Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Ahad, 24 Mac 2013

JOM CERIA BERSAMA PM @ PUTRAJAYA

Jom Ceria bersama PM @ Putrajaya, 24 Mac 2013. Langkah ceria dan Kayuhan Ceria. Dihoskan oleh Ally Iskandar. Kelakar dia. Saya suka cara dia. Tak bosan. Tak macam AC Mizal minggu lalu dok menjerit saja. Pening kepala!. Antara ikon yang hadir Vince Chong bersama dua kakaknya, Suki, Sazzy Falak, Joe Flizzow, Noh dan Mizz Nina, Ong Beng Hee, Apek Khairulfahmi. Yang lain tak ingat nama. Menteri YB Datuk Ahmad Sabri....yang lain tak ingat nama juga. Persembahan lagu IM4U dan 1Malaysia daripada pelajar Lim Kok Wing . Dan nyanyian bakat cilik Nursyazwani dari Permata dengan lagu '...demi negara....'. Lupa lirik kamu yerrr.... Shari AF pun ada sekali. PM sampai 8.35am. Lepas lagu negaraku dan 1Malaysia dia berucap selama 10 minit. Kami dilepaskan berjalan kaki sejauh 5KM tepat pukul 9.00am. Datin Rosmah hanya melancarkan manakala PM turut serta berjalan kaki. Tapi tak jumpa pun dia berjalan kaki...penat kami mengejar. Sampai ke depan tiada pun. Kawan kata mungkin dia naik basikal. Yer ke?...atau dia berjalan 1KM saja. Dia dengan VIP lain melencong kat mana ye... Ini mo kena siasat ni....(hahaa.....poyo jer...). Sepatutnya Rosmah kena berjalan kaki tu. Badan gemuk tahap gaban...kalau kurus kan cantik... Saya dengan Mai dan Shu sampai ke garisan penamat tepat 10am. Penatnya. 5KM perlukan sejam untuk ditamatkan. Itu sebab kami berjogging sambil berjalan. Kalau tak lebih kot... Jalan ke PICC ada kumpulan muzik gong....menyuntik semangat saya untuk terus berjalan dengan cepat. Yang bestnya...kami sempat bergambar dengan Sazzy Falak dan Apek Khairulfahmi. (Hahahaaa....jangan jealous...). Sarapan pagi sebelum berjalan dan selepas berjalan memang hebat. Makanan untuk diet betul. Kalau Putrajaya menyediakan makanan begitu selama sebulan confirm obesiti penduduk Putrajaya jatuh menjunam. Dan berat badan saya pun tak akan naik-naik. Yang tak bestnya, sampah-sarap merata tempat. Tension saya nampak. Macam saya mau lempang saja orang tua belakang saya tu. Bekas makanan sarapan pagi dia boleh selit bawah pokok bunga depan pentas Mahkamah kehakiman. Saya kata 'kenapa letak di situ'. Dia jawab 'tak pe nanti maintanen datang kutip'. Amboi!...banyak cantik. Tong sampah ada merata tempat apa salahnya pegang dulu. Orang sebelah senyum saja. Nak tahu kenapa dia senyum....sebab dia juga dah buang tisu tepi tu. Emmm.... Masa pelepasan tu bekas makanan, botol mineral dan tisu bertempiaran. Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahuinya. Minda orang Malaysia memang begitu. Bikin panas. Adik-adikku pun sama begitu. Saya tegur dikatanya cerewet. Nak buat macam mana kan..... Sebab itulah Malaysia mengimport pekerja asing untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Rakyat Malaysia mana nak buat kerja membersih ni...durang hanya tahu mengotorkan saja. Lepas tu marah-marah...kata kerajaan mengimport terlalu ramai pekerja asing. Sendiri mo ingatlah. Acara tamat lebih kurang 11am. Tapi kami 10.30 dah balik dah. Penat nak rehat dan kecewa sebab tak dapat cabutan bertuah. Nak dapat note ll tu...huhuhu....semalam bukan main mimpi lagi. Dalam banyak-banyak tiada satu pun yang sangkut. Harap-harap lepas ni akan bertuah. Amiiinnn.
 
Sempat tahan pelakon ni nak bergambar...itu pun susah juga sebab terpaksa berebut dengan orang lain...dia sporting saja.

Tak berani nak ambil gambar masa acara berjalan kaki. Orang ramai sangat....nasib baik terserempak dekat foodcourd Presint 9...hahahaaa....Apek ni macam sopan saja orangnya.

# gambar copy from kamera kawan. Terima kasih geng...dah masuk dalam facebook rupanya...

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 6019
You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou