Secantik Bunga Semanis Madu, Jauh Melangkah Ingat Pesan Ibu, Sekeras Kerikil Semangat Harus JITU... MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA terus melangkah selagi mengerti arah sendiri....
About Me
Halaman
"Sepahit MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sepayah MANAPUN KEHIDUPAN INI...Sesukar MANAPUN KEHIDUPAN INI...Seduka MANAPUN KEHIDUPAN INI...HADAPILAH DENGAN SENYUMAN"
Ahad, 31 Mac 2013
Adikku - PLKN
Hari ini adikku yang ketujuh Cik Siti Khadijah Binti Liyor menyertai PLKN di Sipitang, Sabah. Huhuhuuuu...tiga bulan dia tiada di rumah - dia pasti dirindui. Dia seorang yang kuat - banyak menolong mamaku dan yang paling penting dia adikku yang paling menjaga waktu solat, setiap hari membaca al-Quran selepas waktu solat. Rumah keringat itu selalu dihiasi kumandangan bacaan ayat suci al-Quran olehnya. Tiga bulan ketiadaannya pasti sunyi. Perkara yang menyedihkannya - Saya dapat rasai kekecewaannya. Keputusan peperiksaan SPM tidak memihak kepadanya. Dengan kata lain tidak mencapai target yang dikehendaki. Daripada keluhannya saya dapat memahami. Tidak mengapalah. Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian. Yang penting hidup sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Insya-Allah. Semoga adikku baik-baik saja menjalani kursus khidmat negara. Ingat semua pesanan mama dan pesan sms saya pagi tadi. Semoga sihat-sihat hendaknya. Selamat pergi dan selamat kembali.
Malu nak tengok yerrr....
Sabtu, 30 Mac 2013
Putrajaya International Hot Air Balloon
5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013, 28th - 31th March, 7am - 9pm, Monumen Alaf Baru Precint 2, Putrajaya. Bertolak ke Presint 2 tempat berlangsungnya pesta balloon pukul 6.30 pagi. Ini semangat nak naik ballonlah. Sampai saja di situ....ayoyoooo....barisan untuk membeli tiket terlalu panjang. Wowww....jangan terkejut...mereka yang berbaris tu kebanyakkannya berbangsa cina. Awalnya....(mangkali pukul 4 pagi lagi durang datang itu..). Tiket hanya terhad kepada 300 orang sahaja dan seorang hanya boleh membeli maksimum 4 tiket. Tengok pada panjangnya barisan...kami tawakal saja. Kalau dapat nasiblah. KECEWA. Masih dalam barisan pukul 7.40 pagi (lebih kurang) datang seorang abang tu bagitau "minta maaf ye...tiket dah habis. Boleh datang sebelah petang 4 jam sebelum bermula"... Emmmm.... Kami pun pergi tepi tapak kawasan balloon akan dilepaskan. Tangkap gambar. Dah itu saja yang mampu dibuat. Rasa lapar tapi gerai tak buka lagi. Bermacam-macam bentuk dan warna balloon. Dari pelbagai negara. Rupanya balloon yang dinaiki orang awam tak diterbangkan pun. Siap diikat dengan tali lagi. Balloon tu naik ke udara tak melepasi pun ketinggian pokok-pokok Putrajaya. Lepas tu tak sampai 5 minit pun di udara. Berbaloi ka bayar RM20.00?. Tapi sebab nak rasa sangat.... Yang paling best balloon VIP. Balloonnya diterbangkan terus ke udara. Nak naik yang itu.... Itu hanya persembahan.... Lebih kurang pukul 8.45 pagi selepas semua balloon VIP dilepaskan kami pun balik. Bila kami lalu dekat pondok membeli tiket dah ada edaran kopun. Apalagi....kami pun pergilah berbaris sekali lagi. Terus mencuba nasib. Saya kata, kalau tak dapat juga tak payahlah. KECEWA. Tidak mengapalah. Tak rugi pun. Lainlah kalau naik balloon VIP. Kami pun balik meninggalkan Putrajaya