Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Selasa, 26 Mac 2013

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Assalamualaikum,...mata mengantuk tapi tak boleh nak tidur. heheheee...jari-jemari ini
tergerak untuk memegang tetikus dan mula melayari internet. hahahaa...poyo...tiba-tiba
terpapar dan terbaca mutiara kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Kata-kata mutiara ini boleh dijadikan panduan dan peringatan buat diri sendiri.


"Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu."

"Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan."

"Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah."

"kita mungkin tak mampu buat semua, tapi tak mampu buat semua jangan tinggal semua".

"biar papa asal bergaya. kalau dah papa macam mana nak bergaya?"


mkbs - suka dengar program 'motivasi diri' bersama Dr. HM Tuah Iskandar setiap hari pukul 6.30 pagi di Klasik Nasional. Dalam kesibukan untuk bersiap ke tempat kerja masih sempat berkejar mencari pen dan kertas untuk menyalin kata-katanya.


MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA ......Even If Nothing Changes, I Just Want To Remember....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou