Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Isnin, 4 Mac 2013

Bukit Broga



NOTA SAYA
Tarikh : 2 Mac 2013
Masa kemaskini : 11:07pm

Indahnya pengalaman mendaki Bukit Broga. PUAS HATI!!!... Seronok dan penat. Indahnya pemandangan. Sejuk mata memandang. Subhanallah. Mula mendaki pukul 7 pagi. Sampai di puncak lebih kurang pukul 9.38 pagi. 2 jam setengah kan?... Duduk berehat tangkap gambar (ramainya orang....), kemudian turun bukit semula yang mengambil masa sejam. Ada yang turun menggelongsor. Hahahaa.....adui, tidak takut kasut rosak ka?...bulih beli baru ba kayo. (nasib baik kasut saya yang ada tanda-tanda nazak tidak apa-apa......). Pertama kali pergi mendaki bukit, perkara yang paling mencabar ialah mendaki bukit dan menuruni bukit yang agak 90 darjah kelandaiannya. Nak turun lutut menggeletar. Yang kelakarnya, seorang kawan asyik tertipu oleh kami yang tak tahu. Sampai satu puncak 'dah nak sampai ke?' Kami kata 'sikit lagi'....padahal kami pun tidak tahu. Lepas tu sampai satu puncak lagi....tak sampai-sampai pun. Nada suara dia nada mengeluh. Hahahaaa.....jangan marah yer.... Kasihan dia (sebenarnya risau juga kalau-kalau dia marah...tapi tengok wajahnya masih ok...). Dia dah bagitau awal-awal 'aku tak de stamina ni'. Tapi saya pujuk dia join. Tapi respect lah...pertama kali dengan tiada stamina dia akhirnya sampai ke puncak 400m Broga Hill. Nak sampai puncak tu banyak halangan tau. Banyak kali berhenti rehat. Masa nak turun pula cahaya matahari dah panas. Suasananya tidak ubah seperti menuai padi bukit. Kiri kanan pokok lalang matahari yang panas terik kulit rasa nak terbakar. Hahahaaaa.....Masa mendaki saya ok saja. Nak turun tu steady lagi walaupun kekuatan kaki sedikit goyang. Tapi dah sampai bawah barulah terasa kepenatan yang maha dahsyat. Macam nak baring di kawasan kelapa sawit tu..... Sampai rumah terus tidur....siuk ne.... Nasib baik jaga dari tidur badan tak sakit. Lagi penat skipping selama sejam tapi daki bukit lagi banyak peluh keluar. Emmm....nampak gayanya lain kali kena pergi mendaki lagi. Itupun kalau ada orang nak ajak. Maklumlah perempuan ni kan tiada kenderaan. Perkara yang menyakitkan hati ialah ada orang garit kereta kawan. Panjang dan dalam. Seperti digarit dengan pisau kecil. Hairan juga saya. Kenapalah ada juga manusia begitu. Tiada kerja lain kali. Merosakkan harta benda orang saja. Patah kaki kudung tangan baru tahu. Saya harap kawan saya tu sabar yer...dahlah penat mendaki...sampai-sampai kereta kena garit pula. Mestilah panas hati. Bukannya murah. Woww...sekarang ni Ronan Keating sedang buat persembahan 'when you say nothing in all' di majlis Bella Awards secara langsung di ntv7. Sebelum menyanyi lagu 'fires' katanya "apa kabar? Wanita Malaysia sangat cantik"....hahahaaa........flat..... Ronan Keating diberi penghormatan membuat mempersembahan penutup. Nak tengok ada tak penyanyi Malaysia yang akan komen seperti mereka (Bunkface) lakukan kepada penyanyi Korea tempoh hari. Fara Fauzana menang. Tahniah!... Opppssss...sekarang Anugerah Filem Malaysia 25 secara langsung di tv2. Pengacaranya Era Fazira dan Fahrin Ahmad (lelaki pujaan hati...hehehee). Pelakon harapan wanita terbaik Jojo Goh, filem 29 februari. Pelakon berbangsa cina. Wow....hebat. Mengalahkan Neelofa. Filem Bunohan banyak menang anugerah oh. Tahniah!!!!.... Ombak rindu?.....tak tengok sangat ba. Sebab sibuk menengok American Idol di 8tv. Lepas tu tengok Nikita pula di ntv7.

MKBS - "jika mahu ketenangan hidup jaga solat, jaga aurat dan jaga pergaulan" - Prof. Dr. Muhaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ponsikou