Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Ahad, 31 Mac 2013
Adikku - PLKN
Hari ini adikku yang ketujuh Cik Siti Khadijah Binti Liyor menyertai PLKN di Sipitang, Sabah. Huhuhuuuu...tiga bulan dia tiada di rumah - dia pasti dirindui. Dia seorang yang kuat - banyak menolong mamaku dan yang paling penting dia adikku yang paling menjaga waktu solat, setiap hari membaca al-Quran selepas waktu solat. Rumah keringat itu selalu dihiasi kumandangan bacaan ayat suci al-Quran olehnya. Tiga bulan ketiadaannya pasti sunyi. Perkara yang menyedihkannya - Saya dapat rasai kekecewaannya. Keputusan peperiksaan SPM tidak memihak kepadanya. Dengan kata lain tidak mencapai target yang dikehendaki. Daripada keluhannya saya dapat memahami. Tidak mengapalah. Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian. Yang penting hidup sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Insya-Allah. Semoga adikku baik-baik saja menjalani kursus khidmat negara. Ingat semua pesanan mama dan pesan sms saya pagi tadi. Semoga sihat-sihat hendaknya. Selamat pergi dan selamat kembali.
Malu nak tengok yerrr....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ponsikou