menuju ke Shah Alam, Selangor. Kawan (tija) nak gi ambil pensel box yang tertinggal masa kelas. Wowww....terasa rindu pula nak belajar. UITM. Saya harap pintu hati ini akan terbuka untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya satu masa nanti. Insya-Allah. (belum ada sumber inspirasi dan sumber kekuatan ba...). Selepas tu kami singgah di bangunan Majalah GrupKarangkraf alaf 21. Pertama kali saya datang sini. Banyaknya novel...tapi tiada diskaun. Beli majalah diskaun 50%. Majalah buat apa?... Alang-alang dah ada di area situ kami pun singgah di Giant, Seksyen 7, Shah Alam. Nak beli kettle (kebetulan...). Cuba cari seluar pendek...tapi tiada yang berkenaan. Tapi kan...harga barang di Giant tu mahal-mahal. Ehhhhh...... Mahal-mahal pun sempat memborong aiskrim....rosak diet aku. Balik semula ke Putrajaya lebih kurang pukul 12.45 tengahari. Ingatkan nak balik rumah terus. Rupanya Tija nak singgah MPH, Alamanda. Dia sponsor saya beli novel RAMLEE AWANG MURSHID, AKU BERCERITA menggunakan Baucar Buku 1Malaysia. Terima kasih. Selamat duit saya. Hahahahaaa....gembiranya hatiku. Dia beli novel semua cerita mantap-mantap. Saya suka novel thriller saja. Masalahnya bila nak baca buku ni?.... Novel thriller Reader Digest pun ada 4 buah lagi yang belum baca. Hwahwahwaaaaa....slow-slow ba kan?.... Pengunjung MPH terlalu ramai. Ada juga lelaki yang minat baca novel. Heheheee.... Student dari Iraq tu kata, dia dah dua kali datang barisan kaunter bayar tak surut-surut. Merungut dia, kenapa tak buka kaunter lebih. Emmm....dah memang banyak tu jer kaunternya. Nak buka kat mana lagi...yang kamu tunggu sampai orang kurang kenapa?....(dalam hati sajalah...) Tija jawab diplomatik sikit 'cuti sekolah'....hahahaaaa.... Hairan betul. Pengunjung Alamanda, Putrajaya tak pernah lengang. Apa durang buat di sanaitu? Mau kasi ilang stress kali. Mangkalilah.... Shopping untuk menghilangkan stress. Uuuhhhh....saya shopping lagi tambah stress. Penat berlegar-legar dah dibeli apa yang diingini jom balik. Sampai rumah pukul 2 petang. Malam ni ada pertunjukkan night glow & fireworks di Presint 2...pesta balloon. Teringin nak pergi. I love firework. Lupakan...teringin sangat nanti kecewa. Tidak penting pun.
Jumaat, 29 Mac 2013
Angie M vs Shila A
Shila Amzah (One In A Milloin, Malaysia), dilahirkan pada 13.08.1990 dan Angie Miler (American Idol 12, USA), dilahirkan pada 17.02.1994 di Beverly, Amerika Syarikat. Wajah mereka seiras kan?...mula-mula tengok ujibakat American idol 12 saya percaya Angie ni confirm masuk top 10. And it's true... kedua-dua mereka ini punya persamaan. Pandai bermain alat muzik, pandai mencipta lagu, nyanyian pun mantap. Apalagi yang sama....gigi pun sama, mata lebih kurang..senyum pun sama...menyanyi pun suka meneran...huhuhu... Bezanya Shila muslim Angie non. But saya lebih suka cara nyanyian Angie Miler. Tidak sakit telinga mendengarnya. Hahahaaa...pandai-pandai saja saya menyamakan durang kan?...tiba-tiba terfikir ba kenegi...
Khamis, 28 Mac 2013
Sifat Orang Bakhil
4 Sifat Orang Bakhil
1) sentiasa tidak puas hati
2) sentiasa memandang negatif terhadap orang lain
3) bersikap tidak peduli / i don't care
4) membazir
3 Cara Nak Masuk Syurga
1) beriman - bersangka baik dengan Allah.
2) ibadah - buat ibadah yang disuruh. Anda buat anda dapat ganjarannya.
3) amalan - pilih dan buat amalan yang membolehkan anda masuk syurga.
(banyak cara untuk masuk syurga.....)
Nota ini nota ringkas. Saya dengar daripada program motivasi pagi Dr. HM Tuah. Dengar, fikir dan tulis. Kalau saya silap maaf yerr....sebenarnya saya nak test publish jerr...berjaya ke tak. Itulah akibatnya apabila fon rosak...kesian...nak beli baru ntah bila lah agaknya....
1) sentiasa tidak puas hati
2) sentiasa memandang negatif terhadap orang lain
3) bersikap tidak peduli / i don't care
4) membazir
3 Cara Nak Masuk Syurga
1) beriman - bersangka baik dengan Allah.
2) ibadah - buat ibadah yang disuruh. Anda buat anda dapat ganjarannya.
3) amalan - pilih dan buat amalan yang membolehkan anda masuk syurga.
(banyak cara untuk masuk syurga.....)
Nota ini nota ringkas. Saya dengar daripada program motivasi pagi Dr. HM Tuah. Dengar, fikir dan tulis. Kalau saya silap maaf yerr....sebenarnya saya nak test publish jerr...berjaya ke tak. Itulah akibatnya apabila fon rosak...kesian...nak beli baru ntah bila lah agaknya....
Selasa, 26 Mac 2013
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Assalamualaikum,...mata mengantuk tapi tak boleh nak tidur. heheheee...jari-jemari ini
tergerak untuk memegang tetikus dan mula melayari internet. hahahaa...poyo...tiba-tiba
terpapar dan terbaca mutiara kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Kata-kata mutiara ini boleh dijadikan panduan dan peringatan buat diri sendiri.
"Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu."
"Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan."
"Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah."
"kita mungkin tak mampu buat semua, tapi tak mampu buat semua jangan tinggal semua".
"biar papa asal bergaya. kalau dah papa macam mana nak bergaya?"
mkbs - suka dengar program 'motivasi diri' bersama Dr. HM Tuah Iskandar setiap hari pukul 6.30 pagi di Klasik Nasional. Dalam kesibukan untuk bersiap ke tempat kerja masih sempat berkejar mencari pen dan kertas untuk menyalin kata-katanya.
MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA ......Even If Nothing Changes, I Just Want To Remember....
tergerak untuk memegang tetikus dan mula melayari internet. hahahaa...poyo...tiba-tiba
terpapar dan terbaca mutiara kata Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Kata-kata mutiara ini boleh dijadikan panduan dan peringatan buat diri sendiri.
"Yakinlah bahawa orang yang mencintai anda kerana sesuatu akan meninggalkan anda setelah dia mendapat sesuatu."
"Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan."
"Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah."
"kita mungkin tak mampu buat semua, tapi tak mampu buat semua jangan tinggal semua".
"biar papa asal bergaya. kalau dah papa macam mana nak bergaya?"
mkbs - suka dengar program 'motivasi diri' bersama Dr. HM Tuah Iskandar setiap hari pukul 6.30 pagi di Klasik Nasional. Dalam kesibukan untuk bersiap ke tempat kerja masih sempat berkejar mencari pen dan kertas untuk menyalin kata-katanya.
MAWAR KASTURI BIDADARI SYURGA ......Even If Nothing Changes, I Just Want To Remember....
Ahad, 24 Mac 2013
JOM CERIA BERSAMA PM @ PUTRAJAYA
Sempat tahan pelakon ni nak bergambar...itu pun susah juga sebab terpaksa berebut dengan orang lain...dia sporting saja. |
Tak berani nak ambil gambar masa acara berjalan kaki. Orang ramai sangat....nasib baik terserempak dekat foodcourd Presint 9...hahahaaa....Apek ni macam sopan saja orangnya. |
# gambar copy from kamera kawan. Terima kasih geng...dah masuk dalam facebook rupanya...
Rabu, 20 Mac 2013
EAR
A GOOD LISTENER is usually thinking about something else. - Frank "Kin" Hubbard
WISDOM IS THE REWARD you get for a lifetime of listening when you'd have preferred to talk. - Doug Larson
CHILDREN have never been very good at listening to their elders, but they have never failed to imitate them. - James A. Baldwin
HOW TO STARVE YOUR FAT CELLS
Sip Tea Before You Eat : a hot drink 20 minutes before a meal may help you consume fewer calories. Even better, a German study found that Chinese white tea reduces growth of new fat cells and breaks down fat in existing cells.
Sniff Grapefruit : the scent of grapefruit may temporarily raise metabolism and reduce appetite. Try keeping grapefruit essential oil in your kitchen or at your desk.
Eat Eggs For Breakfast : in one study, people who had eggs for breakfast lost 65% more weight than those who ate a few slices of toast. Also, people who eat protein and fibre rich breakfasts have lower levels of hunger hormones later on in the day.
WISDOM IS THE REWARD you get for a lifetime of listening when you'd have preferred to talk. - Doug Larson
CHILDREN have never been very good at listening to their elders, but they have never failed to imitate them. - James A. Baldwin
HOW TO STARVE YOUR FAT CELLS
Sip Tea Before You Eat : a hot drink 20 minutes before a meal may help you consume fewer calories. Even better, a German study found that Chinese white tea reduces growth of new fat cells and breaks down fat in existing cells.
Sniff Grapefruit : the scent of grapefruit may temporarily raise metabolism and reduce appetite. Try keeping grapefruit essential oil in your kitchen or at your desk.
Eat Eggs For Breakfast : in one study, people who had eggs for breakfast lost 65% more weight than those who ate a few slices of toast. Also, people who eat protein and fibre rich breakfasts have lower levels of hunger hormones later on in the day.
Isnin, 18 Mac 2013
Mimpi Ke Bintang 2013
Finale Mimpi Ke Bintang 2013 - RTM
1) Zaini Bayang : pasangan suami isteri yang mempersembahan silap mata. Woww...best!...
2) Nick Freestyler : style bermain bola. Tapi sayangnya pusingan kedua dia berganding dengan Alam Wakaka, berlaku kesilapan.
3) Wan Rul Puppet : saya paling suka ni. Mula-mula saya sebut nama durang ni wonderpuppet. Hahahaa.... Paling best. Saya target mereka akan jadi juara.
4) Tree F : tiga adik-beradik yang mempertaruhkan kehebatan bermain skipping. Hebat!
5) Warisan Persada : glamour bermain kaca. Bagi saya biasa-biasa saja.
6) The Siblings Band : 6 adik-beradik bermain pelbagai alat muzik. Hebat!
7) Rokusteps : kumpulan penari yang popular. Dulu mereka pernah menyertai pertandingan tarian di 8tv. Yang hebatnya di final ini mereka menari menggunakan api. Ada harapan untuk menang.
8) Aiman Hafiz : seorang ahli silap mata. Saya tertarik dengan persembahan keduanya. Woww...
9) Nobita kimi : dua peserta lelaki yang bermain muzik hanya dengan menggunakan mulut, gigi, gusi.....apa lagi arr... Memang awesome!. Saya target mereka akan menang.
Kelakar gandingan pengacara Azad, Linda, Seri, Fazli. Persembahan jemputan yang menarik hati saya adalah bermain muzik dengan gergaji. Woww...nanti balik kampung saya mau cuba jugalah.
KEPUTUSAN :
KETIGA : The Siblings Band
KEDUA : Rokusteps
JUARA : Wan Rul Puppet. Yahoooo...betul tekaan sa. Kan aku bilang...Sabah memang hebat. Ni kali la...hahahaa....
Tarikh kemaskini : 17.03.2013
Waktu : 12.30am
1) Zaini Bayang : pasangan suami isteri yang mempersembahan silap mata. Woww...best!...
2) Nick Freestyler : style bermain bola. Tapi sayangnya pusingan kedua dia berganding dengan Alam Wakaka, berlaku kesilapan.
3) Wan Rul Puppet : saya paling suka ni. Mula-mula saya sebut nama durang ni wonderpuppet. Hahahaa.... Paling best. Saya target mereka akan jadi juara.
4) Tree F : tiga adik-beradik yang mempertaruhkan kehebatan bermain skipping. Hebat!
5) Warisan Persada : glamour bermain kaca. Bagi saya biasa-biasa saja.
6) The Siblings Band : 6 adik-beradik bermain pelbagai alat muzik. Hebat!
7) Rokusteps : kumpulan penari yang popular. Dulu mereka pernah menyertai pertandingan tarian di 8tv. Yang hebatnya di final ini mereka menari menggunakan api. Ada harapan untuk menang.
8) Aiman Hafiz : seorang ahli silap mata. Saya tertarik dengan persembahan keduanya. Woww...
9) Nobita kimi : dua peserta lelaki yang bermain muzik hanya dengan menggunakan mulut, gigi, gusi.....apa lagi arr... Memang awesome!. Saya target mereka akan menang.
Kelakar gandingan pengacara Azad, Linda, Seri, Fazli. Persembahan jemputan yang menarik hati saya adalah bermain muzik dengan gergaji. Woww...nanti balik kampung saya mau cuba jugalah.
KEPUTUSAN :
KETIGA : The Siblings Band
KEDUA : Rokusteps
JUARA : Wan Rul Puppet. Yahoooo...betul tekaan sa. Kan aku bilang...Sabah memang hebat. Ni kali la...hahahaa....
Tarikh kemaskini : 17.03.2013
Waktu : 12.30am
Ahad, 17 Mac 2013
1 Million Women Purple Walk 2013
Sabtu, 16 Mac 2013
Sungai Tekala
Khamis, 14 Mac 2013
‘Smooth & Peaceful Transition’
Just read it. Something that make me interesting...dalam emel ni kata ' Sudahkah
Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan
‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’....tapi yang saya tengok dan dengar yang diwar-warkan di facebook bukan Yes tapi 'No'... So, saya teringin dengar dan tengok yang kata 'yess' tu... Ramai sangat yang nak bagi pesanan buat DSAI...korang tak tahu ke dia tu dah tahu sangat. lebih dari tahu lagi...dia paling sedar tu...cuma over confident yang membuatkan dia nampak hebat.... (macam-macam la...pesan memesan kepada orang lain jangan lupa pesan diri sendiri)
‘Smooth & Peaceful Transition’; Pesanan Buat Anwar
Ibrahim
|
Siapa yang tidak ingat, betapa yakinnya Anwar Ibrahim
berjanji pada seluruh dunia, 16 September 2008, PR akan mengambil alih
kuasa di Parlimen dan beliau akan 'mengangkat sumpah' sebagai PM ke-7..
Tetapi, itulah Anwar Ibrahim... politiknya penuh dengan angan-angan!
Sekali lagi, menjadi 'Raja
Propaganda' menggunakan media luar, BloombergNews, Anwar Ibrahim
'menjaja' PR akan mengambil alih kuasa selepas PRU-13 dengan janji
‘smooth and peaceful transition’.
Apa mimpi Anwar Ibrahim
begitu yakin 'menjaja' pelaksanaan 'smooth and peaceful transition' ini?
Selangor - isunya
terlalu banyak dan sudah diketahui umum! Isu keangkuhan untuk bekerjasama
dengan SYABAS sehingga rakyat merana ketiadaan air, isu ibu tunggal dan
warga emas yang 'ditipu' bantuan, isu bantuan persekolahan pra-sekolah
yang tidak diserah-serah. Ditambah lagi, isu dalaman, apabila anak muda,
Rafizi Ramli dipinggirkan, 'anak derhaka', YB Azmin Ali yang ditatang dan
YB Tan Sri Khalid sudah tidak lagi sehaluan, kepimpinan negeri yang sudah
celaru!
Di mana
asasnya rakyat Selangor masih 'sudi' mengundi kepimpinan anda, Anwar
Ibrahim?
Kedah - isunya
sudah melarat-melarat. Terbaru, ADUN dan Ahli-ahli PAS Kedah dengan
jujurnya melahirkan rasa ketidakpuashatian terhadap YB MB Kedah, Datuk
Seri Azizan atas ketidakmampuan mentadbir sehingga menampakkan kelemahan
PR & PAS di Kedah. Seperkara lagi, gelombang 'Depa nak tukaq dah' dan
kempen maya #SaveKedah semakin mendapat perhatian rakyat Kedah.
Apa pula
rasional Anwar Ibrahim, masyarakat Kedah masih ingin mengundi pakatan
anda?
Kelantan -
Gelombang Merah sudah terlalu kuat. Logo 'T' (TUKAR) semakin mendapat
tempat di hati masyarakat Kelantan. Sudah bertahun lamanya, keperluan
pembangunan dan kemajuan rakyat Kelantan dinafikan sehingga menyebabkan
hampir setengah juta rakyatnya terpaksa berhijrah. Selain itu,
kebergantungan kepada kudrat veteran untuk terus memimpin negeri adalah
bukti 'ketamakan kuasa' PAS dan PR. Ketahuilah, pada ketika PR masih bergantung
kepada pimpinan lama, BN sudah rancak melakukan transformasi politik
membariskan pimpinan-pimpinan segar!
Sedarkan
Anwar Ibrahim yang rakyat Kelantan punya kuasa untuk Ubah?
WP Kuala
Lumpur - Kegigihan ahli-ahli BN Kuala Lumpur membantu rakyat KL
menyelesaikan isu-isu perbandaran sehingga menyebabkan salah seorang
wakil rakyat PR, anakanda Anwar Ibrahim, Nurul Izzah melenting. Pemahaman
mudah anak muda itu, untuk menilai siapa buat kerja maka diajaknya
berdebat! Andai semudah itu tafsiran seorang pemimpin, punahlah masa
depan anak bangsa kita!
Tidakkah Anwar Ibrahim melihat kelonggaran jentera PR di Kuala Lumpur? Pulau Pinang - Kerajaan negeri pimpinan DAP telah mencatatkan defisit sebanyak RM120 juta pada 2012 dan unjuran defisit sebanyak RM260 juta pada tahun 2013. Isu defisit ini menjadi 'senjata kuat' untuk membuktikan betapa kerajaan DAP lemah dalam pentadbiran negeri. Tidak cukup dengan itu, isu perbalahan antara Ketua Menteri dan Timbalannya seringkali menjadi bualan. Juga, isu-isu rakyat terutamanya Melayu dan India yang 'dihalau' dari premis perniagaan mahupun kediaman mengakibatkan kebanyakan rakyat sudah serik dengan PR!
Sudahkah
Anwar Ibrahim mendengar rakaman majoriti rakyat Pulau Pinang melaungkan
‘Are you ready for BN?’ … ‘YESSS!!!’
Erti kata mudahnya, di
negeri-negeri pimpinan ‘Pakatan Rapuh’ pun sudah lemah dan di ambang
kejatuhan, negeri-negeri pimpinan BN sentiasa tetap utuh dan ampuh
bersama untuk ‘TOLAK PAKATAN RAKYAT’
Pesanan
buat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
1Malaysia mendoakan Datuk
Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji 'smooth and peaceful transition'
apabila Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan WP Kuala Lumpur
KEMBALI KE PIMPINAN BN selepas PRU-13 ini!
Jangan sekadar untuk
mengalih isu tumpuan rakyat daripada masalah dalaman DAP-PKR di Johor dan
perselisihan pendapat Kalimah Allah sehingga terpaksa menjaja cerita di
media antarabangsa.
Tidak usah lagi memperdaya, kerana rakyat sudah tidak
percaya!
|
Rabu, 13 Mac 2013
Kes Sodomi 2 Anwar
Maklumat ini dihantar ke emel saya. Macam mana durang dapat emel saya pun saya tidak tahu. Tapi saya baca saja. Suatu masa dulu saya juga adalah peminat Anwar Ibrahim. Saya lebih suka dia berbanding Dr M. Namun perasaan itu semakin lama semakin pudar dan kini saya menunggu saat bila dia akan berhenti. Apa-apa pun biar kawan-kawannya, orang kepercayaannya yang teraniaya yang menjatuhkan beliau. Mereka lebih mengetahui.
Cerita Sebenar Kes Sodomi 2 Anwar (Bhg 1)
|
11 Mac 2013
SURAT FMT: dari
Yuktes Vijay, melalui emel
Saya merasa agak marah
apabila membaca berita yang bapa Saiful telah menyertai PKR.Saya sudah sedia
maklum dari awal lagi bahawa parti tersebut tidak punya integriti tetapi
perkhabaran terkini ini jelas menjatuhkan lagi kredibiliti mereka.Saya pernah
bekerjasama dengan barisan peguam Anwar sepanjang kes Sodomi 2 dan terbabit
dari A-Z dalam perbicaraan itu sendiri.
Pembabitan saya dari
A-Z bermaksud berjumpa dengan pakar forensik dan DNA seterusnya mengkaji
dokumen-dokumen serta mencari duluan (case laws) untuk hujahan. Saya terlibat
dalam keseluruhan proses.Saya tidak berhasrat untuk menamakan peguam tersebut
kerana saya sangat memuja beliau sebagai mentor saya dan tidak mahu beliau
diheret ke dalam kancah kekecewaan dan kemarahan saya.
Kenapa Anwar
tidak memberi keterangan?
Anwar sentiasa
menyatakan bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil.Sebenarnya beliau
tidak berani untuk memberi keterangan dari kandang saksi.Beliau tidak akan
mampu menahan segala soalan yang akan dilemparkan oleh Datuk Yusoff yang kini
berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong Pakatan merasa
sangsi, cuba tanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan yang benar,
boleh diterimapakai dan tidak mempersoalkan logik jawapannya.
Pasukan pembelaan
Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala serangan oleh pihak
pendakwaan, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak memberi keterangan atas
alasan yang beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil. Anwar berjaya
memperdaya,menipu dan membohongi rakyat dengan lagak seperti Mandela.Beliau
bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang bagus.
Dana untuk
pakar-pakar luar negara
Faktor yang sangat
mengejutkan di sini adalah apabila tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan
yuran yang terlibat untuk membayar pakar forensik, Dr Brian Macdonald dan Dr
David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka dibayar upah yang
sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini, mereka
menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.
Dari manakah wang
untuk membayar penginapan ini datang?Adakah Anwar bayar dengan duit poket
beliau sendiri?Tidak,malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman
peguam-peguam beliau.Sebenarnya, ada Datuk-datuk yang kaya yang membiayai
Anwar Ibrahim.Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya
tidak akan menyatakan namanya.
Persoalannya sekarang
sekiranya PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak Perdana
Menteri, kenapa tidak mempersoalkan dana untuk membayar pakar-pakar
ini?Sekiranya seorang bekas penjenayah dan ketua pembangkang ada Datuk-datuk
untuk membiayai kos guaman, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai
perkahwinan anak PM?
Saiful
Saya tidak tahu banyak
perkara tentang Saiful.Apa yang saya boleh katakan di sini, beliau tidak
mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai penyiasat, Jude
Perreira tidak mengendahkan protokol Jabatan Kimia dan menjalankan tugas
mengikut cara beliau tersendiri.
Kesan DNA Anwar ada
dalam rektum beliau. Apa yang menghalang Hakim untuk mensabitkan Anwar adalah
kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of
evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini
perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.
Secara ringkasnya,
wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum
Saiful.Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas
integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.
Oleh itu hakim tidak
ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.
Kesimpulan
bahagian 1
Anwar adalah seorang
penipu tegar. Beliau mempergunakan bapa Saiful untuk meraih undi.Kita semua
sedia maklum yang setelah beliau dibebaskan, beliau sudah hilang sedikit
tarikan kerana beliau tidak ada apa untuk disuarakan lagi. Saya benar-benar
berharap agar beliau menyaman sana supaya saya dapat membuktikan apa yang
telah saya sebutkan di sini.
Ingat Anwar Ibrahim,
saya membesar dalam memujamu. Saya tahu modus operandi kamu dan saya pernah
bercita-cita untuk menjadi seperti kamu. Biar semua orang melihat Anwar Vs
Anwar Klon (saya) beraksi. Ingat lagi semua emel-emel,Astroboy? Saya ada
semua. Saya cabar kamu!
Penulis, bekas
Anwarista terlibat dalam kes Sodomi 2 Anwar sebagai salah seorang peguambela.
|
Aku Memohon Dan Merayu
Assalamualaikum w.b.t.
Tarikh ini bulan ini adalah hari kelahiranku. Tarikh ini bulan ini umur ku meningkat setahun lagi. Bermakna sudah 32 tahun aku hidup di dunia ini. Syukur al-Hamdulillah dipanjatkan kepada Allah SWT kerana masih memberiku peluang untuk melihat dan menikmati keindahan dunia fana ini. Aku berdoa dan berharap hari-hari seterusnya akan terus memberi makna dalam hidup ini. Kesihatan kukuh yang berterusan, kesabaran yang teguh, semangat yang kuat ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan kehidupan. Mencari rezeki, memperolehi rezeki pinjaman Allah semoga kesyukuran sentiasa terpahat di hati dan terucap di bibir. "Ya Allah Yang Maha Pengampun, Engkau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku, ampunkanlah dosaku, dosa adik-adikku, dosa seluruh ahli keluargaku. Engkau panjangkanlah umur kedua ibubapaku dan kami sekeluarga. Lindungilah kami sekeluarga jauh dari malapetaka yang memudaratkan. Ya Allah Yang Maha Memberi, aku bermohon kepadaMu, Engkau kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepada kedua ibubapaku dan kami sekeluarga. Jauhkanlah kami sekeluarga dari perbuatan sihir orang lain. Peliharalah kami sekeluarga agar tidak terjebak dengan perbuatan terkutuk yang Engkau murkai. Ya Allah Yang Maha Pengasih, Engkau murahkanlah rezeki ibubapaku, rezekiku, rezeki adik-adikku dan seluruh ahli keluargaku. Engkau berkatilah rezeki kami sekeluarga. Engkau permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga. Ya Allah Yang Maha Penyayang, Engkau bukakanlah pintu taubat dan limpahkanlah taufik dan hidayah kepada kami sekeluarga agar kami terus menjadi hambaMu yang taat dan hambaMu yang bersyukur. Tetapkanlah imanku dan seluruh ahli keluargaku agar tidak terpesong dariMu. Sesungguhnya hanya padaMu tempat aku mengadu dan memohon pertolongan. Ya Allah Ya Tuhanku aku mohon agar Engkau peliharalah keamanan dan kemakmuran keluargaku, kampungku, negeriku dan negaraku. Engkau lindungilah kawan-kawanku yang baik denganku jauh dari musibah dan jauh dari kejahatan yang Engkau murkai. Engkau ampunilah dosa-dosa mereka. Engkau tetapkanlah hatiku agar sentiasa menjaga dan menghargai mereka yang berada disekelilingku. Ya Allah hanya Engkau yang mengetahui dan memahami keinginan dan isi hatiku. Ya Allah aku bersujud memohon dan merayu padaMu. Sesungguhnya hanya padaMu aku bermohon dan meminta". Amiin. SITI JIENAH, SELAMAT HARI LAHIR. Semoga terus sabar pada hari ini dan hari seterusnya. Semoga sinar kebahagiaan terus berada dalam genggaman selamanya. Bersyukur dengan apa yang ada. Jalani dan nikmati hidup seadanya. Redha dengan semua ketentuan Yang Maha Esa. Terima kasih buat teman-teman yang sudi menjadi temanku...melayani kerenahku yang kadang-kadang menyinggung perasaan. Walaupun aku bukan seorang kawan yang sempurna aku berharap persahabatan itu tidak akan berakhir dengan kenangan yang menyakitkan yang membuatkannya terpahat di hatiku selama-lamanya. THANK YOU AND FORGIVE ME. Have a nice dream. 'kita buang semua emosi negatif dan bina kasih sayang dan kesyukuran di dalam jiwa'.
This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 6019 You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player. This message can be viewed as it was originally intended To view this message as it was originally intened click on the button below... |
Langgan:
Catatan (Atom)