Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Sabtu, 31 Disember 2011

Hi, 2012.... Bye, 2011


Tanpa disedari tahun 2011 hampir ke garisan terakhir (beberapa jam saja lagi). Suka atau tidak rela atau tidak harus mengucapkan "Selamat Tinggal 2011". Semua kenangan manis dan kejayaan dibawa bersama dengan senyuman dan penuh rasa bangga. Ucapkanlah "Terima Kasih" tahun 2011. Semua kenangan pahit dan kegagalan ditinggalkan. Walaupun hati pedih bawalah semangat kegagalan bersama sebagai inspirasi untuk bangkit semula di tahun 2012. Ucapkanlah "al-Hamdulillah" masih diberi kesempatan untuk bernyawa.
Kira punya kira umurku meningkat lagi. Tak sampai hati nak menyebutnya apalagi menulisnya di blog ini. (Oh no no...). Aku merasakan aku masih insan yang berada di awang-awangan. Tidak punya impian tidak punya cita-cita yang tinggi. Malah belum merancang masa depan untuk memilikki. Tiada aset, tiada duit, tiada rumah dan still single (i have nothing..). Tiap-tiap bulan aku menyimpan. Hanya satu tujuan. Apabila aku balik kampung aku boleh berbelanja dengan mama, bapa dan adik-beradik. Itu adalah kegembiraan yang amat bermakna dan cukup membahagiakan. Kadang-kadang ia melalaikan dan terlupa akan batas-batas kemampuan kewanganku. Insan sebaya aku kebanyakkannya sudah memilikki rumah. Aku sebaliknya. Aku buat pinjaman peribadi untuk membina rumah sekeluarga (yang tak seberapa). Walaupun tiap-tiap bulan gaji dipotong banyak, setiap bulan perlu bayar hutang dan kadang-kadang terpaksa melupakan kehendak diri, namun aku bahagia dengannya. Kerana itulah yang aku inginkan. Itulah janji hatiku suatu ketika dulu. Dan aku buat setakat yang termampu. Aku gembira dapat menzahirkannya. Al-Hamdulillah. Umurku ketika ini sepatutnya sudah berkelamin. Adik-beradikku sudah tiga orang yang berkahwin. Dihujani pertanyaan 'ko bila lagi..' 'bila nak makan nasi minyak?' memang merimaskan tetapi hatiku sedetik pun tidak terusik (Cuma tak tau nak jawab apa...). Terlalu tinggi dan teramat mahal pengertian sebuah perkahwinan padaku. Mungkin sebab itulah aku terlalu pentingkan diri...kerana aku tahu dan amat mengerti juga memahami kelemahan dan kemampuanku. Terbanglah setinggi-tingginya, terbanglah ke mana pun, seandainya tiba waktu untuk jatuh biarkan ia jatuh sendiri. Laluilah jalan yang berliku, tempuhilah rintangan yang menghalang...elaklah kesakitan elaklah kegagalan elaklah kebencian elaklah dendam sehingga tidak mampu dielak. Adikku hantar SMS 'bila ko kawin jan lupa mama bapa dan adik-beradik' 'knpa ko tnya begi2' 'abis dlm tv semua begi2' 'sa x begi2..sa kn kakak yg taat dn baik' 'klu ko bt mcm mna' 'ko tngkap sa kurung d langkau' 'janji ah'... Terusik hatiku. Aduhai...aku belum ada rancangan ke arah itu lagi. Tidak mengapa itu satu peringatan buatku. Tidak mustahil untuk berlaku pada sesiapapun. Sampai detik ini aku masih mencari, memikir...merancang perjalanan hidupku. Seolah-olah tiada kesudahan. Makin dirancang makin jauh. Makin dicari makin hilang. Makin difikir buntu jadinya. Seperti tiada tujuan. Tapi hatiku kata asalkan gembira dan bahagia sudah memadai. Mungkin juga kerana aku terlalu suka dengan keluargaku, aku masih tidak berganjak dari keadaan sekarang. Untuk berubah anda perlu keluar dari zon anda sekarang. Ya...aku perlu keluar dari zon selesa untuk hidup lebih segar. (Hahaha....masih dalam pertimbangan).
Terima kasih tahun 2011. Biarpun kau pernah menyakiti hatiku, menyinggung perasaanku...biarpun kau telah berjaya menghalang azamku...aku tetap mengangkat menadah kedua tapak tangan mengucapkan syukur kerana masih dianugerahkan nikmat kesihatan dari Allah SWT dan masih mampu untuk terus tersenyum.
Selamat datang tahun 2012. Walaupun aku tidak merancang dan membina harapan menggunung namun aku yakin aku telah bersedia menghadapinya. Pejam mata dan teruskan langkah. Aku yakin aku mampu. Aku berusaha untuk mengejar keberkatanNya. Aku berusaha untuk menikmati seadanya. Tanpa rasa ragu tapi redha. Bersedia, tabah dengan sebarang kemungkinan tawakal dengannya dan redha walau apapun kemungkinan yang datang. Segala-galanya pasti akan selamat dengan izin Allah SWT. Insya-Allah.


"Aku tidak mencari peluang cuma menikmatinya,
Aku tidak menafikannya cuma mengelaknya,
Aku tidak mengikatnya cuma memerhatikannya,
Aku bukan melepaskannya cuma membebaskannya" - mawar kasturi bidadari syurga...terus melangkah selagi mengerti arah sendiri.


Selamat tahun baru 2012 untuk kawan-kawan semua. Salah silap mohon dimaafkan. Kepada kawan-kawan yang menunggu bunga api detik 12:00 selamat maju jaya.

Ahad, 25 Disember 2011

Merry Christmas....


Inda sabar suda sa mo muli kg. Two month again. Borang mohon tukar pun lambat betul pengarah mo sign. Kam nu man. Man nopo bodara kot...mamain main. Okon ko osusah. Ko no sign no kanto nga auh admin poboros dogo ko nakatam @ pinolopot no kui... Huh!...intan po lah hari dua. Udiyon ku degima.

Siang sabtu sa pi jalan tar sama c ros. Mo cari kunun tudung impian dia. Tapi inda jumpa-jumpa. Keciwa dia. Sa beli tafsir al-quran perkata. Nasib baik senang jumpa. RM90.00. Tapi masi dalam pertimbangan mo pos or tunggu sa balik. Cuma risau sama adik...nanti nak guna dalam kelas.... Mama said leng-leng look like sad with her result. She get A and B. Tapi dia tidak puas hati. Sa call dia. Paling baik tu result dia. Tiada c, d or e. Sa ucap tahniah. Dia jawab xe xie ne... I know she hard work about that. But a little missed of she's aim. It's ok. Still ok. Make mom and me and alls proud.


X-Factor USA's winner is Melanie Amaro. I think it. Pada permulaan pertandingan Melanie menyanyikan lagu 'listen' do you know what game in my mind? With a proud feeling i say Salma Mentor do rather than that. Namun vokal mereka sama-sama mantap. MERRY CHRISTMAS TO ALL MALAYSIAN PEOPLE...


Mkbs - hope my lovely sister will happy...forget all about matters that touch heart. Go to bed.

Sabtu, 24 Disember 2011

Asma Ruqaiyah


Sekalung tahniah diucapkan kerana berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Teruskan usaha anda sehingga ke peringkat seterusnya. Saya amaw yakin dengan kebolehan anda. ASMA RUQAIYAH KEEP IT UP!!!... don't stop running to chase your ambition.

Bicara Rakyat...


Amat letih membaca buku ni... Apa tidak baca sambil buka kamus. Selembar sejam. Agak-agak berapa lama nak habiskan.... Wajib sebab hujung bulan feb tahun depan buku ni akan diserahkan kepada adik di kampung. Saya cuba dan terus mencuba.


