badan. Dan pendakian kali ini kami melalui laluan yang agak 'adventure' kata orang. Paling susah laluan tali sebelum ke puncak tertinggi. Silap teknik badan terhempas / terpukul di dinding batu besar. Tak rasa sakit sebab degupan jantung lagi kuat. Nasib baik ada kumpulan lelaki sudi membantu menarik tali. Sampai di puncak lebih kurang pukul 8 lebih. Berada di puncak 400m selama lebih setengah jam. Bergambar puas-puas. Macam-macam style. Jurukameranya pun stylish. (heheheee....). Turun semula pukul 8.55 pagi. Nak turun pun sibuk bergambar tu.... Paling tidak boleh bla, bergambar disebalik pokok-pokok lalang. (ada pendaki tu kata...'hilang nanti...'...amboi mulut.). Ambil masa sejam untuk menuruni bukit. Kali ini agak mencabar bagi saya berbanding sebelumnya. Beberapa kali kasut saya tergelincir. Lutut terasa menggigil. Wowwww.... Lepas tu balik rumah. Opppsss....kami singgah bermandi-manda di Sungai Tekala. Kami sesat mencari tempat itu. Tanya orang dan orang yang ketiga baru jumpa. Kelakar orang tu. Katanya, jalan lurus jer...kalau tak jumpa kena pi balai polis. Hahahaaa....gelak dia. Sampai di sana singgah membeli keropok, makanan dan minuman. Bentang tikar mandi sambil makan. Tija dan Mai mandi bergaya-gaya. Saya tak mandi sebab keadaan tidak mengizinkan. Shu pula katanya, tak selera tengok airnya. Hahaha.... Tapi memang airnya 'kabut'. Kalau dibandingkan dengan air Sungai Bunsit di Keningau ibarat langit dengan bumi. Air Sungai Bunsit tersangat bersih dan jernih. Kata orang dusun 'kotolop-tolop ih nga auh no tumindal-tindal'. Sampai rumah pukul 2.35 petang (jam sa la...). Tak terasa penat pun. So, esok masih banyak tenaga untuk sertai 1 million purple women walk 2013 di presint 3. YAB perdana menteri akan datang. Emmm...biasa kalau ada orang terhormat datang program akan berlangsung lewat. Kami pun tak tahu warga jab perkhdimatan awam berkumpul di mana. Maka itu esok anda akan lihat lautan manusia ungu di Putrajaya. Bukan saja di Putrajaya malah di seluruh negara. Saya tak pernah lagi melihat dan mendengar PM yang ini berucap di depan mata. Nak dengar juga apa harapan dan rayuannya kepada penduduk pengundi Putrajaya. 


This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 6019
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou