Halaman


"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"

Khamis, 31 Disember 2009

2009 tinggalkan apa????


(Insan sibuk pasti menitiskan air mata saat memandang kehijauannya...)


Tahun 2009 banyak meninggalkan kenangan suka duka yang separuh daripadanya perlu dipadamkan dalam kotak fikiran dan separuh lagi perlu disimpan rapi dalam ingatan. Mungkin ia diperlukan suatu ketika nanti. Yang pasti dan menggerunkan umur terus meningkat mengetuk kematangan fikiran.


DEATH NOTE

9/1/09 ;
Saya nekad mengambil risiko demi rumah itu. Kering dibuatnya. Namun itulah pilihan saya. Walau betapa sakit pun saya perlu bertahan hingga ke akhirnya. Saya amat yakin setiap risiko ada jalannya, setiap kesusahan terselit kesenangan dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....


31/3/09
Kawan lama rakan sekelas form 6 rakan berutus surat rakan bersms dan rakan melepaskan keluhan si cantik manis Melchie Feria Jaafar datang menumpang di rumah sewa sementara menunggu penempatan tetap (sekarang di Kastam Selangor). 9 tahun tidak berjumpa akhirnya Putrajaya menjadi tempat pertemuan semula. Thanks God!



6/5/09 ;
Saya terima surat penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2008. Gembira terharu seolah-olah tidak percaya tetapi terima seadanya. Penghargaan ini perlu dihargai sebaiknya kerana mungkin ia yang pertama dan yang terakhir dalam karier. 15hb majlis penyampaian anugerah tersebut. Kali ke-3 saya berdiri di atas pentas auditorium JPA. Terima kasih bos!.

27/5/09
Kursus Pemantapan ke arah pemikiran positif di Hotel Bayview, Pulau Pinang. Inilah kursus pertama yang paling menyeronokkan dan berjaya mengusik keegoan minda saya yang tujuan asal menyertainya adalah untuk melihat negeri Pulau Pinang semata-mata.




29/5/09 ;
Kawan sekampung kawan melepak jiran sebelah si comel manis Kasmawati M. melangsungkan perkahwinan. Ampun maaf kerana tidak dapat hadir. (Sa nokorutan kopio..)




31/7/09
Menyertai Program sukan JPA di Perlis. Juga pertama kali ke negeri itu. Kecil saja tempatnya sepertimana Pulau Pinang. Selain bersukan ada juga lawatan ke pusat tanaman anggur.




28/11/09
Hari yang menyakitkan. Kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan sendiri tanggung.


6/12/09
Datang kenduri kahwin kawan sepejabat Norfazila di Perak. Sempat singgah di taman peranginan Tambun.




12/12/09
Mak cik Haliah (kakak mama) telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


19/12/09
Menghadiri majlis perkahwinan bekas kawan sepejabat Juliana Haris di Jitra Kedah. Huh! Jauh perjalanannya. Tahniah!.



28/12/09
My sister get married. Congratulations. Hope you happy, blissful and satisfied on your choose. You must show me the evidence.


*******************

I'm so scared about H1N1. Everybody now more be careful each other. Rarely need to selfish. But whatever just remember if Allah want to us come died what more can we say... Positive thinking. Be grateful cause till now you still have a chance to inhale air, at least be together and see person who your love. Thanks God!.


SELAMAT DATANG TAHUN 2010 MASIHI DAN SEMOGA TAHUN 2010 BAKAL MEMBERIKAN SINAR KEBAHAGIAAN.


Mkbs ~ the universe has no favourite. Good night....



Khamis, 24 Disember 2009

SELAMAT BERCUTI






Happy Merry Christmas i wish for all my friend as like Helvy Joseph, Jousi Gabriel, Jusee Kuangoo, Jinah Ebing, Hanny Kilim, Laura and who know me... to Hanny be careful about your journey .... back here don't forget bring ' kuih raya'...hehehe.... Ooo... remember my x-mate form 5 Clarice... how are you?... how about you 'baby dlm perut'....


SELAMAT BERCUTI...... I LIKE HOLIDAY... I CAN SLEEP ALL THE TIME.... HOREYHOREYHOREYHOREY..... KITA CUTI KITA CUTI....

Selasa, 22 Disember 2009

Beautiful Moment Might be....

Who wouldn’t want to say no with that sort of awesome sight. It is all about the location and timing. But remember ladies!!! The beautiful moment might be the once in a life time but you need to live with the guy who propose you for a very long time!!! Don’t be too emotional. Be smart.


Mawar Kasturi Bidadari Syurga..........want to live 1001 years again....




Isnin, 21 Disember 2009

Jika itu takdirnya....


(Dahlah gambar terdelete yang ini tak terang tutup mata pula...apa-apa pun nantikan post gambar yang lain)

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk bekas rakan sepejabat Juliana Haris. Semoga kekal berbahagia hingga hujung nyawa. Insya-Allah.


Saya dengan rakan serumah Tija join rombongan rakan pejabat Jue (Kementerian Sumber Asli) datang ke majlisnya pada 19/12. Seorang pun kami tak kenal. Macam nak cabut lari saja. (Tapi pengantin dah tolong bayar...) Semua orang tengok-tengok saja. Masalahnya kalau orang yang tengok-tengok tu handsome ....??? Hahaha.... Rombongan lebih kurang 20 orang saja. Ramai yang tak dapat pergi kerana ada hal penting. Kami bertolak pukul 12.30 tengah malam. Mereka kata bas berhenti 4 kali tapi saya cuma sedar ketika di hentian rehat Tapah dan Gurun.



Kami sampai di Arau Perlis lebih kurang pukul 7.30 pagi. Kami ke rumah kak pah untuk mandi dan berehat sebelum ke rumah pengantin di Jitra pada pukul 11.30 pagi. Wow! Indahnya...kawasan perumahan dikelilingi sawah padi. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup seolah-olah sedang menyambut kedatangan kami. Sekali sekala tiupan angin singgah di pipi seakan-akan sedang menunjuk-nunjuk. Oh nyamannya. Sudah 10 tahun saya tak menikmatinya. Thanks God. Kami dihidangkan sarapan pagi mihun goreng, nasi lemak dan kuih muih. Perut rasa lapar tapi selera tiada. Geram saja tengok mihun tu... Lepas makan kami berehat ada yang baca newspaper ada yang baca novel dan ada yang terus tidur.





Kami bertolak ke rumah pengantin lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Yang kelakarnya seorang pun tak bawa kad jemputan. Jenuh saya mencari dalam telefon. Nasib baik belum terdelete. Kami tiba di rumah pengantin pukul 1.16 petang. Pengantin perempuan sudah bersedia menyambut kedatangan kami. Hebat bukan? Biasanya waktu-waktu begini pengantin perempuan masih berada dalam bilik sehingga ketibaan pengantin lelaki. 'Jue kenapa ko berjalan-jalan suda'. 'Aku tak boleh la wei, kawan-kawan datang aku mesti layan'. Huh! I tabik U. Pertama kali saya jumpa pengantin perempuan begini. Terasa dihargai. Kami tengah makan dia sibuk melayan kawannya yang lain. Katanya sementara pengantin lelaki belum tiba. Kami sempat bergambar di bilik dan pelamin pengantin. Jue sempat perkenalkan saya kepada ibu dan mak sunya. 'inilah jienah yang saya selalu cerita tu'. 'oo ni jienah...comel..'. Yang tak tahan tu, bersalam siap berlaga pipi. Uuuh...apalah yang si Jue cerita tu... Apa-apa pun sebab dah cakap saya comel kira dimaafkan. Hehehe.... Makan sudah kenyang bergambar sudah puas jam pun sudah menunjukkan pukul 2.05 petang. Masa untuk balik sudah tiba tapi pengantin lelaki belum tiba juga. Selepas ini kami akan ke Padang Besar kemudian hantar kak pah balik ke rumahnya. Kecewa sungguh. Nak tengok juga pengantin yang kurus tu. Ila kata mungkin tanjaknya buat hal. Sebaik saja kami bertolak kereta pengantin tiba. Pengantin sempat bertegur sapa dengan driver bas di tepi jalan.





Padang Besar...huh! Sesaknya. Mungkin sebab cuti sekolah. Saya tiada perancangan untuk membeli-belah. Just join it. Selepas hantar kak pah driver ajak singgah makan burger oblong. Mereka kata sedap. Tapi memang sedap. Penyediaannya berbeza sekali. Macam ada sos tersendiri. Ini pertama kali saya jatuh cinta dengan burger. Selalunya bila sebut burger belum makan lagi saya rasa badan kering saja.

Kami bertolak balik Putrajaya lebih kurang pukul 8.30 malam. Berhenti makan di hentian rehat Gurun pukul 9.30 malam dan 11.35 malam di hentian rehat Tapah untuk beli buah. Lepas makan buah sambung tidur sehingga tiba di Putrajaya lebih kurang pukul 3.00 pagi. Huh! Perjalanan yang sungguh meletihkan.....


Mkbs : 'satu majlis perkahwinan yang simple tapi mesra'... Terima kasih untuk layanan itu. Doa saya semoga Jue akan jadi isteri solehah yang bahagia hidupnya hingga ke akhir hayat.

Selamat malam....

Jumaat, 18 Disember 2009

Tahun Baru Hijrah 1431 Hijrah


(Hei kawan di mana ko.... Message tak balas call tak angkat.... Rupa-rupanya no telah bertukar tuan....)


Hari ini telah memasuki tahun baru hijrah 1431 masihi. Bagaimana dengan azam? Adakah azam baru atau masih kekal atau ada penambahan? Sudah tulis dalam diari ke? Azam juga mengundang stress. Lumrah kehidupan sukar untuk dimengertikan. Cuba seupaya untuk memahami namun semakin difahami semakin jauh. Daripada cuba memahami lebih baik cuba terima seadanya.


Sekalung tahniah buat pasukan bola sepak dan badminton kerana berjaya menggondol emas setelah sekian lama menanti. Penantian yang berbaloi.



Mengantuk pula...


Mkbs : harap semua yang dirancang akan berakhir dengan kejayaan.

Khamis, 17 Disember 2009

Sesekali kurasa........


(Adik-adik harapanku....)


Panat butul angkat air. Blok A nda ada air ba. Tapi apa bulih buat syukur ada kana kasi sedia air.

Now i'm listening radio music. They talk about why ladies late married? Also about 'hantaran tinggi'.... Nasudda tekana sa. Tapi muda lagi bei kayo kan.... For me the answer is easy....'belum jatuh cinta lagi' (kerana i need a rich love) Right. Kalau suda fall in love kita pasti berusaha untuk ke ambang perkahwinan secara automatiknya. Yang penting jangan banyak buang masa dengan cinta yang miskin. Hahaha..... Dua tiga hari ni saya selalu bertembung dengan seseorang itu.....handsome orangnya. Hehehe..... If i can talk with him wonderful my life. Huhuhu....


Kelmarin drama taiwan 'easy fortune life happy' berakhir. I like the ending of the story. Drama gantinya juga best. Korean drama siut....


yang ini pun handsome......



Continue later. Good night. Have a beautiful dream.

mkbs : bikin panas betul...panat sa tunggu 'post' semalam rupa-rupanya nda success.... nda perasan kan...coz suda tetidur kepanatan angkat air...

Sabtu, 12 Disember 2009

Dia pasti dirindui...


Al-fatihah

Hari ini mak cik Halia (kakak mama) telah kembali kerahmatullah pada pukul 3 pagi di hospital besar Keningau di hadapan semua ahli keluarganya. Arwah yang ketiga selepas nenek dan atuk dan yang pertama dari 8 adik beradiknya. Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada syawal tahun 2008. Ketika itu dia masih sihat walafiat boleh gelak ketawa walaupun katanya kesihatannya sedikit bermasalah.


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amiin.


Semoga ahli keluarga terutama anak-anaknya terus bersabar dan redha dengan pemergiannya.


Mama message arwah siap dikebumikan pada 2.50 petang tadi bersebelahan ibubapanya.


So : selepas ini tak akan ada lagi yang memanggil saya dengan nama 'tuyad'.

Jumaat, 11 Disember 2009

KECOHLAH MAMAT TU...

Hish.... Kecohlah mamat tu macam lah dia tak buat salah. Kitaorang cop dia tak sign tak kecoh pula... Macam bagus sangat. Nak kena sambar petir agaknya.

"Pegawai perakuan 1 dan PTW(I)LDP,

Sila pastikan semua baucar bayaran TT, eSPKB dan Panjar Seperduabelas di cop dengan Salinan Diakui Betul pegawai perakuan 1 sebelum diserahkan kepada pegawai untuk disemak dan ditandatangani pada semua muka surat termasuk muka surat arahan bayaran. Dari pemerhatian PP(I)SL 4 terhadap 2 baucar yang dikemukakan oleh 2 penyedia mendapati tidak dicop dengan Salinan Diakui Betul dan alasan terlupa yang diberikan kerana kesibukan mengejar tarikh akhir bayaran tahun 2009 dipandang tidak wajar kerana ia adalah satu rutin prosedur kewangan yang diarahkan oleh Unit AK pada awal tahun 2009 setelah mendapat teguran daripada pihak Audit pada tahun 2008.

Sehubungan dengan itu, mohon semua pegawai penyemak memastikan semua dokumen lampiran bagi baucar TT, eSPKB dan Panjar Seperduabelas di copkan Salinan Diakui Betul. Sekiranya tiada sila pulangkan kepada Penyedia sebelum perakuan dibuat bagi mengelakkan kesalahan dari segi prosedur dan etika kerja kewangan yang boleh membawa kepada teguran Audit dan siasatan Unit AK".

yang bold merah tu lagi kelakar.. bila pula kitaorang bagi alasan begitu. Tak cakap apapun.... lantak ko la tolol... tai kucing betul.... may be dia nak tunjuk kat Timbalan yang dia tu prihatin sangat...maklumlah dah hujung tahun...nak dapat up markah skt.... hahaha.... yang bikin panas tu bulih dia cakap with our ceo don't give us high skt mark...astaghfirullah.... Why????... dia mau capat mati kali..... sabar sajalah....

Selasa, 8 Disember 2009

Rugi Oooo...





Permainan ini telah merosakkan keseluruhan 'mood' saya. Mula-mula naik rasa seronok tetapi makin tinggi perut rasa kecut kepala pening rasa nak muntah. Dahlah perut kejang gara-gara lewat makan tengahari. Hajat untuk bermandi-manda dengan air laut tiruan tidak kesampaian. Kerugian besar sebab bayar masuk rm 30 'loker' rm 10. Jealous juga tengok mereka. Kami bertolak balik ke Putarajaya lebih kurang pukul 7.30pm dan singgah makan malam di hentian rehat Tapah, Perak. Huh! Ramainya orang.


* Pening kepala tengok orang ramai sangat.

* Bau hancing kuat sangat. Sesak Nafas ooo...

* Pertama kali terpaksa memakai t-shirt lengan pendek. Astaghfirullah

* Bikin panas tu perempuan ba minta tolong tangkap gambar pun tak boleh ke? Kasar tu...berlagak!! Bagus kalau cantik. Muka macam 'busul tasu naragas'....macam saya mau tendang muka dia...nasib baik kaki saya pendek...hehe










Mkbs ; powurodus po turas duo auh koi ot menusun barang. Biarlah ko buat sendiri.

***gud nite***

Isnin, 7 Disember 2009

Sama cantik sama comel...


6 Dis 2009 - Selamat Pengantin Baru untuk Norfazila Mat Sharif. Semoga hidup bahagia dimurahkan rezeki dipanjangkan usia dikurniakan kesihatan sepanjang hayat.


Actually i have a lot of story to put here about our journey to Perak but i'm so tired. I arrive at 11.30 pm. As people that dislike to travel that take a long time like me, really really chastise...... Ok. I want to sleep. Siodopon no matoku. We continue later....

Rabu, 2 Disember 2009

Digigit anjing...


(Setiap malam teringin bermimpi ke angkasa lepas tapi .....)



Semalam mimpi hujung jari digigit anjing. Kurang ajar sungguh anjing itu. Saya kasih 'tawos-tawos' baru terlepas. Sekali terjaga laaa pukul 4.05 pagi baru. Kacau betul. Nak tidur balik bukannya senang. Harap-harap malam ni dapat mimpi 'gores sepuas-puasnya'...hahaha...


Mbks : 'dua orang yang mahu hidup bersama perlu persetujuan kedua-duanya sebaliknya dua orang mahu berpisah cukup seorang yang putuskan' - easy fortune life happy.

Special for my lovely mum...


(Olaid no auh nokokito wulan... Koturu romou matoku soira kosorou....)



Special for my mum. I really hope mum will be strong more patient and something like that. My pray's always with you.


Sebening titisan embun pagi
Secerah sinarnya mentari
Bilaku tatap wajahmu ibu
Ada kehangatan di dalam hatiku

Air wuduk selalu membasahimu
Ayat suci selalu dikumandangkan
Suara lembut penuh keluh dan kesah
Berdoa untuk putera puterinya

Oh ibuku engkaulah wanita
Yang kucinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada salah
Pengorbananmu tanpa balas jasa

Ya Allah ampuni dosanya
Sayanginya seperti menyayangiku
Berilah ia kebahagiaan
Di dunia juga di akhirat



So ; semoga ibu sihat selalu. Bersama kita melupakan kisah pahit itu...

Mkbs : 'bisakah yang benci disayangi, bisakah hatiku difahami, walauku himpunkan sesalku, bisakah terbuka kalbu'...bait-bait lagu ct..... Kada pono kous ginawo owiton gisom kapatayon...

Ahad, 29 November 2009

Kebencian...


(Kesian mata ini.....)


Kerana tak dapat tidur saya singgah di sini. Entah kenapa dengan hati, perasaan dan mata ini. Sudah lama mata ini tidak menangis begitu lama. Setiap kali ada masalah kalau pun air mata jatuh ianya sekejap saja kerana saya boleh memujuk diri sendiri. Tapi kali ini tidak boleh sama sekali. Saya berusaha untuk memujuk perasaan ini tetapi gagal. Bayangkan air mata ini deras mengalir dari pukul 11 pagi hingga pukul 4 petang. Dan sehingga saat ini masih lagi. Saya berusaha menghilangkan bengkak itu tapi tak menjadi kerana ketika posisi ais batu ditekap atas mata saat itu juga air mata terus mengalir. Saya bersembang dengan kawan serumah sambil menonton drama 'kasih suci marlisa' namun masih juga terfikir cuma air mata tak jatuh hanya bergenang di kelopak mata. Selesema saya bertambah teruk. Bermula dari curiga kemudian diberi keyakinan untuk sebuah kepercayaan dan kepercayaan tersebut dikhianati. Saya amat berharap mak lebih tabah. (Jangan jatuh sakit...) Sebelum ini prinsip saya, mesti percaya pada semua orang. Jika terkhianati anggaplah itu bukan rezeki yang penting dalam dan luaran tetap gembira pada hari ini dan hari-hari seterusnya. Tapi sekarang saya kena pertimbangkan semula mungkin lebih 'selfish' sikit.


So ; semoga esok selepas subuh mata ini akan kembali sediakala dan masalah itu akan lenyap dari kotak fikiran.

'mkbs semoga kau terus bersabar'

Sabtu, 28 November 2009

Tak tergambar .....


(Kalau saja saya boleh terbang pasti kepedihan ini....)


Kalau saya boleh menangis tak henti-henti selama 6 jam, bagaimana agaknya perasaan mak saya? Dia mengecewakan saya. Sungguh mengecewakan. Mengapa dia tergamak buat begini dengan keluarganya? Sepatutnya dia sudah cukup besar dan matang untuk memikirkan yang terbaik tentang hidupnya. Saya percaya akan dia. Walaupun dia selalu buat masalah namun saya tetap yakin dia tidak akan sampai di tahap itu. Malah saya pernah bertengkar dengan adik lelaki saya kerana kepercayaan saya terhadap dia. Tapi tidak berbaloi. Semua tidak berbaloi. Terus terang saya katakan saya tidak boleh menerimanya.


So ; saya harap airmata ni akan berhenti mengalir...

I hate this situation...


(Jika ia berulang lagi tapi di peringkat yang lebih tinggi...i wait for that...)


Seksa betul dengan demam selesma ni. Hari ni hampir sehari suntuk saya tidur. Alhamdulillah dah ok sikit. Mesti sebab tengahari esok nak ke Alamanda cari sandal. Sandal dah mula cari mangsa. Sebelum dia jumpa mangsa baik cari yang baru. Saya suka kesudahan cerita drama 'nur kasih'. Saya setuju Nur Amina menolak lamaran Aidil. Saya suka lakonan Umi Nazirah dan Tiz Zakiyah. Sebelum ini saya ada menonton drama lakonan Umi dalam cerita 'aladdin'. Dan saya tidak sangka lakonannya dalam 'nur kasih' berjaya menaikkan darah saya. Saya tidak sabar menunggu dia berlakon dalam drama 'spa Q qistina'. Jika gadis berwajah manis ini dapat mengekalkan momentum dalam lakonannya saya pasti suatu masa nanti dia akan menjadi bintang yang bergemelapan. (jika dia tercalon top 5 dalam ABPBH 2009, i believe that i will vote for her...) Ini pertama kali saya menonton lakonan Tiz. Bagi saya dia berjaya membawa watak tersebut. Selepas ini saya berharap dia membawa watak yang lain pula. Kalau asyik bawa watak ayu, manis dan menangis bosan pula.

Petang tadi cari news utusan malaysia dekat kedai mamak tapi tiada. Bosan betul. Oleh itu saya dapatlah menonton tv. Antara 'seringgit' dengan 'taubat nasuha' saya pilih yang kedua. Sedih drama ni. (Menangis saya...siut..). Panas baran!! Takkan itu pun tak boleh faham. Yang paling saya tidak puas hati boleh dia keluar berpoya-poya. Setakat budak-budak bising...itupun boleh stress. Tapi padan muka dia. KOTOH!!.. Teringat zaman kanak-kanak. Punya ayah yang garang, panas baran dan suka melepaskan masalah dengan keluarga bukan sesuatu yang mudah. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi terutamanya di pihak isteri. Bila stress keluar rumah. Nasib baik 'my father' not a richman. Kalau ada kelahiran semula saya tidak sudi jadi anaknya.... Apa-apapun i like Shiela Rusly performed. Lakonannya tidak pernah mengecewakan saya. Syabas untuk drama ini kerana berjaya membawa perasaan saya jauh mengembara. Mungkin juga sebab drama ini ada sedikit persamaan dengan konflik keluarga saya...??



*******************
Sa panas butul sama adik sa ni. Itu ari suda bincang buat taun dapan.. Mama tu lalaki sama mama sa suda becakap. Tapi tiba-tiba telepon bisuk (ari ni) kaka mau datang. Yang nda tahan tu durang di keningau suda. Durang tu nda paham bahasa ka? Tu rumah masi dalam proses ubahsuai bulum siap lagi, durang mau duduk di mana? Mau duduk di bawah kulung kali. Adik sa pun nda pandai bincang sama mama sa. Mama sa pula yang sibuk-sibuk mau tanya sa. Kan nga ingga tutok kopio. Alasan durang kunun taun dapan nda dapat datang. Ooo jadi kalu begitu taun 2011 la baru datang lagi. Kalu sa ada di sana sa suda tumbuk tu adik sa... Kan nga percuma saja kana marah oleh sa. Pukul 12 bapa sibuk mau suruh sa telepon. Sa cakap bisuk pagi...tu pun kalu sa nda tidur lapas subuh. Kotoh! Nokuro di kosirit no....kasi lilung saja diaitu....ingga sorou!!!....


So ; i'm so stress think about money.... But i must take this risk. That is my desicion before. So i really hope i can maintain, strong and more patient. God! Help me to face.... all this.....

Khamis, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN SELAMAT BERCUTI

Esok cuti....i'm so happy coz dapat berehat panjang di rumah. stress saja di ofis tambah pula ada selesma. Saya mau tidur puas-puas. Yahooooooo............


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA!!!!
yang balik kampung tu berhati-hati dalam perjalanan dan apabila makan tu jangan lupa diri...


mkbs : hari ni sunyi betul sebab dah ramai yang cuti tambah lagi yang ambil halfday...uhuuuu....

Selasa, 24 November 2009

Tensionlah....


(Bolehlah kiranya langit petang ni menyejukkan kepalaku yang tengah hangat)


Oleh kerana kerja saling mengharap maka kerja tak siap. Tambah lagi sibuk dengan kerja hakiki. Ye lah... Kita ni siapa? Kerani jer.... Setiap kumpulan ada ketuanya. Kalau ketua tak aktif anak buah lagi tak aktif. Takkan nak kuah lebih dari sudu. Tapi apa-apa pun semua alasan boleh diterima kerana semuanya perkara biasa. Tapi yang bikin panas boleh pula dia cakap kenapa tak bagitau awal. Bukan semua orang dapat senarai no. Baucar tu. Memanglah. Setiap desk kan ada wakil sepatutnya semua tau. Takkan bila diminta baru nak cari. Kalau desk ldp boleh buat kenapa durang tak boleh. Saya tak tau samada dia terasa atau sebaliknya dengan jawapan saya. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar.


Mkbs ; bisuk ada yana mulai cuti suda. Selamat dalam perjalanan kio...

Isnin, 23 November 2009

Selamat Tidur...pagi sudaini...


(Super series terbuka China. Malaysia berpakaian hitam)


Pilihan utama kejohanan Koo Kien Kiat / Tan Boon Heong terpaksa akur dengan kehebatan pilihan kedua kejohanan dan ranking kedua dunia dari Korea dengan rubber game 13-21, 21-19, 18-21. Walaupun pada jangkaan awal saya bergu Malaysia mampu menang tetapi apakan daya mungkin tiada rezeki. Walauapa pun pertemuan dua jaguh ini cukup menyeronokkan. Saya yang hanya menonton menerusi TV1 cukup terasa dengan jantung dag dig dug. Nasib baik saya sihat walafiat. Kalau tak mungkin saya diserang strok. Nauzubillah. Ketua jurulatih Malaysia 'asarok mongunyam' gula getah. Mungkin stress. Walau bagaimanapun dia tersenyum dengan aksi anak buahnya di game penentuan pada kedudukan 12-17 dan 18-20.

* Tahniah diucapkan buat bergu negara kita.
* Tak nampak kelibat jurulatih bergu negara Rexy Menaiky.
* Pemain Korea Lee Young Dae look great walaupun kepenatan.



'UBAH SUAI' - Program bual bicara agama Halaqah TV9.


Seronok mendengar bual bicara ini. Tetamu undangan ustaz Mohd Farid Ravi dan Dr Danial. Bercerita tentang kecantikan tidak akan pernah selesai. Semua orang nak cantik. Setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza-beza tentang kecantikan. Ada yang kata kecantikan itu adalah ukuran tahap keyakinan diri. Ada juga yang kata kecantikan itu satu kepuasan. Asalnya sejarah 'plastic surgery' adalah untuk memperbaiki kecacatan mengikut keperluan. Namun pada hari ini ia lebih kepada mengubahsuai sesuatu yang memang sudah indah. Perkara ini lebih terdedah apabila para artis mengamalkannya dan ia menjadi ikutan ramai. Sebenarnya mereka amat mengerti akan risiko 'plastic surgery' tetapi itulah kepuasan bagi mereka oleh kerana mereka 'public figure'. Itulah bahananya apabila orang ramai terlalu mengangkat artis sebagai idola. Walauapa pun siapapun kita, kita perlu panjang akal untuk menilai semuanya. Kalau sanggup mengambil risiko untuk membelakangi hukum agama dan nilai diri teruskan. Tiada siapa yang mampu menghalang. Dosa tanggung sendiri. Saya teringat cerita Dr Danial, pada tahun 2006 di negeri China, ada yang sanggup patahkan kaki semata-mata mahu membuat 'plastic surgery' untuk panjangkan kaki. Ooo...kalau itu saya pun nak supaya saya jadi tinggi...hahaha... Nauzubillah. Tapi kan nak buat pembedahan tu sakit. Lepas pembedahan ada tindakan susulan lagi. Orang yang sanggup buat mesti orang yang suka hospital. Betul kan? Saya tak sanggup sebab saya tak suka hospital. Sebut pasal hospital ni, sekarang sudah hujung tahun saya kena jaga kesihatan tahap gaban sebab sudah lama tak jatuh sakit (pening stress tu selalulah...lepas tidur sihat semula). Kali terakhir saya mengunjungi hospital pada awal tahun 2007 sebab kena demam campak. Sengsara oh kalau sakit. Itu pasal saya paling benci sakit. Lagi pula tinggal jauh dari keluarga. Kata nenek kalau tak nak sakit kena jaga kesihatan.


MY STARZ LG3 - TV3

* Persembahan semua boleh tahan. Tapi belum ada klimaks. Tambah pula tiada yang handsome...hahaha.....

* Saya suka persembahan Jay. Rupanya urang sabah ba diani. Nasib baik Zainal Abidin pilih dia.

* Akhirnya Farid telah tersingkir. Bai bai gaman balik kampung tanam layo....



SO ; Saya jumpa banyak ular menghalang perjalanan saya. Ada warna hitam, warna putih berjalur, warna hijau, ada yang besar panjang ada yang kecil. Saya berpeluh-peluh ketakutan mencari jalan keluar. Tapi akhirnya saya berjaya meloloskan diri. Saya tidak tahu macam mana saya melakukannya tapi semasa melonjak kegembiraan saya terjaga. Alahai mimpi rupanya. Tengok jam 7.47 pagi melompat saya ke bilik air subuh terbabas... 'subuh gajah'. (Aku benci mimpi tu...)

Sabtu, 21 November 2009

Segalanya Berkemungkinan....


(Mampukah lelaki ini memimpin Malaysia ke satu tanda mercu yang boleh dibanggakan tanpa lucut di ruang hati setiap insan sepanjang hayat mereka.... Sekurang-kurangnya boleh melahirkan senyuman 55% rakyat Malaysia.... Ayat sinis 'korang ni langsung tak dapat membantu menjayakan misi PM...' Anda macam mana? Ada tak jawapan untuk ayat sinis tu?... )


Keputusan penuh peserta yang layak ke pentas akhir AJL 24.


1) Hujan (aku skandal) ntah di bagusnya lagu ni...


2) Alyah (tak mungkin kerana sayang) saya suka lagu ni. Vokal pun boleh tahan. Tapi wajahnya membosankan...


3) Estranged (aurora) saya tidak tau lagu ni... Kenapa lah vokalis dan pemain drum tu simpan jambang. Serabai lah...tengok dua kali seperti...???


4) Akim (bengang) memang bengang. Saya suka tone suaranya. Kalau bengang dengarlah lagu 'pakai buang'....hahaha


5) Black (aku rindu sayang kamu)...penyanyi realiti tv yang paling saya tak suka... Nda tau kanapa...tak mungkin kerana muka gurutuk dia kan...hahaha


6) Yuna (dan sebenarnya)..dan sebenarnya saya suka tengok rias wajahnya...


7) Tomok (rindu terhenti) walaupun saya pernah 'minat giler' dengan dia dan kumpulannya suatu masa dulu tapi saya berharap dia tak akan menang...hahaha


8) Stacy (pakai buang) ini peserta kegemaran saya. Tahun lalu dia tewas persembahan terbaik dengan FT, harap tahun ni dia akan menang.... 'bulih ba kalu ko...' ko buat butul-butul kio...


9) Aizat (kau aku)

10) Aizat (pergi) mungkin lagu ni terpilih sebagai mengenang arwah Yasmin Ahmad, tapi saya akui lagu-lagu Aizat memang sedap-sedap belaka. Saya tak tengok persembahan Aizat sebab tu tak tau kesilapan seperti dalam ucapannya.


11) Bunkface (situasi) kumpulan ini hanya bergantung dengan kehebatan lagunya. Sekali tengok seperti mayat baru bangkit dari kubur...


12) Faizal Tahir (bencinta) dipersembahkan oleh Shila. Harap FT demam hingga ke kemuncak AJL supaya 'my favourite' boleh menang....hehehe


13) Misha Omar (cinta adam dan hawa) cantik persembahannya.


14) Hafiz (masih jelas) lagunya boleh tahan juga. Rambutnya satu kilang dengan kumpulan Alleycat tapi laluannya masih jelas...


Tahniah diucapkan untuk semua. Terpegun tengok persembahan Dato Siti Nurhaliza. Lebih bagus daripada dalam album.


SO ; mau modop dulu lah. Harap-harap bisuk pagi bangun-bangun terus ada duit depan mata...hahaha...

Ahad, 15 November 2009

Ragam bermacam ragam...


(What do you feel...)


Saya mencari ruangan rencana edisi ahad lalu. Biasanya saya akan baca rencana tulisan Zainuddin Maidin (bekas ketua pengarang kumpulan utusan) tetapi kali ini tajuknya saja tidak menarik minat saya. Namun saya tertarik dengan tulisan Tan Sri Mazlan Nordin mengenai perdebatan rokok yang tidak pernah selesai. Fatwa pengharaman rokok telahpun dikeluarkan. Namun sejauh mana keberkesanannya? Walaupun diharamkan masih ramai juga ustaz-ustaz dan orang alim yang merokok. Ada yang kata merokok boleh menghilangkan stress. Saya pernah tengok orang yang buntu fikiran selepas merokok idea mencurah-curah. Huh! Panahan sang rokok. Hanya perokok yang tahu nikmatnya dan hanya mereka yang hidup dikelilingi perokok tahu betapa seksanya terhidu asap rokok. 'Lagi harga rokok naik lagi-lagi ia diingini'. Saya setuju sangat. Sifat manusia memang begitu. Terlalu bangga apabila dapat melakukan perkara yang dilarang. Sebenarnya kita teringin untuk menegur mereka tetapi pada masa yang sama kita perlu menjaga perasaan mereka. Akhirnya kita terpaksa optimis 'ajal maut di tangan Tuhan'. Biarlah perokok-perokok itu dengan hidup mereka asalkan mereka menghormati kita yang tidak merokok. Berhenti merokok memerlukan motivasi diri yang tinggi dan bukan semua orang dapat melakukannya. Sebenarnya senang saja kalau hendak perokok berhenti merokok 'JANGAN JUAL ROKOK' habis cerita.


Bersaing dengan hujah - Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

'Dalam dunia yang terbuka, biarlah setiap pihak memasarkan pemikiran mereka secara ilmiah dan adil. Masyarakat sudah matang, biar mereka menilai. Selagi pemikiran itu tidak menghina Allah dan rasulnya, biarlah ilmu bersaing dengan ilmu. Bukan ilmu bersaing dengan kuasa tetapi bersaing dengan hujah'. Petikan kata-kata minda Dr. Maza. Saya setuju. Tetapi jika dilihat dari sudut yang lain pentauliahan atau permit dalam membuat ceramah itu penting dan ia memang telah dipraktikkan sejak dulu lagi. Tujuannya cuma satu untuk keamanan agar tiada pemesongan. Kita sedia maklum yang arena politik dan ajaran sesat di negara kita semakin meruncingkan. Siapa yang dapat menjamin seorang ustaz atau tokoh agama yang memberi ceramah dengan penuh keyakinan seorang yang betul-betul tulus mulus suci hati. Kita juga maklum, kebanyakan mereka yang terlibat dengan ajaran sesat adalah di kalangan mereka yang berilmu tinggi. Saya memang meminati tulisan-tulisan Dr. Maza yang berani tetapi saya terkilan kenapa beliau terlepas perkara sekecil itu? Sepatutnya beliau sebagai seorang yang berilmu tinggi dan pernah bertugas sebagai Mufti Perlis lebih arif tentang peraturan tersebut. (Mungkin beliau terlalu teruja untuk menyampaikan ilmunya selepas kembali dari UK) Saya berharap Dr. Maza tidak akan terus berlaga dengan pihak berkenaan. Oleh kerana Dr. Maza lebih berilmu maka bantulah pihak berkenaan demi keagungan agama dan keamanan negara. Siapa pun kita apabila peruntukkan undang-undang menyatakan begitu kita perlu menghormatinya samada suka atau tidak tiada siapa yang terkecuali. Setiap negara di dunia ada undang-undangnya dan itulah salah satu undang-undang sebuah negara yang dinamakan Malaysia.



Mkbs : 'buku tidak akan ada lagi di dunia'...kita tunggu dan lihat....


SO ; subuh suda... Lapas ni mau modop dulu. Nda dapat tidur ba...

Rabu, 11 November 2009

Rindu ka?...


Terharu saya dengan gambar yang diedit oleh adikku yang degil. Nasib baik bukan gambar yang tut...tut...tut.... Whatever i wish you thanks a lot. I miss you all too... So don't forget wait for me...coming soon...


'bikin panas o tadi d opis. Urang gila kuasa tu suda putus wayar kali. Bulih dia kuiri sy. Sy nda paham butul. Dia telingung suda. Yang butul diabilang salah. Oroi moti. Olaid nogia kanto auh nokokito karaja dagai...hehehe kali wayar merah yang putus. Napa nda wayar hitam.... PALUI!!!...)

'Easy Fortune Happy Life'...that's true actually... Sedih pula... Tiba-tiba saya teringat kisah ngeri tu... Pada satu petang ketika bekalan elektrik tiada saya sebenarnya nak ambil minyak tanah tapi terambil minyak petrol. Apalagi meletup dan hampir separuh rumah kami terbakar. Dan mimpi ngerinya anak jiran sebelah yang baru berumur 2 tahun lebih telah terkorban. Sampai sekarang bila nampak kebakaran rasa nak nangis... Sejak kami pindah rumah pada tahun 1991 saya jarang dapat bertemu dengan mereka padahal hubungan kami memang rapat dulu. Alih-alih saya dapat berita anak sulung jiran 'passed away' akibat kemalangan. (Dulu dia hari-hari nak ukur tinggi dengan saya padahal saya memang kecil pun....). Al-fatihah untuknya.


Sekarang saya tengah dengar muzikfm rancangan geng-geng tengah malam. DJ sedang perkatakan tentang azam yang terlaksana atau belum. Ada pemanggil kata azam nak kahwin telah tercapai. Kahwin tu azam ke? (Saya nak tanya lah dengan kawanku Ros tahun depan azam ni masuk dalam senarai eerk...) Ada yang azam nak kuruskan badan tapi setakat hari ni tak tercapai lagi...hahaha... Azam saya dua saja yang tercapai... Bikin panas kawan tanya saya bila azam nak kahwin? Hahaha...itu belum masuk senarai lagi lah... maybe 2011 (kalau hati tak berubah la....). Hish ...the end of this december baru fikir...


Mkbs ; siang tadi my mum ke hospital untuk buat pemeriksaan susulan 'tekanan darah rendah'. Harap semuanya ok.


SO ; i can't to sleep. What can i do?.. Berusaha untuk tidur...cayok!!

Selasa, 10 November 2009

....Fortune for easy life....


Episod pertama chinese drame at 8tv. Rancang tak nak tengok tapi bila dah borak-borak dekat ruang tamu tertengok juga. Tapi macam siuk saja cerita dia. Bisuk tingu lagi la..hahaha.... Fantastik 50 tahun masih menunggu kepulangan kekasih hati. Hari-hari tak henti merenung barang pemberian. Terkotakah janji tercapaikah impian berbaloikah sebuah penantian? Hebat sungguh.... Kalau saya, saya kasih tinggal saja cari pengganti. Bak kata pepatah 'kumbang bukan seekor'..'patah tumbuh hilang berganti'... Barang pemberian kasih rulun di pamalan...hehehe...
Adui mengantuk sudah ba.. Tadi ni mata nda mau tidur bila banyak idea terus ...kapanas kopio...

Mkbs : Teringin nak tengok wajah DJ Radio Muzikfm Adi Silantra. Suara sedap didengar adakah orangnya kacak?

Ahad, 8 November 2009

Handsome lagi....


(Kang Gun Wo yang tua dan muda)

Biasanya industri muzik hanya memandang kepada penyanyi. Drama bersiri Korea 'Bethoven Virus' melabuhkan tirainya jumaat lalu. Sebuah drama yang memaparkan suka duka kehidupan pemain alat muzik. Terus terang saya katakan saya tidak pernah kagum dengan pemain alat muzik. Saya tidak tahu apa hebatnya muzik okestra. (Dahlah main muzik tengok nota konduktor terkapai-kapai di depan...). Saya cuma tahu seorang penyanyi boleh dikatakan hebat apabila boleh menyanyi diiringi muzik okestra. Saya tabik dengan semangat mereka. Demi untuk menyertai kumpulan muzik okestra sanggup berhenti kerja. Hebat bukan? Kalau anda apa pilihan anda? Zaman sekarang manusia melakukan apa jua kerja yang penting boleh dapat duit. 'walaupun duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit'. Orang yang punya duit boleh saja terus mengejar cita-citanya namun yang sebaliknya...(lu fikirlah sendiri). Tapi saya bengang apabila Doo Ri Mi jatuh cinta dengan konduktor tua itu. Cis...saya suka yang muda dan kacak. Hahaha....itu selera orang muda. Tapi kalau difikir tentang jaminan 'anda boleh pilih yang tua'. Tahu kenapa? Sebab dia pasti banyak duit. (Hehehe....) Kita sebenarnya berhak untuk memilih. Siapa pun pilihan anda, anda bertanggungjawab terhadapnya.

Tahniah buat One Nation Emcees kerana tersenarai dalam top 5 AJL 24. Harap-harap boleh masuk final.


Mkbs ; Sekalung tahniah buat pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai TM Piala Malaysia.

Jumaat, 6 November 2009

Anugerah...terbaik di kalangan yang palsu...


(Macam mana...kalau tak menang juga entahlah...nak kena sambar petir panel-panel tu...)



Ada apa dengan Anugerah? Anugerah Kualiti Perdana Menteri, Anugerah Kualiti JPA & Pejabat Terbaik JPA. Positifnya 'ofis' sedap mata memandang (barang-barang habis disorok) tapi bila diperlukan jenuh mencari. Saya paling tidak puas hati panel-panel tu datang masa tengahari. Orang lain nak rehat juga. (Macam bagus saja...) Itu ok lagi. Yang 'bikin panas' penat kami tunggu (dengan perut berkeroncong..) Siap ditahan oleh bos lagi tapi akhirnya tidak datang. Bayangkanlah apa kami rasa.... Dua anugerah satu pertandingan semuanya begitu. 'JANJI PALSU'. Apa sebenar yang panel nak tengok? Nak bagi anugerah buatlah betul-betul. (Rasuah ke?) Entah-entah JAKIM yang bagi 'cop halal' pun begitu.(hish menakutkan...). Datang melawat sekadar 'ala kadar' saja.
Uhh mengantuk betul. Rasa macam banyak benda yang nak ditulìs tapi mata tak tahan.
Continue later...

Mkbs : Tiada ribut tiada taufan tiba-tiba nak masuk meminang ...apa kes?

Ahad, 1 November 2009

November 2009...???


(Wow....lapar tak?heee.... Adik aku cakap nasi goreng cincai...)


Huh! Pejam celik pejam celik hari ini sudah masuk bulan november. Lepas tu bulan disember lepas tu Selamat Tinggal 2009 Selamat Datang 2010. Uhhh...berdiri bulu roma apabila memikirkannya. Tapi apa boleh buat masa tidak mungkin akan berhenti kecuali kita yang berhenti. Fikiran kusut memikirkan permasalahan yang tidak tahu bila akan berakhir. What more can i say? Sekarang ni duduk diam di rumah. Melayan kemalasan diri. Tidur bangun makan dan tidur lagi....rancang nak basuh bilik mandi tapi sekarang apa suda jadi.... (Hish.. Ntah apa-apa saja lagu ct n...macam lagu siok sendiri...) Now i'm so crazy with stacy's song 'pakai buang'.

CINTAKU BUKANNYA JENIS PAKAI BUANG

BIARLAH LEBIH DARI SEHARI

APAKAH KAU SANGKA KU CINTA SEGERA

SAKITNYA HATI DIPERMAIN

CINTAKU BUKANNYA JENIS PAKAI BUANG

TIDAK MUNGKIN HANYA SEMENTARA

APAKAH KAU SANGKA KU CINTA SEGERA

BAYANGKANLAH APA KU RASA....
Kenapa ba kau berubah kenapa ba.....


Saya tidak sabar nak tengok Stacy di pentas AJL. Aduhai kotutok ne mala....
Ok lah....saya mau baca newspaper dulu... Tapi sebelum tu saya ada teka-teki. Siapa dapat jawab saya bagi hadiah hehe. 'bila daunnya kering... daunnya tak gugur ke tanah tapi melekat pada pokoknya. Pokok apakah itu?'....


SO ; jumpa Adam af dalam mimpi...aduh handsomenya....

Rabu, 21 Oktober 2009

Nababasan oku no hiti...


Karaja karaja om karaja.... Kosorou di dara moi mimpanau 'berpoya-poya! Kad boros taraat nga orosi awi tusin. Ogumu po man do tusin...koinggolou malad tulu. Oruhai no owukatan gara-gara menguntun tusin. Stress no momusorou. Nga kogoyon no pomusarahan ka di teruah gidi. Otopot nogi ri nga 'hilang sabar' kasari. Aharap oku no 'Yang Maha Esa' will help me and my family with good healthy 'barakah' etc. Giroton no 'trust' to Allah. Amiin. Atok mala kotutok oku no...ba hino kou po. Sonong-sonongon do modop kada kalabai o bihis.



Mkbs : semoga esok ada sinar bahagia buatku dan orang-orang yang kusayang. Insy-Allah.

Ahad, 18 Oktober 2009

Jauh terkenang-kenang


Baring-baring sambil dengar lagu si jantung hati terkenang dan rindu di kampung... Hish! Kacau betul lagu ni aku baru nak berangan. 'untuk mendapatkan sesuatu kita perlu mengorbankan sesuatu'. 'setiap yang berlaku ada hikmahnya'. 'Berkorban atau terkorban, bahagia atau merana, berjaya atau gagal...itu adalah pilihan sendiri'. Jika difikirkan ironinya sama ada berkorban atau terkorban, bahagia atau merana, berjaya atau gagal tidak akan mempengaruhi perjalanan hidup selagi kita puas dan bersyukur seadanya. Pasti saja boleh berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Kita juga boleh mengorbankan diri demi kebahagiaan orang lain. Kadang-kadang perlu mengorbankan perasaan orang lain demi mengejar kebahagiaan sendiri. Adakah kebahagiaan dapat dikecapi setelah melukakan orang lain? Sama ada berjaya atau gagal diri perlu berani. Kalau hari ini kita mengorbankan orang lain demi kebahagiaan diri harus diingat suatu masa nanti kita juga akan dijadikan korban untuk orang lain. Jadi kalaupun diri gagal mengecapi atau mempertahankan suatu kebahagiaan sekurang-kurangnya kita telah berlaku adil pada diri sendiri. Keberanian MENGAMBIL RISIKO dan MENERIMA RISIKO adalah perkara utama. Berani mengambil risiko sama ada berkorban atau terkorban dan bersedia menerima risiko sama ada bahagia atau merana. Harus juga diingat terkorban, merana, atau gagal mempunyai makna tersendiri. Biarpun akhirnya terkorban, diri merana gagal mengecapi impian yang penting kita puas hati kerana telah berusaha. Walauapa pun yang kita hadapi dan bakal hadapi sama ada berjaya atau gagal 'berilah peluang pada diri untuk bahagia'. Ushh...lagu 'baik-baik sayang' sedap pula lagu tu...



Mkbs ; siang tadi penat oo angkat kotak. Lama tak angkat berat sakit urat dibuatnya. Nak tidur sampai pukul 10 pagi....sebarang gangguan tidak akan dilayan. Bye...

Isnin, 12 Oktober 2009

Menghadiri Open House Raya


Huh! Makan makan makan dan terus makan. Al-hamdulillah. 8hb OP di rumah kak Rohayu. 9hb dekat rumah Uzaifah pula. Kelmarin 10hb tempat Zura. Lepas tu pergi Seremban di rumah ketua akauntan BMI Pn Marina dan penolong akauntan Cik Yati. Makan memang sedap-sedap. Paling rugi tempat cik Yati. Mee karinya sedap tapi makan sikit saja. Perut padat sangat. Mungkin sebab minum air banyak. Hari ni tak makan berat cuma makan 2 ketul sosej. Lagipun sibuk nak mengemas dan menampal buku daftar bayaran sampai makan pun lupa. Harus diingat esok 12 & 13 ada jamuan raya dekat office. So, makan harus dijaga kesihatan wajib dikekalkan...


So ; tadi adik aku msg tv dkt kg rosak. Alahai apo kono la.... Kuroyon podi. Andadon nopodi be owonsoi... Happy birthday 4 my prind Puteri Rembulan.

Isnin, 5 Oktober 2009

Coretan...cuti balik kampung


(Gelagat adik-adik sementara menunggu makanan bersahur disiapkan)


Cuti menyambut Syawal di kampung pada tahun ini adalah yang terbaik sejak saya bekerja di Putrajaya 2003. Terbaik kerana kami sepuluh beradik, bapa dan mama dapat berkumpul bersama. (*bila semua balik terasa terlalu sempit rumah keringat itu yang sememangnya sempit).


Tahun 2009 - ini adalah cuti pertama saya. Maka itu percutian ini yang paling seronok dan bermakna buat saya. (*bukan tidak boleh balik kampung selalu tapi itu adalah sememangnya perancangan saya yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata dan perasaan...hee)


Sedihnya saya tidak dapat datang beraya ke rumah kak mama di Kg Toboh Baru. Khabarnya dia sakit (urg ckp kana buat urg...) Adik cakap dia semakin kurus. (Mama ckp penyakitnya serupa dgn arwah nenek. *apakah perasaan orang yang mengenakan orang itu ketika menolong mengorek liang lahad untuk orang yang dikenakannya??...) Pada 30hb dia dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. Mulai malam itu juga kami sekeluarga, keluarga terdekat dan saudara mara mengadakan majlis bacaan yassin tiga malam berturut-turut di rumah kak mama di Kg Kota Ayangan. Semoga dia cepat sembuh dan orang yang tidak bertanggungjawab itu akan menerima balasan daripada Allah SWT. Amiin. (*di awal pembukaan Hospital Besar Keningau pernah dilabel akan menjadi salah sebuah hospital yang terhebat dan tercanggih di Malaysia. Persoalannya, apa dan di mana letaknya kecanggihan hospital itu??..)


Keseronokan percutian juga mengundang keseronokan perbelanjaan mengalir deras tanpa disedari. Yang terbanyak pernah saya alami. 'nokorutan oku ne'.


Gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan seperjuangan satu sekolah Salbiah Salam. Dia kerja jaga kedai barangan kesihatan sebelah Servay. I tabik sama u. Dia melakukan apa jua kerja yang penting boleh dijadikan sandaran 'mata pencarian'. Itulah kehidupan. Rezeki setiap insan berbeza-beza. *betapa kuat anjing menyalak gunung takkan runtuh*. Saya juga berkesempatan bertandang ke rumah sahabat baik Kasmawati. Still maintain. Ingatkan dapat tengok lakinya ...hansem ke? Sebab dalam gambar boleh tahan hehe.... Saya tengok gambar kahwinnya semua cute-cute. (Tapi dia memang cute pun). Tapi sayangnya wajahnya tiada perubahan. Maksud saya, wajah yang bulat itu nak tengok juga bila dibujurkan... Apa-apa pun tahniah. Cepat-cepat dapat anak tau hehehe... Saya harap ustaza Atiqah dan Along tak marah sebab tak datang 'open house'. Entah kenapa malas betul nak berjalan. Yang mengejutkan kawan seperjuangan form six SMK Gunsanad Sunarti (suami dan dua anaknya) telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan ketika bercuti di Kuala Lumpur pada januari lalu. Al-fatihah untuknya sekeluarga. Masih ingat lagi dengan jejaka sekelas masa form six. Khabarnya dia dah berkahwin pada jun lalu. Tahniah. (*...dulu teringin juga nak terjumpa dia di pekan sebab suatu masa dulu saya pernah jadi 'secret admire' dengan dia tapi sekejap saja. Tak tau kenapa...hehehe) *Teringin nak jumpa dengan sahabat lama Jennefer Malujim.


^^^keseronokan sedikit tercalar dengan pertengkaran dua adik perempuan saya. Ditambahkan sikap menjerit bapa saya. Huh! I sound him. Saya paling pantang orang menegur dengan menjerit. Kalau orang luar saya tidak ambil kisah tapi dengan ahli keluarga nahaslah. Nak tengok saya marah...cubalah....


Mkbs : hari ni tamat puasa enam. Puasa qada ntah bila....

So : bisuk karja suda. Adui malas butul...

Sabtu, 3 Oktober 2009

Balik Putrajaya


Sedih tahap Gaban ni... Hari ni balik Putrajaya. Tak sanggup nak masuk ofis isnin ni. Kali ni pergi airport naik teksi. Tak sangka berjumpa dengan kawan lama sekampung Suriati. Rupanya dia dekat Sri Kembangan saja. Bikin panas gate berlepas bertukar tempat. Leceh betul.


Mkbs ; sy nda sangka oo dia pandai buat posing maut begitu,.. (Yang pakai baju merah tu...)

Selamat tinggal Sabah tanahairku. Hope next year will be transfer....

Rabu, 30 September 2009

Alasu no tadau


Hari ini keluar ke pekan lagi. Alasu nokopio tadau. Intai pogi nga nokoitom nodi turasku... Kuroyon podi ka di ampal. Hari ini adik saya balik Putrajaya.


*mengantuk betul. Banyak nak cerita tapi mata dah tak larat. Lain kali lah. Esok nak bangun awal sahur. Good Night.

Isnin, 28 September 2009

Hari yang paling stres untuk difikir...


(Gambar;mama dan adik-adik membersihkan kubur adik bongsu kembar kepada adik bertudung hitam).



Stres betul sebab hari ini kena pergi confirm tiket balik Putrajaya. Seperti yang dirancang akan balik 2 oct sebaliknya 3 oct. Huh! Pasti penat. (Dahlah cuaca panas....) Hantam sajalah labu.



So : tadi dikhabarkan kak mama masuk wad. Mama dan adik yang lain pergi melawat. Semoga dia akan cepat sembuh. Amiiin.