Semasa menonton program The X-Faxtor USA, main tekan-tekan remote tersinggah di TV1. Bicara Rakyat (lupa tajuk dia ba...). Bersiaran secara langsung di Dewan Masyarakat Keningau (my place...). Tetamu jemputan Pairin Kitingan, Mohd Salleh Keruak dan Mansiung. Mereka membincangkan tentang perpaduan. Program ini dibawakan mungkin kerana Perdana Menteri mengatakan SABAH ADALAH CONTOH TERBAIK RAKYAT 1MALAYSIA. Ooo...bangga oh sa. Betul baitu. Urang di samananjung ramai yang prejudis sama agama lain macam durang yang paling hebat... Penggunaan nama ALLAH pun jadi isu besar. Di Sabah ingga tomod. Urang kristian pun pakai tapi sebutan saja lain. Lagipun di Sabah satu keluarga macam-macam agama. Bila perayaan ada masa datang beraya. Siuk kan? Tapi yang merisaukan jika ada yang mencampur adukkan antara politik dan agama. POLITIK MEMANG KOTOR. Tapi sayangnya saya tidak mengikuti siaran tv1 kerana nak tengok x-factor USA. Antara Josh Krajick, Chris Rene dan Melanie Amaro siapa yang akan berjaya memenanginya. I like Josh's sound. I feel entertain with Chris. I loved Melanie's vocal. All of them have a opportunity to be a winner. They just need to make their voters send the many many vote especially for voter who that not their fun. Make them proud and send a vote. Melanie's final present make me cry. Perfect. Owesome! She is my choice to win. Suddenly, i think about Salma Mentor 5. Both of them have a wonderful vocal. Salma where are you? How about your album? Wake up.... Hahaha......


Ok. Time sleep...

Selasa, 20 Disember 2011

Toxic Bachelors


Huh!....hampir sebulan saya menghabiskan buku ni.

TOXIC BACHELORS

Kisah hidup 3 orang sahabat. Charles Summer Harrington, Adam Weiss dan Gray Hawk. Charlie bekerja sebagai manager di syarikat pelaburan miliknya dan mempunyai kapal layar sendiri. Belum pernah berkahwin, enjoyed living well dan share his lifestyle dengan kawan-kawannya. Adam Weiss pula seorang peguam. Pernah berkahwin, telah bercerai dan mempunyai dua anak. Gray Hawk seorang pelukis. Dia juga belum pernah berumahtangga. Di antara mereka bertiga, Gray paling senior. Di antara mereka bertiga juga Adam paling sosial. Dan di antara mereka bertiga Charlie paling kaya dan ada kesopanan. (...berapa kali 'di antara mereka bertiga'...) Gray tidak mahu berkahwin kerana tidak mahu bertanggungjawab dan tidak suka kanak-kanak. Charlie pula terlalu memilih. Dia mencari seorang wanita yang sempurna. Charlie juga pernah bertunang sebanyak tiga kali. Adam memilih untuk tidak berumahtangga lagi kerana pernah dikhianati. Perkara yang menarik minat saya tentang mereka bertiga adalah mereka saling nasihat-menasihati, saling dorong-mendorong dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Walaupun saya teruja untuk mengetahui kesudahan kisah mereka, namun sedikit rasa tertekan kerana cerita masih lagi berkisar tentang seseorang yang hidup mewah yang enggan berumahtangga dan punya anak. Jalan ceritanya biasa sahaja. Jika dibandingkan dengan 'The House' saya lebih suka TH. I don't know why....

"Maybe love is always about disappointment"

"Love is the most unpredictable adventure..."


Mkbs - "kalau tak nak sign berhenti kerja je..." Wow! Ayat. Cantik sungguh. Tidak apalah. Ada ubi ada batas, nak rasa kena langgar bas....

Isnin, 19 Disember 2011

Nak Sign Tak........


Basikal - cabutan bertuah kawan serumah. Menarik warnanya.

Tadi suasana dekat ofis riuh sekejap. Gara-gara dapat borang memilih SBPA. Masing-masing sibuk tangga gaji. Kefahaman masih samar-samar. Orang baru masuk kerja dengan yang masuk dua tahun kerja gaji jadi sama. Orang yang dah kerja sembilan tahun dengan yang kerja lapan tahun sama saja. Ramai juga yang tak puas hati tapi namapun pelarasan skim. Kawan saya dekat Kastam kata CUEPACS datang buat taklimat dan diminta jangan menandatangani borang SBPA sebelum perjumpaan dengan PM 22 haribulan ni. Maka ramailah yang menanggungkan pemilihan. Kadang-kadang saya bengang juga dengan Badan itu, macam-macam yang dimintanya. Tapi sebab merekalah yang memberi untung kepada orang macam saya yang hanya 'just follow'. Kalau berjaya untunglah kalau sebaliknya ok saja. Apapun, gaji adalah hak individu. Sesiapapun boleh persoalkannya. Perkara yang agak merisaukan, gaji golongan atasan yang naik melambung mungkin akan menyebabkan harga barang naik. Berita semalam, harga minyak mentah akan naik tahun depan. Seseorang kata harga rumah juga akan naik. Ye ke? Rumah bukan ikut harga pasaran ke? Kalau setakat kumpulan sokongan tak payahlah berangan lebih nak rumah banglo. Setakat makan gaji apa sangat. Lainlah kalau ada harta warisan. Saya lebih risau tentang SKT. Peratus kehilangan kerja terbuka luas. Orang yang ada PHD mungkin akan bermaharajalela. Jadi, mereka yang baik taat setia kena belajar berani melawan. Keluarkan tanduk dan ekor. Senjata api harus yang up to date. Hahaha....walauapapun, dasar yang dibuat oleh manusia akan berubah. Hari ni kita rasa kekurangan mungkin tiga tahun kemudian...siapa tahu. Tuhan maha menentukan. Entah-entah PRU13 pembangkang akan memerintah, semua elaun ditarik balik, pergerakan gaji tiga tahun sekali. Bagaimana? Fikirlah sendiri. Fikir untuk kebaikan diri sendiri.


Mkbs - bingit betul sy sama tu urang tua. Panat mo layan. Tidak abis-abis mo becakap. Kalau sy ada magic sy kasi bisu dia (hehe...).Sabar sajalah sy.

Akhirnya....habis


Yahooo....tepat pukul 1.44 am, akhirnya saya berjaya menghabiskan bacaan buku 'toxic bachelors'....sabtu ahad full time....siapa sangka siapa menduga this girl can do that. Yes, i do. Kesimpulannya, kita hanya merancang Tuhan menentukan. Jangan terlalu prejudis kerana sikap itu adalah kemusnahan diri sendiri.

Ok. Mo tidur dulu. Bye....

Ahad, 18 Disember 2011

Hard to.....


Hard to say.....
Hard to trust.....
Hard to do.....
Hard to stay.....
Hard to leave.....
Hard to smile.....
Hard to cry.....
Hard to honest.....
Hard to lie.....
Everything is hard to.....but sometimes have to.....

Otogod no kopio ginawoku. Ngoyo pogi intai hilo sirang nga powurias ma gurangot dialo. Duo no minggu pakadada id walai om auh man pogompio...magandad podi manaku dogo. Okon ko dogo gurangot. Kotogod ku nopo kawagu...lumintuhun om auh mongowit dilo sampah. Inolaid po om giukon no. Ih songulun po nga iso...isai bara aparu mogonsok ino pataam sampah. Nga paling auh ku katahan id sirang. Just one day of one week the house look clean. Before...but now everyday dirty...berselerak. Sick my eyes...broke my passion. But what more can i say...maybe she disliked me too... I feel no so good. It's ok. Ignore it. Although she had ever say 'much shy coz always made rubbish' but she never change. Do again. This time sa mo bertahan inda mo tulung kasi clean. Cayokk....

Esok rancang mo pi jogging tapi my mind make a change now. Skipping dalam bilik saja sudah memadai.
I'm so happy about Melanie Amaro X-factor USA. She goes to final. Actually i more loved Drew but she eliminate so early... Nicole Shenzinger's show was amazing. But actually i hope she sing a fast song.

Hari sabtu, agenda mengira bajet amat stress. Negative. Oh no...walaupun sakit hati terpaksa terima. Lain kali saja. Tak semua benda kita mampu perolehi sekaligus. Dahulukan yang penting. Sabar...
Hujung minggu juga saya membaca buku 'toxic bachelors'... Mula-mula ceritanya agak bosan tapi lama-lama makin seronok. Tak sabar nak menghabiskannya.


" Hard to trust anything and anyone "

To everyone...thanks so much for being myfriend. I'll never forget it.

Jumaat, 16 Disember 2011

Access Denied.....

Alamakkkkkkkkkk.......baru nak buka kena block pula..... mtvmusiconline....access denied oleh JPA. Alasanya ia termasuk dalam kategori muzik digital. Huhuhuuuu...... kat situlah aku selalu tengok muzik vedio Korea, Jepun, China etc...adiheeeiiiiii..... nasib baik boleh tengok korea dalam maaduu.com. Entah-entah lepas ni laman ini pula yang akan jadi mangsanya.
Masih ramai lagi penjawat awam yang tidak faham tentang sistem gaji SBPA. Aku pun inda paham juga ba...tadi kawan aku dari Kastam call, apa yang aku paham.... it's hard to say... hahahaaa.......lain orang lain pemahamannya. Dan yang paling tragik sekarang CUEPACS (betul ke ejaan ni...) pula nak fight dengan gov berkaitan dengannya. Siap minta penjawat awam agar jangan sign lagi. Huahuahua.... apa juga yang durang inda puas hati. Gaji naik pe...sikit atau banyak itu rezeki masing-masing. Semua itu Allah bagi pinjam saja. Bersyukur saja ba. Janji ada juga naiknya...bukannya gaji diturunkan atau dikurangkan...nak sangat gaji tinggi...entah-entah esok lusa 'selamat tinggal duniaku'... Apa-apa pun tunggu dan lihat ADAKAH CUEPACS AKAN BERJAYA MENCAPAI AGENDANYA DALAM PERTEMUAN DENGAN PERDANA MENTERI.... Walau apapun saya yakin dengan transformasi PM. Tunggu pelaksanaan dan impaknya.

Rabu, 14 Disember 2011

SBPA....sibuk!


Nak tau tak, inilah kenderaan yang saya naik jalan-jalan di United Kingdom masa dalam mimpi....hahaha...

Malam ni boring betul. After 9.30pm tiada cerita. Semua dah pernah tengok. Terpaksa buka tv1, tengok KPPA. Banyak sungguh soalannya. Yang bengang tu, boleh tanya soalan yang jawapannya terang-terangan ada dalam pekeliling. Tanyalah soalan yang dalam sikit....bukan senang nak cakap dengan KPPA. Tak baca pekeliling begitulah rupanya.... Baru saya tahu rupanya orang-orang perkhidmatan awam ni kebanyakkannya tamak. Patut pun banyak rasuah. Kalau boleh nak untung saja. Rugi sikit riuh sekampung. Tak bersyukur agaknya. Namun saya suka dengan penerangan KPPA. Jelas. Kalau nak lebih jelas tunggu pelaksanaannya dan situasinya tahun depan.
Perhimpunan JPA anjuran bahagian Saraan, walaupun terlelap namun terharu dengan ucapan pengarahnya. Apabila gaji dah naik...adakah kualiti kerja kita meningkat? Adakah datang awal balik lambat? Atau datang lambat balik awal? Adakah masih sama seperti sebelumnya? Adakah rezeki dari gaji yang kita dapat halal?...(bla..bla..bla..). Wow!...(terasa sikit) perlu sentiasa belajar dan berusaha untuk meningkatkan kualiti diri dan kerja. Insya-Allah.


* saya jadi jakun tengok 3D...my first time. Fun!

Mkbs - Saya bukan penyokong tegar... Saya bukan pembangkang setia... Apa yang diberi saya terima saja. Untung atau rugi tanggungan sendiri... Janji gaji tetap jalan. Yang penting bersyukur selalu. Nikmati hidup ini seadanya. Di mana ada untung di situ ada rugi. Di mana ada rugi pasti ada untung.

Rancang nak baca buku tapi mata dah ngantuk...

Isnin, 12 Disember 2011

YDPA


Tiba-tiba rasa sedih Agong bertukar tangan.

Membaca buku 'Toxic Bachelor' mengasyikkan. Tak sedar sudah pukul 2 pagi. Kena pi kerja ma...tidur cepattt....okkkkk...

Jumaat, 9 Disember 2011

Kali Ke-2


Isi badan rasa menggigil. Time ambil gambar nampak geletar. Kata lapar...tidak. Kata neves...lagi tidak. Now i can feel...kepala pening. Migrain datang sudah. Janganlah demam.


Lihat gambar gadis di atas. Ingatkan nak kalahkan dia. Tapi baru panas sikit dia dah lari laju. Macam mana saya nak kejar? Luruh semangat. Ingatkan nak dapat balingan 'x' atau '/'....namun yang dapat '-' (longkang...hahaha). Macam mana durang baling selamba de saja. Saya baling sepenuh tenaga yang jatuh 3 4 ketul saja. Apa kes... Tapi kalau dibandingkan dengan permainan pertama kali, yang ini lagi baik. Jatuhan pin lebih sikit. Mungkin kalau main kali ketiga si Husna dan Mashi confirm kalah. Hahaha....jangan marah....


Sekalung tahniah buat semua pemenang Anugerah Inovasi JPA. Cantiiik...tapi tak minat dengan tetamu jemputan.

I missed out to read that book. Ooo... I could be finish to read it about 2 weeks...

Sleep now!...

Rabu, 7 Disember 2011

Al-Kisahnya Si Comot


Apabila c Comot mula mengamuk....
Apabila c Comot mula berlagak....
Apabila c Comot bertemu ruasnya....
Apabila c Comot mula mengadu....
Hahahaha.... Pangkal nama memang sama.... Time bengkel Comot kata bayaran yuran 'hold' dulu. Tapi selepas kena ?? dengan ?? dia cerita dengan bos boleh bayar atau tak kena ada hitam putih. Aikk.... Huhuhu..... Silap durang tak prepare wakil yang hebat meeting dengan K. Nah tanggung sendiri. Dengan muka muncungnya....i just laugh and say ' ?? Jangan marah sa ah'. Comot kata, ada simpan 10 juta untuk AKB. Kenapa mesti mo ada akb?

Hairan tau...
* orang sebelumnya taklah mengeluh tahap gaban begitu...
* pegawai yang baik masuk SL terus jadi telingung. Contohnya ?? Hahaha...
Mungkin itu tanda-tanda penyakit Maniac-deppression. OMG!...
* pandai cakap, banyak idea tapi tiada tindakan. Berlagak hebat kunun.


I have much more but ....want to sleep now. Bye.

Selasa, 6 Disember 2011

Mimpi Dililit ??


Tiba-tiba terasa ada sesuatu melilit badan dari paras bahu ke pinggang. Ku lihat adik menjerit dan menangis sambil melihat ke arahku. Semakin lama kurasa lilitan itu semakin kuat. Nafasku bertambah sesak. Aku cuba untuk bertahan dan melawan. Aku membaca al-Fatihah, 3 qul dan ayat kursi. Ketika mula membaca aku hampir-hampir tidak dapat melafazkannya. Dakapan lilitan tersebut bertambah kuat. Aku terus menggagahkan diri untuk membaca. Sementara adik masih lagi menangis. Setelah kubaca 3 kali lilitan itu menjadi longgar dan terus terlepas. Apabila aku terjaga, badan-badanku rasa seperti baru sembuh dari kekejangan otot. Lengan sakit-sakit lenguh. Ku lihat jam telefon baru pukul 3.45 pagi. Jantungku berdebar-debar. Lantas kubaca semula 3 qul dan ayat kursi dan sambung tidur.



My mom words 'be carefull...'


"whatever you are be a good one"


Mkbs - right now saya tengah membaca story book 'his bright light - Daniel Steel'...nda sabar mo mangawi. Haro po kawagu man basa'i


Ahad, 4 Disember 2011


Awan mendung adakah tandanya hujan akan turun? Hohoh! Hujan memang turun. Lebat lagi. Matahari hanya bertahan selama 2 hari. Kain baju sudah kering nak hujan pun hujanlah. Tapi janganlah sampai banjir. Emm...bulan disember adalah bulan berhati-hati. Apalagi menjelang 25 hari bulan. Sekarang saya perlu berhati-hati kerana semalam saya makan habis 2 kilo rambutan. Risau dijangkiti selesma. Uhhh...perut berkeroncong pula dah. Nak makan apa ah? Badan rasa sedap. Sabtu ahad jogging, berjalan kaki dan main badminton. Ringan badan. Tapi malam terasa kosong sikit. Buku cerita 'The House' sudah habis baca. Bulan terakhir di tahun 2011 nak khatam al-Quran nak habiskan sisa-sisa yang tertinggal yang tidak sempat dihabiskan pada tahun 1432 masihi. Insya-Allah.


"Kalau takut risiko jangan bercakap tentang perjuangan, kalau takut pada kegagalan jangan bercakap tentang kejayaan"


MATA JANE....

The House


Apa yang anda boleh lihat pada gambar di atas?


The House
Saya tak pandai mengulas, hanya berkongsi rasa keghairahan membaca buku ni...


Sarah Anderson
Seorang peguam. Still single and very love with her job. Sarah tidak percaya kepada perkahwinan. Baginya hidup tetap sendirian biarpun ada pasangan dan anak. Dia gembira dengan kehidupannya, bekerja dengan seronok, bebas berbuat apa saja dan punya kekasih separuh masa. Kahwin tidak pernah wujud dalam fikirannya. Katanya i am happy the way i am. Simple and easy. Pierre's words to Sarah 'go back and find a good one'
"....i want kindness more than passion. I want someone who loves me and who i love...."


Stanley Perlman
Seorang genius business yang kaya-raya. Tidak pernah berkahwin. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan 2 wanita namun tidak berjaya kerana dia sibuk mengejar kemewahan. Pada usia 98 tahun dia sakit dan lumpuh. Stanley adalah pelanggan kepada Sarah. Stanley berkata 'dia paling menyesal kerana tidak berkahwin dan tiada anak' He's words to Sarah "...children will be the best gift you ever had..."


Phil
Seorang peguam. Gagal dalam perkahwinan dan mempunyai 3 anak. Phil merupakan kekasih separuh masa kepada Sarah. Mereka berhubungan sudah 4 tahun. Persetujuan mereka dalam perhubungan, tiada perkahwinan. Phil seorang yang mementingkan kerjaya dan anak-anaknya. Phil berpisah dengan Sarah kerana berasmara dengan perempuan lain.


Jeff
Seorang arkitek. Belum berkahwin. Bersekedudukkan dengan kekasihnya selama 14 tahun yang juga rakan kongsi niaganya. Dia akur kerana kekasihnya tidak mahu terikat dengan perkahwinan. Jeff dilantik untuk membaikpulih rumah Stanley yang dibeli oleh Sarah. Dia ditinggalkan dan berpisah dengan buah hatinya yang berpindah ke Paris.
Stanley akhirnya pergi buat selama-lamanya di usia 99 tahun. Apabila Sarah mendapat tahu rumah Stanley adalah rumah asal moyangnya, dia terus membelinya menggunakan duit hadiah Stanley. Rumah itu dibina khas buat nenek moyangnya namun dia lari meninggalkan keluarganya semata-mata mengikuti lelaki bangsawan France. Akhirnya, Sarah dan Jeff berkahwin. Mereka dikurniakan seorang anak tanpa rela sebelum berkahwin.


Saya seorang pembenci bahasa inggeris. Namun saya cuba untuk sentiasa mendekatinya. Keghairahan saya untuk membaca buku ini wujud kerana kisah wanita yang tidak ingin berumahtangga. Saya nak tahu kesudahan wanita itu. Apa yang saya dapati, cara pemikirannya ada persamaan dengan saya. Bezanya saya tiada kekasih separuh masa. Beruntung Sarah dapat memiliki Jeff. Walaupun teruja tapi sedikit tertekan kerana banyak juga cerita tentang perceraian. Saya mengambil masa 2 minggu untuk menghabiskan buku ni. Buku tulis, pen dan kamus sentiasa berada di sebelah. Berlembar-lembar jugalah....(tak terror bi ba...ini pun stress juga...hehehe) Saya akui buku ni memang best. Kalau nak lebih emotion and passion kena baca.


Saya teringat dan terfikir, mengapa orang yang sudah lanjut usia dan tidak berkahwin akan berkata 'kahwinlah. Nanti menyesal'... Manakala mereka yang sudah berkahwin akan berkata 'kalau tak kahwin pun tak apa. Menyusahkan.' huhuhu ???....... Pilihan individu kan? Tanggung sendiri.


Saya sungguh kecewa Drew X-Factor USA tersingkir. Juri Paula dan Nicole macam sepakat nak keluarkan Drew. Geramnya. Drew menangis Simon Cowell kecewa. Saya juga kecewa apabila Salma tak berjaya masuk final anugerah juara lagu. Kenapa jadi begitu? Katanya, yang terbaik akan masuk. Projek Pistol tu terbaik ke? Yuna pula ada 2 lagu. Najwa Latiff? Nak bagi ruang kepada artis keluaran youtube? Nak bodek kali. Lantaklah!....


Ok. Mo tidur dulu. Bisuk pagi mo pi jogging kaka....hahaha...

Khamis, 1 Disember 2011

Habis Sudah...


Drama Korea 'my princess' tamat hari ni pukul 9.30 pm. I loved the hero. I'll felt love with him. Hahaha.... Boleh ke saya jumpa guy sekacak itu? ....aduii...gatal... But don't think anything coz its only in my dream just now. I will forget it a moment. Seronoknya dapat bersama dengan insan tercinta. Benarkah cinta boleh berubah ikut keadaan? Teringat kata seorang kawan 'cinta amat meletihkan'. Saya tak sempat nak fikir maksudnya. Semua orang menginginkan cinta sempurna. Hakikatnya tiada yang sempurna kecuali Yang Esa. Benar kata lagu Stacy - kisah dongeng. Kita hanya mampu berharap.

Buku cerita 'the house' juga habis baca hari ni pukul 6.45 pm. Saya tak sabar nak cerita on this blog but i need to ready to menaip a long ....teruja membacanya. Sedikit perkongsian '....jangan terlalu angkuh dengan pendirian anda sekarang kerana ia pasti akan berubah....' '...pengalaman orang perlu didengar dan diteliti, jangan sekali menidakkan...'


Ready to bed....have a sweet dream. I hope the guy will come in my dream and hug me. Sure be a exquisite dream. Hahaha... Huts!!....
Wake up soon...vanished it.

Ahad, 27 November 2011

Tahun Baru Hijrah 1433


Pejam celik bangun tidur, sudah masuk 1 muharam tahun baru kalendar islam. Bagaimana dengan azam baru? Azam lalu dah tercapai ke? Huh!...keluhan tak pernah lari. Hanya 1 yang tercapai. Lulus exam KPSL. Yang lain still sama dan ada yang telah dilupakan. Sengaja diabaikan kerana tak nak menanggung strees. Saya tak tahu apa lagi azam tahun ni... Azam untuk terus memperbaiki diri, memenuhi kehendakNya... Walaupun selalu terbabas...syukur masih diberi peluang. Azam yang mesti dicapai tahun ni, TRANSFER balik Sabah. Ya.... Terlalu banyak perkara yang mahu saya capai namun takut untuk dinyatakan dan diluahkan. Setelah diluahkan ia selalunya berhadapan dengan kegagalan. Maka itu, saya jadikan ia satu rahsia yang mana tercapai atau tidak hanya saya yang tahu. Jika gagal saya menangis seorang. Andai berjaya saya senyum sendiri.


Sihat sebelum sakit...

Perkara ini amat penting bagi saya. SIHAT. Saya takut sakit. Teramat takut. Saya takut melihat orang sakit. Bagi saya jatuh sakit bererti selangkah untuk gagal.


Harapan dan doa saya di tahun baru ni, semoga saya dan keluarga saya dikurniakan keberkatan dan kebahagiaan hidup. Dikekalkan kesihatan abadi. Teguh iman menunaikan perintahNya. Dijauhkan dari malapetaka dihindarkan dari perbuatan yang dimurkai. Dan diberi perlindungan abadi Allah SWT. Insya-Allah. Amiin.


Selasa, 22 November 2011

Kan Aku Kata Menang...


Puas mengingat tempat World Walking Day ahad lalu. Rupanya di Kompleks Sukan Air Putrajaya. Nama tempat selalu lupa. Mydin pun aku tak ingat di presint mana. Susah susah....


Gembira rasa di hati bila Malaysia menang... Mula-mula tak nak tengok. Tapi hati kata Malaysia akan menang. Duduklah depan tv. TV1, sebab pengulasnya Hasbullah Awang. Hebat mengulas, tinggi pengetahuan, banyak info, ada semangat ada emosi dan suara hebat. Thats why i loved him.

Awal-awal lagi Indonesia dapat jaringkan gol. Stress aku!... Keyakinan mulai pudar. Harapan menjelma di separuh masa kedua. Malaysia menyamakan kedudukkan. Masa tambahan memang menyakitkan. Ketika pertukaran tempat masa tambahan i believe Malaysia akan dapat 1 gol. But not yet. Malah diserang habis-habisan. Akhirnya menang melalui sepakan penalti 4-3. YES! Malaysia has made. Congratulation untuk Team Malaysia - Harimau Muda. Teruskan untuk olimpik.


Yang aku nampak....

@ setiap kali Indonesia dapat sepakan sudut - Bonai akan masuk kawasan gawang sambil menarik-narik jaring gol. Baca jampi ape?...nasib baik tak gol.

@ pemain tuan rumah suka sangat main kasar. Ke atau pemain pelawat yang longlai?

@ pemain pelawat memang bermain dengan cukup baik. Namun pemain tuan rumah punya skill individu yang hebat. Punya larian pantas lagi.

@ masa pemain tuan rumah no. 13 melakukan sepakan penalti, i know dia tidak akan berjaya. Dan yes, true...tapi Malaysia juga hantar pemain no. 13. Oh, Fakri!... No. 13 mampu menghancurkan sasaran. Sorry....

@ Malaysia menang. Nasib baik sepakan kapten muntah dan masuk gawang. MENANG!

@ jurulatih tuan rumah nampak tenang berbanding pelawat. Risau aku. Tapi dia nampak segak. Hehehe

@ pengadil perlawanan kali ini nampak mesra. Selalu senyum. Pengadil lawan Malaysia dan tuan rumah sebelum ni serius sangat. Buat salah kad kuning. Membantah kad kuning. Tu yang jurulatih pelawat diarah keluar padang sebab dapat kad merah.

@ 3 gol tidak diambil kira. Kalau tidak Malaysia kecewa. Bola itu bulat.

@ menakutkan...penghuni Putra Harmoni meletupkan mercun. Sambil menjerit-jerit. Alam kereta berbunyi. Risau kalau-kalau rakyat indon di sini meroyan. Polis tidak kelihatan. Mungkin durang pun join menjerit dan main mercun. Haha....

@ sakit tapak tangan bertepuk tangan. Rasa pening menjerit time bola muntah masuk gawang. Perut rasa lapar....tahan dan tahan besok pagi makan. Huahuahua...

@ pemain Malaysia nampak semakin handsom semua terutama penjaga gol tu...huhuhu....

@ khabarnya pelawat akan balik ke tanah air dan dijangka tiba pukul 3 pagi untuk persediaan pre-olimpik rabu ni. Semoga semangat negara semangat pasukan semangat kejuaraan terus kekal bersama anda kalian.


Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Time to sleep.

Ahad, 20 November 2011

Walking World Day.............









Pagi tadi join kawan pi walking day anjuran Kementerian Pelancongan. Fuh! Ramai sungguh. Datang seawal 7 pagi. Walking bermula pukul 8 pagi. Yang penting dapat baju free. Hehehe... Tapi penat. Betis sakit siut. Yesterday pi jogging 5 pusingan tak terasa pun. Berjalan kaki - 5,000 langkah. Kasihannya, no tak bertuah. Kalaulah dapat hadiah utama tu alangkah gembiranya. Memang tak bertuah. Sepanjang my life i think hanya dapat cabutan bertuah sebanyak 2 kali sahaja. Sedihnya. I hope after this saya bertuah.

Now, saya membaca buku bertajuk 'The House' karya Danielle Steel. Excited with it. Ada sesuatu persamaan thinking dengan saya. Saya tidak sabar nak tahu. Saya nak tahu the end the story. Maybe it can change my mind. Ya.......Not easy to change my mind even i follow....... So don't try to trust me hundred percent.

Isnin, 7 November 2011

Tutup Cepattttt....


Mata cantik (prasan!) ni tak nak lelap. Apalagi...mengedit gambarlah kerjanya. Benci with this eyes. Siang tadi tak tidur pun tapi susah nak lelap. Actually, my plan siang tadi nak jalankan misi bersih dan kilat rumah. Tapi rasanya tak kesampaian. Setakat bersih 5S, kilat tak sempat dah penat. Hahaha.... Maha susahnya tugas surirumah. (Sebab tu aku belum mahu jadi suri rumahtangga...kikikik)


Saya feed up betul ni. Balik-balik mo kosobu. Tulah. Lain kali minum 3 gelas teh pahit lagi. Ni gara-gara makan cekodok ikan bilis dan kek red velvet terpaksa minum teh. Kalau tak perut menari hip hop. Saya bukannya apa, ada 4 orang tidur di ruang tamu. Keluarga Tijah tumpang bermalam. Seawal 5.30 pagi mo pi aport. (sory ye...)


Vokal bukan sekadar rupa ~ tak best. Tak suka. Baru tengok suku.....uwwaaa...tak tahu tang mana hebatnya vokal mereka. Tak de pun sehebat vokal juara-juara mentor. Telinga juri.


Berita minggu dan utusan mingguan
~ banyaknya persamaan intipatinya. Berita luar, kesihatan, hiburan.... Menyesal beli dua-dua sekali. Penulisnya jalan seiringan kot. But antara BM dan UM, i like UM. Informasi lain lagi banyak.


Saya tertarik dengan paparan tentang seorang pemimpin parti DAP. Katanya 'jika mereka memerintah, penjawat awam akan dikurangkan'. Wow!!... Apa motifnya. Lalu dia dibidas dan diminta melaksanakannya di negeri perintahannya. Adakah mereka berani? Atau itu hanya ugutan. Penjawat awam lantikan negeri di bawah jajahan pembangkang tentu mulai risau. (..abislah kamu...kikuk..) Namun kata setiausaha agung parti berkenaan, '....itu hanya pendapat peribadinya saja dan bukan pendirian rasmi parti'. Mungkin orang tu nak bagi signal agar penjawat awam terus menyokong kerajaan sekarang. Dah penat agaknya. Huhuhu....


Kaum wanita Libya kini berdepan dengam masalah apabila kerajaan sementara memansuhkan undang-undang poligami perlu mendapat keizinan isteri tua ciptaan Muamar Gaddafi kepada lelaki bebas berpoligami. PADAN MUKA!!!...


Panas juga baca entri pasal seksualiti terlampau. Seks luar tabii. Semoga rakyat Malaysia bersatu menolaknya. Pemimpin negara, para ilmuan dan rakyat sibuk menentang, kenapa dan mengapa Anwar Ibrahim dan kerabatnya senyap? Selalunya mereka ni pantang ada isu mesti nak menyelit. Tapi tambah panas lagi, selak-selak akhbar terbaca 'Nik Aziz menyatakan UMNO adalah puncanya...' OMG!!... Pemimpin warak ke namanya tu?... Sekarang kan musim hujan... Kenapa dan mengapa petir tak sambar dia?


Hiburan ~ semua berkata tentang pengorbanan. Anda? Apakah pengorbanan anda? Pengorbanan saya...melupakan saat-saat shopping. Demi untuk keluarga di kampung. Namun bukan pengorbanan sepenuhnya kerana itu sifat saya semulajadi. Saya tak minat enjoy tak minat melancong kurang shopping. Bagi saya itu semua meletihkan. Pernah wujud perasaan iri hati namun apabila berpeluang...uuhh!! Mungkin juga kerana saya tak tahu atau tak ingin dan tak mahu menikmatinya. (Ada yang kata 'hidup saya membosankan'...) Hahaha....


Mkbs ~ seingat saya...saya balik Putrajaya pada 17 bulan 9...dari tarikh itu saya tak baca Quran sehingga semalam. Astaghfirullah...lidah macam dah keras. Perlu dilatih semula.


Bugou ~ perlukah kebersamaan atas rasa simpati? Jika berpanjangan mungkin. Jika sementara? Harus difikir dan ditimbang agar tidak melukai diri sendiri.

Sa otogod no ini tian. Minturug po irad mo tebirak om pi nopono om inda ih...

Nasib baik bisuk cuti....


Ahad, 6 November 2011

Salam Aidil Adha


Mendengar takbir raya...alahai rindu kampung halaman. Cuma perasaan tak terganggu. SALAM AIDIL ADHA buat semua rakyat Malaysia. Nikmatilah kegembiraan dengan kesyukuran selagi hayat masih ada.


"...bukan tak nak, cuma takut jika semuanya dicurahkan dan hilang suatu masa nanti, saya mungkin tak boleh terima..."


"...peperangan akan bermula. Ia mungkin mengambil masa yang panjang dan meletihkan..."


"...sometimes less is more..."


Mkbs - i hope i have a strong to wake up soon. I want to jogging.

Sabtu, 5 November 2011

I'm Alone.....


I do not know why and what i'm love a Hyundai car like this... To be get it but don't want ...not easy to me. Huhuhu...any somebody to give free for me? Either a car or money which one you choose? Me.... my choice is money!... Although i really love money, so far the money not make me crazy. Not yet...and i don't crazy about it. But sometime can lost my focus.


Malam ini saya seorang. Tengok tv, ketawa, makan etc alone. Esok dan lusa mungkin juga alone. Tapi sudah biasa ba. Ramai orang balik kg. Sehingga 8 tahun work at here, i never have a plan to back Sabah for AidilAdha. If i still here for during 2012, i want to be. Insya-Allah.


Anugerah Skrin 2011

I like...

- gandingan Zahiril dan Johan. Beautiful!
- gandingan Sam dan Rosyam. Lawak!
- gandingan nyanyian Liyana dan Tomok. Outstanding!

Saya tak tengok semua sebab i watching My Princes dan X-Factor USA at 8tv, my
Favourite channel.



I can't to closed up my eyes. Tiba-tiba i think the cake. Wow! Oh no. Diet. Can't eat something that high calory at night. Oh ok. Early morning lah.


Mkbs - kawan ofis kena denggi. Semoga akan beransur pulih. Tabahkan hati kuatkan semangat tetapkan iman. Insya-Allah, Allah bersama di sisi insan yang sabar.

Selasa, 1 November 2011

RAIN TINGGALKAN BIDANG MUZIK

Penyanyi sensasi Korea, Rain bakal melupakan bidang muzik buat seketika apabila terpaksa mengikuti latihan ketenteraan selama dua tahun.
Mengikut peraturan di Korea Selatan, setiap warga lelaki negara itu diwajibkan menjalani latihan ketenteraan selama dua atau tiga tahun sempena mengingati perang Korea yang tercetus pada tahun 1950 hingga 1953.
Pendaftaran Rain di pusat latihan ketenteraan telah menarik lebih 1200 peminat selain wartawan daripada beberapa stesen TV dan akhbar di Korea. Selain disambut dengan linangan air mata,  poster berbentuk kata-kata semangat juga dihasilkan oleh peminat-peminatnya.
Rain akan menjalani latihan intensif selama lima minggu sebelum menjalankan tugas rasmi sebagai askar selama dua tahun berikutnya. -------from ilustrasiasia.com



mkbs - sedih pula. Mungkin itulah sebab Rain lewat menyertai latihan tersebut. Rain perlu berjaya dalam kerjayanya dengan cemerlang sebelum meninggalkannya. Kalau panjang umur dia akan kembali. Mungkin kembalinya dia nanti sudah dilupai oleh peminat-peminatnya. Maklumlah di negaranya terlalu banyak pelapis yang hebat belaka. Saya fikir kerajaan Malaysia juga perlu buat begitu. Biar lelaki-lelaki yang berperangai samseng tu sedar sikit....biar mereka rasa betapa susahnya menjaga keamanan negara.

Jika....


Serasa seperti sudah lama di sini. Tetapi setelah dihitung baru sebulan lebih balik dari kampung. Dan sekarang sudah bulan november.


Today is so emotional.......

Kehilangan sesuatu yang telah mengerah keringat untuk mendapatkannya amat menyakitkan.


Kita sentiasa ingat insan-insan yang disayangi akan sentiasa berada dekat di sisi sehingga lupa untuk mencipta memori bersama. Setelah kehilangan sudah terlambat.


Saling menyokong antara satu sama lain amat penting biarpun tidak percaya.


Kisah silam adalah sejarah. Kisah silam boleh mempengaruhi tindakan dan emosi seseorang.


Sekali kita buat salah selamanya kita jadi suspek pertama.


Setiap detik dalam kehidupan adalah peluang dan pengajaran. Setiap titik permulaan ada penamatnya. Setiap pertemuan ada perpisahan. Setiap yang berlaku ada kebaikkannya. Walaupun bukan itu yang diinginkan namun harus menerimanya.



Mkbs ~ walaupun sedar akan hakikatnya, saya masih berharap akan ada keajaiban buat insan lemah ini...

Isnin, 31 Oktober 2011

Watch Pitbull - Give Me Everything on MTV Music Malaysia

Watch Pitbull - Give Me Everything on MTV Music Malaysia

"Brain Drain"


How about the cat?


Saya tertarik dengan topik bual bicara di tv1 yang bersiaran dari Australia bertajuk 'brain drain'. Dihoskan oleh Syed Munawar dengan tetamu jemputan Dr Mohd Rameez Yahaya, Dr Ihsanuddin dan Puan Malika (nama penuh tak ingat...)

Mengapa pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di luar negara tidak kembali untuk berkhidmat kepada negara? Mereka memilih untuk berkerja di sana. Ada pelbagai alasan yang diberikan. Suasana, peluang dan kepuasan. Ada apa dengan suasana? Adakah maksudnya free style? Adakah maksudnya more relax? Atau just be way you are... Mungkin kerana teknologi. (Ada ke mereka ni kerja di pedalaman?) Saya menonton rancangan 'field trip to USA'. Semua pelajar mengakui seronok belajar di sana. Mereka bebas memilih dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan remeh-temeh seperti Malaysia. Ada yang kata "jangan menghukum Amerika sebelum datang ke sini". Sampai begitu sekali.

Apa yang dimaksudkan dengan peluang? Adakah Malaysia tidak menyediakan peluang kepada mereka? Peluang yang bagaimana? Peluang untuk bersuara. Peluang untuk ke hadapan. Peluang untuk berkembang. Nak ke hadapan nak jadi yang terbaik mesti berani bersaing. Tak nak bersaing macam mana nak berkembang. Bukankah begitu? Atau mereka terlalu memilih peluang.

Bagaimana dengan kepuasan? Ya. Suasana kerja yang seronok, output maksimum lahirlah kepuasan. Atau ada maksud lain. Mungkin juga kerana kerja lebih bayar lebih. Malaysia lebih kepada buat kebajikan.

Jangan dibandingkan Malaysia dengan negara luar. Amerika, Australia, UK umpamanya. Budaya kita, sosial kita dan ekonomi negara kita berbeza. Ada individu yang lebih suka hidup di celah-celah perbezaan dan sebaliknya. (Kini sosial rakyat Malaysia banyak dipengaruhi negara barat. Kenapa lebih teruk dari mereka?) Ekonomi negara kita belum setanding dengan USA umpamanya. Namun mengapa perlu takut? Jika rakyat Malaysia tidak berminat dengan Malaysia, ada orang luar yang berminat. Asalkan tiada peperangan boleh saja! (Seperti kata Puan Malika 'warganegara alam semesta')

Pada hari ini, kerajaan Malaysia mahu memanggil semua pakar ilmuan untuk kembali berkhidmat kepada negara. Dengan menyediakan bermacam-macan intensif. Pada saya, meminta mereka kembali banyak faedahnya. Cuma kerajaan tidak perlu merayu. Tidak perlu membazir untuk menarik minat mereka. Bukankah mereka kata wang bukan faktor utama? Tiada maknanya pemberian 2 buah kereta, pelepasan 15 peratus cukai dan sebagainya jika citarasa mereka bukan di bumi Malaysia. Tak nak balik biarkan saja. Tak cukup pakar, upah pakar dari luar. Saya pasti ramai yang sudi. Lulusan dalam negara apa kurangnya. Namun percayalah, mereka pasti kembali ke Malaysia. Kalau bukan untuk berkhidmat mungkin untuk memeriahkan bumi Malaysia. Melainkan mereka telah berpaling tadah. Siapa yang boleh melupakan keamanan dan keindahan bumi Malaysia?

* salah seorang pelajar tahun akhir perubatan di Melbourne University berkata 'nak kembali ke Malaysia atau tak bergantung kepada keadaan'. Saya fikir sudah sampai masanya kerajaan atau institusi berkaitan bertindak lebih tegas. Pelajar tajaan biasiswa atau pinjaman jika gagal kembali perlu membayar 3 kali ganda daripada jumlah perbelanjaan sebenar. Tanpa kompromi.



Mkbs - 9 tahun berada di bumi semenanjung belum pernah lagi my family datang sini. Lagi pula kos mahal. Lagipun tiada beza. Jika diizinkan......

Jumaat, 28 Oktober 2011

Mimpi Semalam

Masing-masing sibuk dengan tugas. Ada yang menghias pentas ada yang menyusunatur meja dan kerusi. Manakala yang lain sibuk berlatih persembahan pentas. Sekali-sekala kedengaran gelak tawa di sana sini. Tidak kurang juga suara-suara keluhan. Dalam sibuk-sibuk menghias meja, tiba-tiba teringat...di mana anakku. Jam menunjukkan pukul 5 petang. Majlis akan bermula pada pukul 8.30 malam. Orang lain sudah beransur pulang untuk mempersiapkan diri. Aku pula sibuk mencari abangku. Kat mana dia. Nak balik ni... Takut tak sempat. Uh..rupanya dia masih sibuk berborak dengan kawan-kawannya. "Bang, cepatlah." Dua kali aku panggil barulah dia menyahut. "Ye...sayang. Abang datang ni". Dia berjalan laju ke arahku bersama dengan anak sulungku. "shira mana?"... Abangku terpinga-pinga. Aku mulai gelabah. Si kecil sudah hilang. Kakiku tersentak. Ohhh....mimpi rupanya. Tengok jam baru pukul 5.29 pagi. Apa punya mimpi. Menakutkan. Apa kes mimpi dah kahwin ada dua anak pula tu... Ganggu tidur den. Menunggu waktu untuk mandi pukul 5.45 pagi, saya cuba meningat kembali wajah suamiku dalam mimpi. Tak ingat. Bertubuh agak besar berkulit putih berbaju merah bertopi biru. Entah-entah tak hansom kan....heheheheeee....... Tapi i tergoda dengan suaranya time i panggil dia...heheheee....... Huh!...bisuk cuti hujung minggu. Bisuk nak pi Alamanda nak pos something untuk adik-adik. Semoga mereka gembira dengannya memandangkan cuti sekolah akan menjelang tiba.

Rabu, 26 Oktober 2011

25 Oct 2011


Hari ni hari cuti Deepavali. Saya ambil kesempatan ini turun jogging. Perasaan jadi segar-bugar dapat pijak batu. Tahun lalu bila pijak batu saya tak terasa sakit pun tapi sekarang sudah ada rasa sedikit sikit. Mungkinkah sebab berat badan naik? Ataupun kerana umur dah naik? Harus lebih berhati-hati dengan kesihatan diri.

Kalaulah hari ni hari 5 kan bagus....

Saya fikir kualiti kerja saya sudah semakin menurun. Perasaan mudah bosan sering datang mengganggu kosentrasi. Saya fikir, perlu bagi saya mengubah atau berhijrah pada persekitaran dan suasana kerja baru. Berada di bawah naungan unit BP memang amat beruntung. Bos dan bos baik-baik belaka. Tetapi kenapa saya rasa kosong? Semasa di unit lama, walaupun pernah dimarah, diugut dan macam-macam lagi namun jiwa tetap ada.




Mkbs - meluat dengan seseorang. 80 percent percakapannya layar buruk. Bosan aku dibuatnya.


Laparnya.....nak makan apa ya....

Selasa, 25 Oktober 2011

Pembunuh Sel Kanser....

Time kecil-kecil dulu selalu makan buah ni...sebab ini sajalah buah yang banyak kat kampung. Masih ada satu pokok depan rumah.


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi... sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
  

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Cara - cara

1) ambil 36 helai daun durian belanda 
2) campur dengan air masak 1 liter
3) blender dan tapis
4) simpan di tempat sejuk.

* rasanya memang kelat tetapi khasiat sangat bagus.

Isnin, 24 Oktober 2011

Gadaffi mati ditembak...


Akhirnya Gadaffi pergi buat selama-lamanya. Mati ditembak. Katanya, Gadaffi sempat merayu agar tidak dibunuh. Kasihan!.. Pembunuh tersebut sudah terlalu penat agaknya. Bagus bunuh saja. Menyusahkan!. Selagi tak mati perang tak tamat. Saya tidaklah mengikuti perkembangan Gadaffi secara terperinci, namun saya tahu dia seorang pemimpin islam pertama yang berani menentang AS dan Israel. Mungkin itu bahananya apabila terlalu lama memegang tampuk pemerintahan. Sepatutnya Gadaffi berundur sebaik saja didesak oleh rakyatnya sendiri. Kalau Gadaffi tidak buat apa-apa kesalahan, dia sepatutnya berani berundur secara aman. Atau mungkin dia punya rahsia yang belum dilupuskan sebelum lepas tangan. Yang hairannya, jika Gadaffi memang seorang pemimpin islam yang beriman, mengapa dia dibenci? Mengapa perlu bertindak kejam terhadap penentang? Antara Gadaffi dengan Saddam, saya suka Saddam. Saya yakin dia boleh menang dalam peperangan itu tetapi sebaliknya. Persamaan mereka, kejam kepada penentang. Bezanya, Saddam mati dihukum dan Gadaffi mati ditembak. Mungkin itulah hukuman bagi insan/pemimpin yang muaranya tenang tapi dasarnya kejam. Kita tunggu dan lihat siapa lagi pemimpin islam yang akan mengikuti jejak mereka. Rakyat Libya perlu buktikan pada dunia bahawa mereka boleh bangkit maju membangun semula tanpa Gadaffi. Malah lebih baik lagi. Ataupun sekurang-kurangnya tidak seperti Iraq.

Kadang-kadang saya terfikir, kenapa mesti berperang untuk pertahan tanah air? Biarlah orang nak ambil pun. Asalkan masih dapat kebebasan menunaikan tuntutan agama. Tak perlu bersusah payah. Kalau terbunuh belum tentu dapat nikmat mati syahid. Bolehkah fikir begitu? Kalau Malaysia jadi begitu? Bagaimana? Ramai pembelot di celah-celah kerusi...


Mkbs - Badan rasa segar dan sihat dapat berjogging sabtu dan ahad. Dapat pijak batu acara kegemaran...


Bugou - sa plan ngawi mo pi alamanda nga nda tepigi gara-gara nokodop. Adeheii...entah bila dapat pigi ni... Sa pelupa suda ngawi. Hari lima sa kira bajet. Sa bawa laitu kalulat pi ruang tamu. Lapas siap sa mo simpan balik. Tapi patang tadi sa tingu masi ada lagitu kalkulat. Aik...bulum simpan. Sa pun heran. Abis apa yang sa bawa. Huhuhu.... Rupa-rupanya, bantal sandar ruang tamu yang sa pigi bawa masuk bilil. Wawawa...

Jumaat, 21 Oktober 2011

Jogging

Huh!!!!!!!!!!........esok nak jogging.... dah janji dengan kawan. Yahuuuu.............seronok rasanya...x sabar ba... Zee, jangan lupa janji temu kita mengeluarkan peluh esok yer.....

Rabu, 19 Oktober 2011

Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012

Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.
Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya dalam bab agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang idea dan ilmu, justeru kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi Negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus.Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus.Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.

Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga sabda baginda:-
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada-MU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.
Secara ringkas dan mudah dan berdasarkan kemampuan kami yang sederhana, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-

A) Sokongan sepenuhnya

Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-
  1. Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
  2. Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
  3. Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
  4. Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
  5. Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
  6. Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
  7. Pertukaran gaji kepada sistem satu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadarRM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pada kadar 7-13 peratus.
  8. Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
  9. Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
  10. Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
  11. Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swastaakan mendapat potongan cukai.
  12. Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui danabernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
  13. Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
  14. Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
  15. Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
  16. Naik pencen 2 peratus setahun.
  17. Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
  18. Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu. Bajet RM 15 juta diperuntukan.
  19. Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
  20. Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaansebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
  21. Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
  22. Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
  23. Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
  24. Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.
B) Sokongan dan nota perhatian

Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-
  1. Pengecualian cukai duti import dan duti eksais untuk kereta elektrik dan hybrid. Namun pihak kami merasakan pihak kerajaan sewajarnya meluaskan lagi galakan ini dan bukan sekadar terhad kepada dalam industri automatif, malah juga wajar diberikan potongan cukai atau insentif yang sesuai kepada mana-mana perusahaan dan perkilangan yang mampu beroperasi secara bersih dan kurang pencemaran melalui sistem ‘tekonologi hijau’, selain itu kami juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji bagi mengenakan cukai penalti atau khas kepada mana-mana kenderaan dan kilang yang mengakibatkan sebaran ‘carbon emission’ berlebihan kepada persekitaran.
  2. Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
  3. Skim rumah pertama bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah.
  4. Amanah ikhtiyar – 2.1 billion bagi tujuan ‘micro credit’, namun diharapkan agar ia mampu disalur juga melalui dana patuh Shariah.
  5. Sistem bas di luar Bandar RM 150 juta. Namun begitu, bajet kali ini mengalpakan peruntukan dan tumpuan untuk pengemaskinian dan sistem transportasi dalam bandar yang masih belum berkesan.
  6. Menggalakkan Doktor, akauntan, guaman dan lain-lain professional membuka perkhidmatan di luar Bandar dengan dana RM100 juta bagi pinjaman riba 4 peratus. Ia disokong namun mengapa tiada pilihan dana patuh Shariah? Juga disarankan agar kerajaan bukan hanya mengehadkan kepada badan professional tetapi juga badan-badan kebajikan dan sukarela yang ingin mengadakan khidmat sepertinya.
  7. SME ‘revitalization fund’ untuk SME bermasalah. Pinjaman mudah 1 juta boleh diberikan dari dana bernilai RM 100 juta yang disediakan. Walau bersetuju namun pihak kami merasakan keperluan kerajaan memberi pilihan perkhidmatan Patuh Shariah melalui perbankan Islam.
  8. Bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerjaaan mampu merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji. Juga pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, juga tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
  9. Pemilik teksi individu dan kereta sewa dikecualikan dari duti eksais dan cukai jalan sebanyak 100 %. Ini adalah baik bagi menggalakan lagi tekanan syarikat kepada pemandu teksi. Pun begitu, kami juga merasakan adalah bertambah jika kerajaan dapat juga mempertimbangkan pemberian permit-permit teksi kepada individu dengan lebih banyak.
  10. KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada)
C) Komentar umum

Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
  1. Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
  2. Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
  3. Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan.
  4. Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
  5. Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
  6. Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
  7. Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja.Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
  8. Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahunadalah terlalu panjang yang merugikan Negara khususnya apabilakewangan negara berada di dalam kedaaan defisit, justeru kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
  9. Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khususuntuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
  10. ‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
  11. Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumahketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta pembiayaan dan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
  12. Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
  13. Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
  14.  Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
  15. Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
  16. Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan hargabarangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
  17. Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus,iadijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.
Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT:
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (An Nisa:58)
Firman Allah juga :
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Ertinya: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya.” ( Al-Qasas: 26)
Sabda Rasulullah SAW:
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)


Dari kami untuk khidmat masyarakat,
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
Ustaz Dr. Maszlee Malik
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,
Ustaz Ramadhan Fitri Elias,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Zamri Zainuldin ‘Mantop’
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta
Dr. Mohd Nizam Barom



mkbs - baru baca... tak dengar pembentangan tak tengok berita. bila dah baca oooooooo......... saya ikut jer... kerajaan pasti tahu apa yang dikehendakinya apa yang penting untuk agama bangsa dan negara. orang bagi saya ambil...yang saya tak suka ignore jer...tapi pasal naik bersara 60 tahun tu, saya masih fikirkan. sebab nak naik gaji. hahahaaaa.......setakat jawatan macam saya ni gaji ????.... lagipun akta tu kan buatan manusia. Mungkin akan datang umur bersara tu akan diturunkan pula... janji gaji naik ba kan?.... juga ajal maut kan di tangan tuhan... ada yang kata lepas bersara baru nak enjoy...baru nak tumpu beribadat...nak luangkan masa dengan keluarga cucu-cicit... itu pandangan individu. tapi bila saya fikir, kenapa mesti tunggu usia emas baru nak buat... apa salahnya nikmati saja hidup ini seadanya... kalau ada peluang untuk enjoy, enjoy saja. dalam kesibukan kerja cuba untuk terus beribadat kepada Allah SWT. Janji yang wajib jangan tinggal......luangkan masa dengan keluarga setiap masa...dalam kesibukan dalam kesempitan cuba cari waktu untuk bersama insan-insan yang disayangi. kita tak tahu siapa yang pergi dulu... Apa yang kita rancang, fikir nak buat di masa akan datang cuba mulakan pada hari ini...kerana apabila sampai waktunya mungkin hati kita, perasaan kita, keadaan kita akan berubah...dan kesimpulannya ia tak akan tercapai. Kita hanya merancang tuhan yang menentukannya. Sekurang-kurangnya, kita pernah mencuba untuk memilikinya. Semua yang kita ada sekarang ni bukan milik kita....kita pinjam saja. kalau kita tidak nikmati sekarang takut-takut akan diambil balik dalam waktu terdekat..... wallahu 'alam