Just read it. Something that make me interesting...dalam emel ni kata ' Sudahkah
Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan
‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’....tapi yang saya tengok dan dengar yang diwar-warkan di facebook bukan Yes tapi 'No'... So, saya teringin dengar dan tengok yang kata 'yess' tu... Ramai sangat yang nak bagi pesanan buat DSAI...korang tak tahu ke dia tu dah tahu sangat. lebih dari tahu lagi...dia paling sedar tu...cuma over confident yang membuatkan dia nampak hebat.... (macam-macam la...pesan memesan kepada orang lain jangan lupa pesan diri sendiri)
‘Smooth & Peaceful Transition’; Pesanan Buat Anwar
Ibrahim
|
Siapa yang tidak ingat, betapa yakinnya Anwar Ibrahim
berjanji pada seluruh dunia, 16 September 2008, PR akan mengambil alih
kuasa di Parlimen dan beliau akan 'mengangkat sumpah' sebagai PM ke-7..
Tetapi, itulah Anwar Ibrahim... politiknya penuh dengan angan-angan!
Sekali lagi, menjadi 'Raja
Propaganda' menggunakan media luar, BloombergNews, Anwar Ibrahim
'menjaja' PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU-13 dengan janji
‘smooth and peaceful transition’.
Apa mimpi Anwar Ibrahim
begitu yakin 'menjaja' pelaksanaan 'smooth and peaceful transition' ini?
Selangor - isunya
terlalu banyak dan sudah diketahui umum! Isu keangkuhan untuk bekerjasama
dengan SYABAS sehingga rakyat merana ketiadaan air, isu ibu tunggal dan
warga emas yang 'ditipu' bantuan, isu bantuan persekolahan pra-sekolah
yang tidak diserah-serah. Ditambah lagi, isu dalaman, apabila anak muda,
Rafizi Ramli dipinggirkan, 'anak derhaka', YB Azmin Ali yang ditatang dan
YB Tan Sri Khalid sudah tidak lagi sehaluan, kepimpinan negeri yang sudah
celaru!
Di mana
asasnya rakyat Selangor masih 'sudi' mengundi kepimpinan anda, Anwar
Ibrahim?
Kedah - isunya
sudah melarat-melarat. Terbaru, ADUN dan Ahli-ahli PAS Kedah dengan
jujurnya melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap YB MB Kedah, Datuk
Seri Azizan atas ketidakmampuan mentadbir sehingga menampakkan kelemahan
PR & PAS di Kedah. Seperkara lagi, gelombang 'Depa nak tukaq dah' dan
kempen maya #SaveKedah semakin mendapat perhatian rakyat Kedah.
Apa pula
rasional Anwar Ibrahim, masyarakat Kedah masih ingin mengundi pakatan
anda?
Kelantan -
Gelombang Merah sudah terlalu kuat. Logo 'T' (TUKAR) semakin mendapat
tempat di hati masyarakat Kelantan. Sudah bertahun lamanya, keperluan
pembangunan dan kemajuan rakyat Kelantan dinafikan sehingga menyebabkan
hampir setengah juta rakyatnya terpaksa berhijrah. Selain itu,
kebergantungan kepada kudrat veteran untuk terus memimpin negeri adalah
bukti 'ketamakan kuasa' PAS dan PR. Ketahuilah, pada ketika PR masih bergantung
kepada pimpinan lama, BN sudah rancak melakukan transformasi politik
membariskan pimpinan-pimpinan segar!
Sedarkan
Anwar Ibrahim yang rakyat Kelantan punya kuasa untuk Ubah?
WP Kuala
Lumpur - Kegigihan ahli-ahli BN Kuala Lumpur membantu rakyat KL
menyelesaikan isu-isu perbandaran sehingga menyebabkan salah seorang
wakil rakyat PR, anakanda Anwar Ibrahim, Nurul Izzah melenting. Pemahaman
mudah anak muda itu, untuk menilai siapa buat kerja maka diajaknya
berdebat! Andai semudah itu tafsiran seorang pemimpin, punahlah masa
depan anak bangsa kita!
Tidakkah Anwar Ibrahim melihat kelonggaran jentera PR di Kuala Lumpur? Pulau Pinang - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM120 juta pada 2012 dan unjuran defisit sebanyak RM260 juta pada tahun 2013. Isu defisit ini menjadi 'senjata kuat' untuk membuktikan betapa kerajaan DAP lemah dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, isu perbalahan antara Ketua Menteri dan Timbalannya seringkali menjadi bualan. Juga, isu-isu rakyat terutamanya Melayu dan India yang 'dihalau' dari premis perniagaan mahupun kediaman mengakibatkan kebanyakan rakyat sudah serik dengan PR!
Sudahkah
Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan
‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’
Erti kata mudahnya, di
negeri-negeri pimpinan ‘Pakatan Rapuh’ pun sudah lemah dan di ambang
kejatuhan, negeri-negeri pimpinan BN sentiasa tetap utuh dan ampuh
bersama untuk ‘TOLAK PAKATAN RAKYAT’
Pesanan
buat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
1Malaysia mendoakan Datuk
Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji 'smooth and peaceful transition'
apabila Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan WP Kuala Lumpur
KEMBALI KE PIMPINAN BN selepas PRU-13 ini!
Jangan sekadar untuk
mengalih isu tumpuan rakyat daripada masalah dalaman DAP-PKR di Johor dan
perselisihan pendapat Kalimah Allah sehingga terpaksa menjaja cerita di
media antarabangsa.
Tidak usah lagi memperdaya, kerana rakyat sudah tidak
percaya!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou